ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 11 August 2015

Zahid Hamidi lulus projek syarikat adiknya.......?



Zahid Hamidi lulus projek syarikat adiknya.......?

Tidak benar Zahid Hamidi lulus projek syarikat adiknya Menurut sumber dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di dalam surat berkenaan jelas tertulis bahawa 'sila ambil maklum untuk perbandingan' dan tidak langsung mengatakan atau arahan yang memberi terus atau kelulusan terhadap syarikat Real Time Networking Sdn Bhd. -

 Surat yang didakwa diberikan kepada sebuah syarikat yang menguruskan sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia adalah kertas cadangan dan bukanlah surat kelulusan atau ‘award letter’.

 Menurut sumber dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di dalam surat berkenaan jelas tertulis bahawa ‘sila ambil maklum untuk perbandingan’ dan tidak langsung mengatakan atau arahan yang memberi terus atau kelulusan terhadap syarikat Real Time Networking Sdn Bhd. Real Time Networking Sdn Bhd dikatakan dipengerusikan oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Abdul Hakim Hamidi. 

Jelas sumber itu lagi, kertas cadangan tersebut mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian yang mana dengan bayaran, para pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia. “Oleh yang demikian, tidak seperti yang dilaporkan oleh media pro-pembangkang yang mana cuba mewujudkan satu persepsi negatif terhadap Ahmad Zahid yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya yang dipetik portal Warta Daily. 

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini. 

Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid, Abdul Hakim Hamidi adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia. Zahid juga adalah menteri dalam negeri, dan kelulusan bagi pekerja asing ke Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya.

 Dalam pada itu, jelas sumber itu lagi, pihaknya masih dalam proses mengkaji dan membuat perbandingan kertas kerja tersebut sebelum dibentangkan semula. “Jadi ia bukan merupakan satu isu atau kesalahan yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri berkenaan dan segala penilaian dan kajian terhadap kertas kerja berkenaan masih lagi dalam proses. 

“Tiada sebarang kelulusan mahupun isu telah diberi surat kelulusan bagi projek yang telah dilaporkan oleh media pro pembangkang itu,” ujarnya. Read more: 

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/11/tidak-benar-zahid-hamidi-lulus-projek-syarikat-adiknya/#ixzz3iVJ6pJlh

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...