ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 19 August 2015

KISAH HANTU RAYA @ TOK DALANG.@ UMANG-UMANG

 
GEMPAK ZAHID "UNDI TAK PERCAYA:
Waktu jadi Ketua Pemuda UMNO era Anwar Ibrahim , Zahid diarah Anwar buat undi tak percaya terhadap PM, Dr M dalam perhimpunan agung UMNO. Dia menggigil sebab hasrat Anwar dan Zahid hendak menggulingkan PM tak berjaya.Oleh kerana menjadi balaci Anwar super tegar dia dijeblos dalam ISA selama dua bulan saja. Lepas itu mengemis ampun, cium tangan Mahathir kerana tahu tali hayat politiknya akan putus kalau tidak memohon maaf sebab Anwar sudah dipecat dari kabinet dan UMNO.

Kali ini dia sudah disintuklimau jadi menteri dalam negeri, dan selepas Najib memecat Muhyiddin, dia dijolok Najib jadi TPM. Untuk membalas jasa Najib, yang seperti bangau patah sayap akibat bala 1MDB, maka Zahid rekacipta kononnya ada gerakan menggulingkan kerajaan di Parlimen terdiri dari MP-MP BN mungkin dengan kerjasama ahli-ahli pembangkang. 
Serbagai menteri dalam negeri tentulah Zahid mendapat berbagai laporan terkini reaksi rakyat terhadap Najib yang menghadapi ombak kebencian rakyat. Dia mahu mengalihkan sikap permusuhan rakyat terhadap Najib mengenai skandal 1MDB maka dia rekacipta kononnya ada konspirasi menumbangkan kerajaan! Sebagai orag politik yang punya PhD tentulah dia arif,sistem demokrasi berparlimen menghalalkan "undi tidak percaya" dibuat oleh MP. 
Kalau usul itu mendaat sokongan majoriti ahli Parlimen maka PM mesti meletakkan jawatan, dan mengemukakan perkara itu kepada DTMM Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik PM yang baru. Oleh kerana tali hayat Najib semakin mencekiknya maka isu rekacipta Zahid dianggap sebagai penyelamat Najib buat masa ini. Kini Zahid ada kuasa mengatasi Najib. Polis dibawah kementeriannya, dan Zahid boleh mendapatkan apa saja maklumat dan kerjasama dari PDRM untuk menjaga kepentingan politiknya.

Apakah tidak mungkin Zahid menggunakan PDRM untuk mempromosikan kerjaya politiknya?. Umum tahu Zahid bernafsu besar hendak menjadi PM. Dia berbangga dengan warisan Jawa Ponorogonya untuk mendiami di Seri Perdana secepat mungkin. Dia tahu tali hayat Najib tidak lama tetapi berpura-pura menyokong PM yang dikuasai mama montel. Dia boleh bertindak untuk mencapai hajatnya sekarang juga kalau dia mahu.
 Dia juga sedar kalau Najib memimpin UMNO dan kerajaan sampai PRU 14 alamat BN terkubur. Kalau Najib ditolak rakyat seluruh kabinet kayu 1MDB gugur seperti nagka busuk. Apakah Zahid boleh menyelamatkan UMNO? Nahe,nahe. Dia juga ayam jantan berkokok kuat tapi ekor bergelumang tahi. Undi tak percaya yang didongengkan Zahid menyebabkan rakyat juga tidak percaya pada kepimpinannya. Politikus kuda kepang hanya pandai enggeh, tunduk tapi bukan kuda jantan untuk masuk medan perang..

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...