TMJ puji Khaled, selar 'lalang ditiup angin'
Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kali ini tampil menyuarakan pandangannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tunku Ismail memuji tindakan Khaled yang dilihatnya ikhlas menegakkan kebenaran demi masa depan Johor.
Malah, beliau juga menyarankan supaya tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu dicontohi oleh pemimpin lain.
"Saya memuji seikhlasnya usaha Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menteri besar Johor dalam menegakkan kebenaran dan masa depan negeri Johor.
"Usaha beliau sepatutnya dijadikan contoh kepada pemimpin-pemimpin lain.
"Janganlah menjadi seperti sesetengah individu yang sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan peribadi," kata Tunku Ismail dalam Facebooknya.
'Pemimpin bahan jenaka'
Selain itu, Tunku Ismail juga menyelar tindakan pemimpin yang dilihat seperti "lalang ditiup angin" apabila terdapat individu yang dipuji tidak digemari oleh rakyat.
Beliau turut menasihatkan dalam memilih pemimpin, ia perlu dilantik dari kalangan mereka yang berkelayakan, bijak dan telus supaya tidak memalukan serta menjadi bahan jenaka rakyat.
"Janganlah juga menjadi seperti sesetengah orang yang pada mulanya hanya memuji melambung tinggi sesetengah pemimpin, tetapi apabila melihat rakyat tidak berpuas hati, berubah pula pendirian bagai lalang ditiup angin.
"Diharapkan kita sentiasa ingat, dalam memilih pemimpin-pemimpin, biarlah dilantik dari kalangan mereka yang layak, bijaksana dan telus, supaya tidak memalukan dan menjadi bahan jenaka rakyat," ujarnya.
Selepas pemecatan bekas timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khaled merupakan antara pemimpin yang lantang dengan menyentuh isu "kebenaran dan kesetiaan”.
Khaled yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Johor berkata bahawa sudah sampai masanya parti itu mengambil langkah dengan tidak berdiam diri apabila rasuah mula menjadi budaya dalam parti.

No comments:
Post a Comment