ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 12 August 2015

1MDB Yakin Kurang Hutang Dalam 6 Bulan ( Jual Tanah dan Hartabenda ... Budak2 Pun Yakin ! )

1MDB Yakin Kurang Hutang Dalam 6 Bulan ( Jual Tanah dan Hartabenda ... Budak2 Pun Yakin ! )

Thursday, August 13, 201514comments


Ramai yang menanti kemunculan Arulkanda di rancangan Soal Jawab TV3 semalam. Kebetulan pula disiarkan selepas tamat siaran langsung bola. Isu 1MDB ini semakin panas dan hampir semua orang memperkatakannya. 

Kita yang dari dulu tekun mengikuti isu 1MDB mungkin tidak punya masalah untuk memahami setiap perkembangan yang berlaku namun ramai juga yang baru berjinak2. 

Ketika ini dua isu mengungguli carta gossip rakyat. Pertama isu Derma RM2.6 Billion Najib diikuti isu 1MDB. Isu2 lain seperti nilai RM yang semakin teruk menjunam dan GST juga mendapat perhatian.Semuanya saling kait mengait.

Mungkin sebab itu Tun Mahathir tidak jemu mengulangi pertanyaan2 1MDB melalui blognya kerana sedar ramai yang masih cuba memahami kenapa 1MDB ini menjadi isu. Perhatikan artikel terbaru Tun 3 hari lepas ( KLiK ), beliau sabar menerangkan satu persatu tentang masalah 1MDB. Untuk baca terjemahannya boleh ke FB SSTDM.

Semalam ramailah yang mengharapkan Arul Kanda akan menjawap persoalan2 yang dibangkit itu ....... ternyata hampa kerana Arul langsung tidak sentuh walau satu pun.

Arul hanya bercakap mengenai Pelan Rasionalisasi 1MDB atau dalam bahasa mudahnya, bagaimana nak bayar hutang. Kita kena respek Arul kerana mampu bercakap hampir 45 minit untuk satu perkara yang orang lain hanya mampu luahkan dalam satu baris jer iaitu - 1MDB akan jual aset dan tanah untuk bayar hutang.

Yang jadi persoalan hangat adalah kenapa yang 1MDB boleh terjebak dalam hutang yang begitu banyak kemudian semput nak bayar.

Kita mempersoalkan tindakan2 lampau 1MDB yang meragukan, yang pada pemerhatian kita merugikan dan tidak seharusnya berlaku. 

Adakah Arul menjawab semua itu semalam ?

Arul hanya menganggap semua itu sebagai tohmahan dan berkata masalah hutang berlambak2 1MDB ketika ini adalah kerana cashflow mismatched .... atau pelan kewangan tak menjadi seperti yang dirancang.

Ya, kita akur yang ikut mana pun, masalah 1MDB perlu diselesaikan. Hutang2 perlu dibayar. Tapi apakah tidak penting untuk dikenalpasti di mana silapnya dan siapa yang harus bertanggungjawab ?

Kita bercakap tentang isu akauntabiliti.

Kalau soal kurangkan hutang dalam masa 6 bulan, semua orang pun boleh terima. Jual saja aset dan tanah yang ada, pasti kurang hutang itu ! Budak2 pun tahu ....


Mkini
Apakah misi kejayaan bagi 1MDB kini sudah bertukar dari mahu menjadi syarikat strategik kerajaan yang berdaya maju kepada syarikat kerajaan yang mampu selesaikan hutang berpuluh billion ?

Sekiranya berjaya kurangkan hutang dengan banyaknya, apakah itu sudah dianggap satu kejayaan ? Kes Selesai ?

Yang untung pastinya bank2 yang beri pinjaman, pelabur2 yang beli bon dan mereka yang mendapat komisen atau bahagian2 hasil urusniaga lampau.

Yang rugi adalah rakyat Malaysia ..... tanah tergadai.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan ?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...