ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 31 May 2015

Anak Najib Rosmah Seleweng (Video)

Anak Najib Rosmah Seleweng (Video)

SUARAKAMI 02:08 BLOGGER


TV Thailand: Anak Najib Rosmah Seleweng

Kenyataan Anak Najib Tentang Tuduhan Ini


“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis,memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apabila saya mendapat tahu mengenainya beberapa tahun yang lalu.

Saya meletak jawatan sebagai pengarah dan pengerusi Kumpulan Sagajuta pada 31 Mei 2012,sebuah syarikat yang didakwa ada kaitan dengan UFun,” kata Mohd Nazifuddin Mohd Najib dalam satu kenyataan pada Khamis.

Nafizuddin Mohd Najib,anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi dituduh terbabit dengan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) UFun yang mencetuskan kontroversi.“UFun menggunakan nama saya untuk menipu pembeli bagi menggalakkan mereka mendaftar dalam skim Ponzi mereka.UFun mencetuskan kontroversi di Thailand kerana didakwa menipu lebih 100,000 mangsa di seluruh dunia dan Pihak berkuasa Thai dan Malaysia menjalankan operasi untuk mengesan dalang di sebalik skim tersebut.
Beberapa individu telah ditahan semasa siasatan berhubung skim itu.Polis Thai turut mencari tiga warga Malaysia yang melibatkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UFun,Datuk Daniel Tay.Dalam dua video di laman sosial YouTube baru-baru ini,Tay menafikan dakwaan syarikat beliau terlibat melakukan penipuan.Sementara itu Nazifuddin percaya cubaan untuk mengaitkannya dengan Skim ini merupakan sebahagian daripada usaha yang disasarkan terhadap bapanya,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini selepas sebuah video oleh televisyen NOW26 mengenai dakwaan kaitan Nazifuddin dengan Ufun, diedarkan kepada media sosial berdasarkan bahan promosi skim Ponzi itu.“Mereka cuba untuk memfitnah semua orang yang ada kaitan dengan perdana menteri,termasuk anak-anak dan semua orang,mereka menyerang semua orang.Ini sememangnya tidak wajar dan saya harap tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja yang terlibat,” katanya



Siapa bercakap benar?????

Maklumat sulit diperoleh PAC punca presiden 1MDB tangguh pertemuan, kata wartawan veteran

Maklumat sulit diperoleh PAC punca presiden 1MDB tangguh pertemuan, kata wartawan veteran

Dipercayai tindakan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menangguhkan pertemuan bersama PAC sebaliknya bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad kerana terdapatnya maklumat sulit tambahan berhubung skandal urus niaga syarikat itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mei, 2015.Dipercayai tindakan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menangguhkan pertemuan bersama PAC sebaliknya bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad kerana terdapatnya maklumat sulit tambahan berhubung skandal urus niaga syarikat itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mei, 2015.Datuk A Kadir Jasin mendedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah pun mendapat banyak maklumat sulit berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia lebih buruk daripada apa yang diketahui sebelum ini.
Wartawan veteran itu berkata, mungkin atas sebab itulah Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menangguhkan pertemuan bersama PAC sebaliknya bergegas bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
"Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB.
"Termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tangan.
"Agaknya kerana sebab itulah Arul tergesa-gesa memberi taklimat kepada Shahrir yang pernah jadi pengerusi PAC. Shahrir adalah antara penyokong kuat (Datuk Seri) Najib (Razak)," kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu menerusi kiriman terbaru di blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.
Arul dalam menjelaskan pertemuannya bersama Shahrir pada Rabu berkata beliau tidak sempat menghadiri pendengaran PAC yang diadakan sehari sebelum itu kerana masih dalam penerbangan pulang ke tanah air.
Bagaimanapun, Arul enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara, walaupun ahli PAC Tony Pua mendesak supaya beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menjelaskan keberadaan mereka.
"Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti.
"Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti," kata Arul kepada The Malaysian Insider.
Mengulas mengenai pelan rasionalisasi 1MDB, Kadir berkata ia merupakan satu pelan yang membolehkan syarikat bermasalah itu untuk terus berhutang.
Katanya, syarikat petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic) dan unit pelaburannya, Aabar Investments tidak akan menyuntik RM16.4 bilion secara membuta tuli jika tidak mendapat cagaran berharga atau saham yang berbaloi.
"Maklumat tepi jalan kata, IPIC/Aabar mungkin mendapat hingga 49% saham Edra Energy apabila disenaraikan atau dijual melalui pengeluaran persendirian.
"Kita tidaklah mahu berburuk sangka dengan berkata mungkin duit RM16.4 bilion itu sebenarnya sebahagian daripada hutang 1MDB yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata tidak dapat dikesan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan 1MDB akan dipecahkan kepada tiga, iaitu projek Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan penjanaan elektrik di bawah Edra Global Energy Sdn Bhd.
Arul hari ini menafikan bayaran AS$1 bilion diterima daripada Ipic merupakan pinjaman atau “bailout”.
Katanya, wang itu adalah urus niaga antara dua syarikat tersebut, dan ia tidak menambahkan hutang 1MDB.
"Merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami dapati dan prihatin dengan kenyataan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran AS$1 bilion daripada Ipic Abu Dhabi adalah pinjaman, ataupun akan membawa hutang lagi kepada 1MDB.
"Ia langsung tidak benar. Ini merupakan satu urus niaga, bukan pinjaman, bukan sebarang hutang dan bukan bailout.
"Ia merupakan sebahagian bayaran awal daripada perjanjian luas menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB, dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Arul dalam satu kenyataan.
Wang tersebut akan dibayar menjelang 4 Jun dan digunakan membayar balik AS$975 juta bagi pinjaman bank diketuai Deutsche Bank yang matang akhir bulan September, kata Kementerian Kewangan pada Jumaat.
"Perjanjian tersebut juga termasuk langkah-langkah untuk menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara dua pihak tersebut dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Perjanjian ini menampakkan langkah yang penting ke arah mengurangkan hutang keseluruhan 1MDB, dan adalah bahagian yang penting dalam pelan rasionalisasi I yang dibentangkan kepada Kabinet sebelum ini, di mana kami jangka akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan."
Pada Jumaat, Husni membentangkan pelan rasionalisasi dana pelaburan tersebut kepada Kabinet. Pada 13 Mei, Business Times Singapura melaporkan 6 bank "cemas" kerana pinjaman AS$1.103 bilion tersebut dijamin oleh Brazen Sky yang dimiliki sepenuhnya oleh 1MDB – di mana wangnya disimpan buat masa ini di BSI Singapore, cawangan bank persendirian Swiss.
Akhbar perniagaan tersebut memetik sumber, mengatakan dokumen cagaran bagi pinjaman tersebut kini dianggap “tidak lengkap”, kerana salah satu perjanjiannya tidak dipenuhi.
Ini bermaksud peminjam boleh menuntut bayaran semula daripada 1MDB pada bila-bila masa sebelum tarikh akhirnya hujung bulan Ogos.
"Apa yang sebelum ini dilihat sebagai pinjaman berkolateral ketat kini mencemaskan pihak bank, memandangkan kontroversi yang timbul ini," kata sumber dalam laporan akhbar tersebut.
Bagaimanapun, pada 22 April, Sarawak Report mengatakan akaun 1MDB di BSI Bank hanya mengandungi “aset kertas” dan nilai sebenarnya tidak dapat dikenal pasti.
Dalam jawapan Parlimen kepada Tony Pua (DAP–Petaling Jaya Utara), Putrajaya baru-baru ini mendedahkan baki pelaburan tersebut ditebus dengan aset 1MDB dalam mata wang dolar AS.
Kritikan semakin memuncak terhadap pelaburan yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan itu yang ditubuhkan pada 2009, dan kini berhutang hingga RM42 bilion.
Pengawasan kini lebih hebat berikutan pendedahan Sarawak Report baru-baru ini, menambah tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengakibatkan ahli politik pembangkang, pemimpin Umno dahulu dan kini, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan badan anti-rasuah, menuntut penyiasatan menyeluruh terhadap dana tersebut.
Ketua Audit Negara kini sedang meneliti rekod 1MDB, dengan laporan awal yang dijangka akan dihantar ke Parlimen menjelang Jun, sementara Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) memulakan siasatannya sendiri terhadap syarikat tersebut dua minggu lalu. – 31 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/maklumat-sulit-diperoleh-pac-punca-presiden-1mdb-tangguh-pertemuan-kata-war#sthash.F7vxcrKg.dpuf

Nak tutup 1MDB tapi berhutang lagi – A Kadir Jasin


Nak tutup 1MDB tapi berhutang lagi – A Kadir Jasin
Published: 31 May 2015 7:24 PM

Nak tutup (wind down) 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Kalau nawaitu betul, “business model” bagus, harta banyak, juruaudit luar kata semua teratur, Lodin kata diurus dengan baik, tak ada siapa menipu, Jho Low tak ada kena mengena, tak bayar komisen berbilion ringgit dan tak ada duit lesap, sebab apa nak “wind down” 1MDB?

Takkan kerana dipertikai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipersoalkan oleh beberapa kerat blogger yang kutip berita dari tepi jalan (guna pakai ungkapan Rizal Mansor), perdana menteri naik gabra dan nak tutup 1MDB?



Betul ke? Ini kita kena tanya jurucakap Kabinet mengenai 1MDB, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Itu pun kalau Husni bercakap dengan atau atas persetujuan Kabinet.
Tapi surat khabar milik MCA, The Star berkata 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.

Kalau nak tutup, apa hal pula buat rancangan supaya para pelabur Abu Dhabi suntik AS$4.5 bilion (kira-kira RM16.4 bilion) ke dalam 1MDB untuk bayar balik hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion itu?

Dua peminjam Abu Dhabi itu ialah International Petroleum Investment Company (Ipic) dan unit pelaburannya, Aabar Investments. Inilah syarikat Arab yang jadi “rakan kongsi” Jho Low dalam urus niaga dengan 1MDB.
Jadi bukan tutuplah, tapi atur balik perniagaan supaya boleh terus berhutang untuk bayar hutang. Masih cerita gali lubang baru untuk timbus lubang lama.

Ipic dan Aabar akan beri hutang baru RM16.4 bilion untuk bayar balik sebahagian daripada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, termasuk daripada Ipic dan Aabar. AS$1 bilion sudah pun dimasukkan ke dalam akaun 1MDB.

Mengikut berita The Star, 1MDB akan dipecahkan kepada tiga iaitu Tanah/Projek Tun Razak Exchange (TRX), Tanah/Projek Bandar Malaysia dan penjanaan elektrik di bawah Edra Global Energy Sdn Bhd.

Ipic dan Aabar tentulah tidak akan menyuntik RM16.4 bilion kalau tak dapat cagaran yang berharga atau saham yang berbaloi. Rasa-rasanya mereka mahu saham dan bukan cagaran.

Ipic/Aabar akan dapat saham Edra?

Maklumat tepi jalan kata, Ipic/Aabar mungkin mendapat sehingga 49% saham Edra Energy apabila disenaraikan atau dijual melalui pengeluaran persendirian.

Kita tidaklah mahu berburuk sangka dengan berkata mungkin duit RM16.4 bilion itu sebenarnya sebahagian daripada hutang 1MDB yang Dr Mahathir kata tidak dapat dikesan.

Tutup atau susun semula 1MDB tidak mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak-pihak yang mereka cipta 1MDB, khususnya Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Penyiasatan ke atas 1MDB wajib diteruskan. Alhamdulillah saya mendapat maklum daripada sumber-sumber tepi jalan yang rapat dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang banyak maklumat sulit sudah didapati.

Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB, termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga terdapat cek bernilai beratus juta dolar bertukar tangan.

Agaknya kerana sebab itulah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy tergesa-gesa memberi taklimat kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang pernah jadi pengerusi PAC. Shahrir adalah antara penyokong kuat Najib.

Arul Kanda tidak boleh jumpa PAC kerana kononnya berada di luar negara tetapi sampai saja di Kuala Lumpur beliau bergegas berjumpa Shahrir yang khabarnya diiringi penasihat media Najib, Paul Stadlen. Wallahuaklam. – kadirjasin.blogspot.com, 31 Mei, 2015.

* Datuk A Kadir Jasin ialah bekas pengarangketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Press.

PANAS: Adik Hishamuddin, sepupu Najib terlibat Skandal Cetak Matawang


PANAS: Adik Hishamuddin, sepupu Najib terlibat Skandal Cetak Matawang
PANAS: Adik Hishamuddin, sepupu Najib terlibat Skandal Cetak Matawang

SUARAKAMI 02:42 BLOGGER
Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara didedah melibatkan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussien, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.

Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.


“Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan,” lapornya.

Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia sehingga 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.

Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.

The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.

Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.

Menurut laman web itu, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.

Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.

Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.

Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.

Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindikit mencetak mata wang berganda.

Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.

Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan.

KISAH MENTERI BN. Nazri masih ingkar arahan Najib?


Nazri masih ingkar arahan Najib?

SUARAKAMI 03:01 BLOGGER


Selepas Najib mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan seseorang menteri melantik anak atau ahli keluarganya sebagai pegawai khas di mana-mana kementerian, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz akhirnya menukar kedudukan jawatan anak bongsunya itu. Jika sebelum ini, jawatannya ialah pegawai khas menteri, kini ia ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y).



Tindakan Nazri itu dilihat sebagai tanda beliau akur dengan arahan Perdana Menteri walaupun sebelumnya terlihat begitu angkuh mahu mempertahankan kedudukannya anaknya itu, termasuk dengan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Ini kementerian saya, saya bebas melantik sesiapa saja”.

Perubahan kedudukan jawatan itu dilakukan dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bermula semalam.
Bagaimanapun, yang menjadi persoalan ramai, kalau sudah jawatannya ditukar menjadi pegawai khas di kawasan Parlimen Padang Rengas dan bukan lagi sebagai kakitangan kementerian, mengapa pula perlu namanya dikekalkan lagi dalam senarai portal kementerian itu?



Kenapakah Nazri begitu bersungguh-sungguh mahu menonjolkan nama anaknya di kementerian itu sedangkan tugasnya tidak lagi berkaitan dengan kementerian, sebaliknya hanya berkaitan Generasi Y di Padang Rengas?
Apakah mungkin, Nedim Nazri itu sebenarnya hanya ditukarkan nama jawatan sahaja tetapi masih berada di kementerian dan menggunakan segala kemudahan kerajaan seperti pejabat, telefon, kakitangan dan sebagainya dalam urusan sehariannya? Bukankah ini bertentangan dengan etika yang seharusnya?


Rasanya semua menteri, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mempunyai pegawai khas yang menjaga kawasan Parlimen boss masing-masing tetapi tidak pula kita pernah mendengar nama pegawai khas Ahli Parlimen Pekan atau pegawai khas Ahli Parlimen Pagoh misalnya, dimasukkan namanya dalam portal rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Begitu juga menteri lain yang turut mempunyai pegawai khas di kawasan Parlimen masing-masing, nama mereka turut tidak dimasukkan dalam senarai staff kementerian kerana mereka bukan kakitangan kementerian.
Barangkali Nazri satu-satunya menteri yang meletakkan nama pegawai khas di kawasan Parlimennya dalam portal rasmi kementerian walaupun gajinya dibayar oleh beliau sendiri.

Tugas seorang pegawai khas di kawasan Parlimen ialah menjaga kepentingan pengundi di kawasan itu dan memastikan mereka mendapat bantuan atau pertolongan yang sewajarnya dalam apa juga masalah yang dihadapi di sebalik kesibukan seseorang Ahli Parlimen yang memegang jawatan sebagai menteri di Pusat.
Tugas mereka biasanya hanya melibatkan urusan dengan Ahli Parlimen dan tidak berkaitan dengan kementerian.

Dalam hal ini, anak Nazri itu sepatutnya lebih wajar berada di Pedang Rengas, berbanding mempunyai pejabat yang selantai dengan bapanya di kementerian.
Dengan meletakkan nama anaknya kekal dalam portal rasmi kementerian dan kemungkinan juga masih mempunyai pejabat di kementerian, Nazri sebenarnya tidak 100 peratus mematuhi arahan Perdana Menteri yang berbunyi, “Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri”.
Najib juga berkata, seseorang menteri hanya boleh melantik ahli keluarganya sebagai pembantu di kawasan Parlimennya sahaja.
Walaupun terlihat akur dan mengalah, Nazri sebenarnya masih menyanggahi arahan Najib.




Pakcik Tak Faham 1MDB ? Meh Saya Jelaskan ....


Pakcik Tak Faham 1MDB ? Meh Saya Jelaskan ....
Sunday, May 31, 20152comments

Pakcik ni faham ke tidak hal 1MDB ? Duk angguk2 tapi bila orang tanya soalan, pakcik tak boleh nak jawab. Macam tahu tapi tak tahu ...

Gini pakcik..... bayangkan pakcik ni Pengerusi Koperasi Kampung. Walaupun pakcik berjawatan Pengerusi, pakcik tetap kena bawa berbincang dengan ahli lembaga pengarah koperasi yang lain sebelum buat sebarang keputusan. Sebab koperasi tu bukan milik pakcik dan bukan harta pusaka pakcik.

Koperasi tu milik semua ahli yang berupa penduduk kampung ni, kan ..... pakcik dan ahli lembaga pengarah sekadar memikul tangungjawab menjaga koperasi bagi pihak ahli. Pakcik tak boleh memandai2 buat keputusan sendiri.

Koperasi kena ada Bendahari kan ? Selalunya yang sain cek kena dua orang, Pengerusi dan Bendahari. Selepas dapat persetujuan dari ahli untuk sebarang projek semasa Mesyuarat Agung, Pakcik dan ahli lembaga pengarah bolehlah bincang dan buat rencana bagaimana nak buat projek tu. Pakcik tak boleh memandai2 buat sendiri !

Kemudian sebab tak nak orang lain tahu, Pakcik lantik diri sendiri jadi Bendahari pulak... supaya orang lain tak tahu berapa yang keluar masuk akaun dan apa perjanjian yang sudah ditandatangani. Boleh ke macam tu ?

Lainlah kalau Pakcik ni gila kuasa dan punya niat tak betul dengan semua projek2 yang nak dibuat atas nama koperasi .... eeeeh, bukan... saya tak kata pakcik begitu. Saya kata KALAU orang lain buat begitu, mesti pakcik pun tuduh orang tu begitu kan ......

OK, sekarang bayangkan pakcik ni Pengerusi yang juga menjawat jawatan Bendahari Koperasi ..... dan pakcik nak beli mesin bajak sawah atas nama koperasi. Konon nak tolong orang kampung supaya semua boleh guna mesin tu.
Adalah taukeh yang duk sewa mesin tu kat hujung kampung ..... pakcik gi jumpa dia dan bincang harga. Mesin harga Rm10 ribu tapi koperasi takde duit. Bank kata boleh bagi pinjaman tapi koperasi kena ada penjamin.

Jadi pakcik pun minta taukeh mesin tu yang jadi penjamin. Tauke tu setuju sebab mesin tu dah lama dan dah mula berkarat. Lagi 2-3 tahun rosaklah. Waktu tu cuma boleh jual sebagai besi buruk je. RM10 ribu memang tinggi sebab boleh beli mesin baru !

Pakcik pun berpakatlah dengan taukeh mesin tu .... taukeh tu jadi penjamin dan bank pun luluslah pinjaman RM4 ribu dan bayar kepada taukeh tu. Mesin bajak tu pun pakcik letak kat rumah .... ahli lembaga pengarah ngan ahli koperasi lain tak tahu ni !

Lagi RM6 ribu ? Yang itu pakcik bagi cash. Sebelum tu pakcik ada buat pinjama dengan bank lain tapi yang ini saya cerita kemudian...

Lepas setahun bank pun hantar surat sebab koperasi tak bayar ansuran. Bank kata nak saman. Bank tak nak rampas mesin tu sebab bank pun tahu orang bodoh je yang nak beli mesin yang dah karat ! Pakcik pun mulalah menggelabah sebab surat tu bank pi hantar kat pejabat koperasi dan kerani koperasi dah sebar cerita.

Mana koperasi nak cari duit bayar bank ? Pakcik pun jumpa bincang sekali lagi dengan taukeh mesin tu ..... sebab dia jadi penjamin dulu. Taukeh tu setuju nak pinjamkan duit buat bayar bank sebab taukeh tu dah agak akan jadi benda ni, dia pun memang simpan duit yang bank bayar buat beli mesin hari tu.

Duit yang sama taukeh tu bagi balik kat bank.... kira settle la hutang koperasi dengan bank tapi koperasi hutang pula dengan taukeh mesin !

Orang kampung yang juga ahli koperasi mula bising dan bertanya macam2 soalan kepada pakcik dan ahli lembaga pengarah yang lain.
Kenapa bodoh sangat beli mesin yang dah berkarat dengan harga mahal ? Siapa suruh beli ? Dalam mesyuarat takde siapa pun suruh beli mesin bajak ?

Pakcik sebagai Pengerusi Koperasi nak jawab apa ?

eeehhhhh, nanti dulu, tak payah jawab lagi sebab ada projek lain yang waktu sama pakcik buat atas nama koperasi juga. Kalau setakat mesin tu jer, takdelah orang kampung marah sampai nak bakar rumah pakcik !

Dulu..... koperasi ada buat pinjaman dengan kerajaan dan kerajaan pun bagilah koperasi pinjaman jangkapanjang RM10 ribu dengan tanah 70 ekar buat projek supaya koperasi boleh bergerak.

Pakcik atas nama Pengerusi Koperasi telah pergi buat pelaburan dengan duit tu. Panjanglah ceritanya pulak tapi pakcik kata ada untung 5 ribu dan semuanya RM15 ribu pakcik dah labur dengan Pakman Telo yang ada pejabat kat Pulau Kambing. Pejabat dia jer kat Pulau Kambing, duit dia labur kat lain.

Orang kampung pun dah mula tanya mana pergi duit yang kerajaan bagi tu ...... jadi pakcik pun katalah, dah labur di Pulau Kambing. Jangan takut ..... dah buat untung pun !

Orang kampung nak tengok duit tu sekali ngan untung. Yalah, duit koperasi dan orang kampung adalah ahli koperasi jadi mereka ada hak nak tengok benarkah koperasi masih ada duit tu atau dah lesap.

Pakcik kata duit tu adaaaaa........ setengah dah pakcik tebus buat bayar hutang ( sabaaaaar, pakck, tu cerita lain pulak ! Lepas habis yang ini, saya ceritakan yang itu pulak ), setengah lagi pakcik dah simpan kat bank. Tapi bukan bank koperasi, pakcik simpan kat bank lain.

Sebabnya ? Sebab pakcik kata staf bank koperasi tak comel ..... bank satu lagi tu staf dia comel ! Tak kisahlah comel ke hodoh ke, orang kampung nak tengok juga bukti yang duit itu ada. Pakcik kata duit tu adaaaaaa.... pakcik dah tengok pun penyata bank. Cash money! Kenapa, korang tak percaya pakcik ke ?

Bila tanya soalan tu, orang kampung jadi serbasalah. Malu pun ada sebab bini pakcik duk berdiri kat belakang dengan mata tercegil keluar perhati orang kampung, nak tengok siapa yang berani kata tak percaya.

Laaa.... pakcik faham tak cerita ni ? Ok, ok.... saya sambung ya....

Lepas dua bulan pakcik dengar cerita bank lain yang pakcik ada buat pinjaman atas nama koperasi sebab nak bayar hutang orang lain ....errr.... tu pun cerita lain juga, sabarlah, nanti saya ceritakan satu persatu ...... pakcik ok ? ok ... saya sambung ya ....

Rupanya pakcik buat pinjaman lain dengan mencagarkan duit yang pakcik kata dah tengok penyata itu. Bank lain tu bising sebab diorang kata dalam bank tu takde duit !

Orang kampung dah bising balik..... kata ada cash money, habis tu kenapa bank lain kata tipu ? Yang pergi cagarkan duit tu buat apa ? Kenapa tak guna jer duit tu buat bayar pinjaman beli mesin bajak ?

Pakcik pun jawab, sabarlah ..... sebenarnya dalam bank itu bukan cash money tapi Unit. Tak payah nak terloponglah, korang apa tahu benda2 bank ni. Unit la, Unit !

Orang kampung pun angguk la kepala... kami tak kisahlah, Unit pun Unitla, kami nak tengok juga. Kami nak tahu masih adakah lagi duit RM10 ribu yang kerajaan bagi ari tu.

Pakcik tak jawab tapinya....pakcik masuk dalam rumah dan bini pakcik pulak keluar. Orang kampung semua senyap dan beredar pergi. Punyalah kuat aura bini pakcik !

Laaa..... tu cerita jer. Bukan betul2 pun. Relaks la pakcik. saya sambung ya.... Pakcik nak faham tak pasal 1MDB ni ? Haaaa... dengar lagi...

Sebelum pakcik beli mesin bajak ngan melabur di Pulau Kambing tu, pakcik pun ada buat pinjaman lain dengan bank lain juga. Bank banyak pakcik, selagi ada ..... semuanya guna nama koperasi.

Dengan bank yang ini, pakcik buat pinjaman RM20 ribu. Pakcik pakai penjamin juga sebab bank tak percaya pada koperasi. Apa dia pakcik, banyaknya pinjam ? Laaa.... itu pakcik sebagai Pengerusi Koperasi lah yang kena jawab. Itu soalan orang kampung yang tanya.

Balik pada cerita tadi, pakcik pakat dengan koperasi lain supaya jadi penjamin. Kita namakan Koperasi alDhab ..... haaa macam nama cicak gurun tu. Koperasi alDhab takkan nak jamin bodoh jer, diorang mesti nak sesuatu balik kan.

Jadi alDhab bagi syarat ...... nak jamin boleh, tapi alDhab nak simpan 40% sebagai jaminan takut koperasi pakcik tak bayar. Maknanya pakcik cuma boleh pakai RM12 ribu jer. Lagi RM8 ribu kena bagi deposit kat alDhab.

Bank pulak kenakan faedah 10% ! Kalau tolak 10%, pakcik cuma dapat RM18 ribu, tolak deposit RM8 ribu alDhab, pakcik cuma dapat RM10 ribu jer dari pinjaman sebanyak RM20 ribu.

Giler ? Laaa.... itu soalan dari orang kampung kepada pakcik selaku Pengerusi Koperasi. Pakcik tak boleh lah tanya. Orang kampung yang tanya, pakcik yang kena jawab. Saya sambung ya ...

Ada satu lagi syarat ..... ingat tak mesin bajak sawah yang pakcik nak beli awal tadi ? Haaaa..... duit RM6 ribu tu datang dari sinilah. Nampak ?

alDhab kata kalau nak jadi penjamin, dia nak beli setengah dari saham projek mesin tu. Tapi terserah kat dia lah bila dia nak beli. Dalam masa 10 tahun, alDhab boleh beli share itu dan koperasi pakcik tak boleh tolak. Itu hak alDhab.

Pakcik kata OK. Kepada alDhab pakcik kata OK, kepada bank yang nak kenakan charge 10% tu pun pakcik kata OK. Janji dapat duit.

Ehhhhh.... pakcik tak boleh kata tak nak. Memanglah gila syarat2 tu, pakcik pun tak percaya kan ? Orang kampung semua tanya, kenapa yang terdesak sangat sampai syarat gila macam tu pun boleh terima ?

Masalahnya pakcik sebagai Pengerusi Koperasi dah terima !

Laaaa..... kata nak faham soal 1MDB, kenapa orang bising2 ..... pakcik kena dengarlah. Adalagi ni ..... ingat ya, anggap yang pakcik ni Pengerusi Koperasi yang buat semua tu ...

Ingat tak bank yang bising kata dalam cagaran hasil pelaburan PakMan Telo tu semua tipu, takde duit dalam bank tu ?

Haaaa..... pakcik buat pinjaman dengan diorang sebab nak tebus hak alDhab keatas saham projek mesin bajak tu. Nak tebus kena bayar duit ! Deposit diorang tetap pegang, tebus tetap kena bayar duit juga.

Sekarang koperasi dah takde duit ..... jadi macam kes pakcik minta tolong tauke mesin tu yang bayarkan hutang, macam tu lah juga kali ni. Pakcik gi bincang ngan alDhab minta diorang tolong bayarkan.

alDhab setuju tolong. alDhab hanya pakai balik duit tebusan hak tadi buat bayar hutang bank. Satu sen tak keluar. Takkan takde apa2 kot, mestilah ada pulangannya kepada alDhab bila dia tolong.

alDhab kaya ? Entahlah ..... kaya kot sebab tu boleh jadi penjamin. Tapi kena ingat, duit yang dia tolong ni hasilnya dari pakcik juga.

Satu lagi, alDhab ada RM8 ribu deposit pakcik yang dia pegang. Ya, duit pakcik... eh salah, duit koperasi pakcik tapi selagi bernama deposit, terpulanglah pada alDhab nak gunakan untuk apa pun. Bila tiba masanya nanti yang entah bila, alDhab kena pulangkan. Sementara itu alDhab bolehlah melabur dengan duit deposit tu waima melabur dalam koperasi pakcik !

Sekarang alDhab offer nak tolong pakcik dengan duit yang asalnya deposit tu ! Syarat pakcik kena bagi saham koperasi kepada alDhab. Kira alDhab jadi pemegang saham koperasi.

Laaa..... mana boleh pakcik tak nak berlakon dah, Memanglah giler, pakcik pun tahu kan. Tapi sebagai Pengerusi Koperasi, pakcik kenalah jelaskan kepada orang kampung.

Pakcik ? Pakcik ? Laaa..... masuk ke dalam pulak... tak habis lagi ni. Tak nak faham ke cerita 1MDB ? Siapa nak jelaskan kat orang kampung ni ?

Ehhh. Makcik pula keluar . Errr..... cantik Makcik. errr ... makcik faham hal 1MDB ? Tak faham tapi buat2 macam faham ? Meh saya jelaskan ....

PS - Saya tak larat nak baca balik dan edit... pening ! Sekadar hiburan hari minggu hehehe ...

Saturday 30 May 2015

Najib dan Rosmah Boros, KDN Cuba Tutup


Najib dan Rosmah Boros, KDN Cuba Tutup

SUARAKAMI 08:53 BLOGGER


Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat, dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansor.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan itu jelas melanggar kebebasan media dan hak bersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan.

“Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti, KPI dan sebagainya, tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN.

“Dalam era media sosial sekarang, ini adalah satu langkah tidak bijak, sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet,” ujar Muhammad Nur.

Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar mingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini.

Terdahulu, portal Astro Awani dikatakan turut menarik balik berita mengenai kritikan sinis tokoh wartawan, A Kadir Jasin terhadap Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan untuk tujuan peribadi ke luar negara.

“Tindakan KDN melanggar kebebasan media, dan tak sesuai dengan negara maju. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia yang lebih ke depan dalam kebebasan akhbar,”

“Di Indonesia rakyat bebas mengkritik pemerintah di kaca tv atau di dada akhbar, dan keadaan ini jauh berbeza dengan Malaysia,” ujar Muhammad Nur.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail berkata, kerajaan tidak dapat menutup pembaziran dilakukan perdana menteri dan isterinya, meskipun menghalang media melaporkan perkara itu.

“Pembaziran Najib dan Rosmah sudah sampai ke tahap melampau dan rakyat Malaysia sudah tahu.

“Bangkai jika cuba ditutup, lambat laun kebusukan itu akan terbongkar jua. Bagi saya Najib terlalu angkuh.

“Dia sebagai perdana menteri seharusnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia dalam mematuhi undang-undang negara ini,” katanya.

Tun Mahathir Tak Malu .... Dulu Pi Lancar Buku Rosmah, La Ni ....

Tun Mahathir Tak Malu .... Dulu Pi Lancar Buku Rosmah, La Ni ....

Sunday, May 31, 

Kalau melihatkan kesungguhan Najib menjelajah seluruh negara akhir2 ini, kita mungkin beranggapan negara sedang berdepan PRU ! Berkempen sakan Najib tapi bukan mempromosikan BN tapi mempromosikan dirinya sendiri selaku anak Bugis yang tidak semudah itu mahu mengaku kalah bila dicabar meletak jawatan oleh seorang tua pencen berumur 90 tahun.

Macam blogger pula gayanya bila dengan megah mencanangkan sekian2 ribu hadir untuk menyambutnya di setiap negeri yang dia singgah. Lain kali sebut lah juga berapa banyak BAS yang turut sama menyambut beliau - 

Bas2 Menyambut Najib Di Perlis
Najib kelihatan lebih seperti anak Bugis yang menggelabah ketakutan daripada seorang pahlawan yang berani berdepan musuh !

Sebut tentang berdepan dengan musuh ...... rasanya Tun Mahathir dah berikan persetujuannya untuk berdepan dengan Najib dalam mana2 majlis debat/forum terbuka, lagi baik kalau boleh disiarkan secara langsung biar semua rakyat dapat lihat.

Anak bugis macamana ? Nak sambut tak ? Atau Najib rasa lebih selamat dengan cara sekarang, komunikasi SATU HALA di mana beliau di atas pentas bercakap tanpa diberi peluang kepada sesiapapun untuk menanya balas ? 

Oya, dalam setiap siri jelajah nya, apakah ada sesi sidang akhbar di mana Najib berdepan dengan soalan spontan dari wartawan ? 

Najib tak kan berani nya ..... kan , kan ..... walaupun setelah mendapat sokongan ratusan ribu rakyat dalam siri jelajahnya, Najib masih tidak konfiden. Berbeza dengan blogger2 Najib yang konfiden giler dengan 1MDB .... biarpun 1MDB terpaksa bergolok bergadai nak bayar hutang.

Sebab antara soalan pertama yang akan ditanya oleh baik wartawan atau rakyat adalah kluk klek beliau dalam isu Tunai-Aset-Unit dana Cayman yang disimpan di BSI Singapura.




Kenapa Najib selaku Menteri Kewangan masih tidak menjelaskan perkara ini kepada rakyat ? Orang duk tertanya2 dan hairan bagaimana dalam isu sebesar RM4 billion pun SELURUH pegawai Kementerian Kewangan termasuk Menterinya dan juga 1MDB sendiri boleh membiarkan kesilapan itu selama lebih 2 bulan tanpa dibuat pembetulan ? Padahal hampir setiap hari media membicarakan hal itu ... apakah itu pun kena TUNGGU AUDIT! ?

Sekarang sekali lagi 1MDB terpaksa diselamatkan dari kemelut hutang. Kali ini melalui sentuhan Pak Arab.  Apa nih ? Jumlah Aset jauh melebihi Liabiliti1MDB tidak ada masalah nak bayar hutang ? 

Kemudian dikatakan 1MDB akan dipecahkan ? Hallo, tak nak TUNGGU AUDIT! dulu ke ? Agak2nyalah, bila PAC dah selesai dengan auditnya, masih wujud lagikah 1MDB ni ?

Baca juga - JMD - 1MDB is confirmed to be in bad shape; will be dismantled by MOF

                            ********************* 
Sehari dua ini rancak blogger Najib memainkan semula kemunculan Tun Mahathir semasa pelancaran buku Biografi Rosmah lebih 2 tahun lalu. Hahahahaha ..... adoyai, sakit perut gelak beb ! Bukan apa, sebab mereka mengingatkan kembali apa komen Tun Mahathir mengenai buku itu -

Oya, Tun Mahathir turut menyokong usaha Rosmah menulis Biografi ni. Ia boleh jadi sebahagian penulisan sejarah untuk merekodkan iklim keadaan yang berlaku pada ketika itu. Juga sebagai rujukan masa depan dan untuk memberi pandangan dari sudut seseorang pemimpin itu mengenai sesuatu isu dan pengalaman.

Justeru, katanya, penulisan sedemikian juga dapat memberi peluang kepada pembaca untuk mengetahui penjelasan dari sudut pandangan orang yang menjadi sasar, dan kemudiannya membuat keputusan secara adil mengenai sesuatu isu itu.
"Ini adalah buku yang baik dan akan menjadi panduan kepada generasi akan datang 100 hingga 200 tahun dari sekarang,"   ( ada saya komen ketika itu - KLiK )

Baru 2 tahun blogger Najib Rosmah dah rujuk, tunggulah lagi 98 tahun ! Hahahahahaha ....... 


Hmmm .... tunda lagi nak komen tentang Abu Dhabi Connection dalam 1MDB. Nantilah, pagi hari Ahad cuti sekolah pulak tu, jadi kita santai2 je ..

Baca juga  - Tukang Duk Peghati -  HUTANG 1MDB RM42 BILION boleh 'SETTLE' apabila PM selesai LAKUkan 'JELAJAH pohon SIMPATI' seluruh NEGARA?


Ku Li cadang pilihan raya langsung pilih perdana menteri


Ku Li cadang pilihan raya langsung pilih perdana menteri

SUARAKAMI 03:03 NEWS


Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan cadangan agar parti Melayu itu berhenti mencalonkan perdana menteri, sebaliknya pilihan raya langsung diadakan untuk tujuan itu.

Kenyataan Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu dibuat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya.

"Kita mungkin boleh ada perdana menteri yang dipilih secara terus dan bukan seorang yang diangkat parti," katanya dalam ucapan sewaktu merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia) di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Petaling Jaya, pagi ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Razaleigh berkata masa depan politik Malaysia adalah dengan mendakap perubahan ke arah yang lebih baik.

Ahli Parlimen Gua Musang itu menyeru agar sistem pentadbiran yang berbeza diteroka untuk melihat jika Malaysia boleh menjadi lebih baik berbanding sistem sedia ada.

"Kita mewarisi sistem ini daripada British dan sistem ini terbukti begitu berkesan untuk negara-negara lain.

"Namun, perkara yang sama tidak dapat dilihat di Malaysia. Mungkin sifat masyarakat kita menghalang kecekapan dan keberkesanan sistem itu dan menyebabkan kita menjadi malas," katanya.

Sistem politik Malaysia berdasarkan sistem Westminster diwarisi daripada British, di mana kuasa eksekutif berada di tangan Kabinet yang dipimpin perdana menteri.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan Yang di-Pertuan Agong, mengetuai blok majoriti Parlimen.

DYMM AGONG DAN RAJA-RAJA ADALAH KETUA NEGARA DAN PEMERINTAH.


DYMM AGONG DAN RAJA-RAJA ADALAH KETUA NEGARA DAN PEMERINTAH.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

PANDANGAN MENTAATI PEMERINTAH MENURUT ISLAM.

Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan,

2 - Menghormati dan Memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Melaksanakan kebaikan bersama mereka,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim.

Ahlus Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan pihak berkuasa.
Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف

“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah di dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)

Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan. Sekiranya masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya adalah wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus.

Imam al-Mubarakfuri rahimahullah berkata,

الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب

“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Kesepakatan (ijma’) ahlus sunnah wal-jama’ah dalam mentaati pemerintah antaranya disebutkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Ini adalah sebagaimana berikut,

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

وَأَمَّا الْخُرُوج عَلَيْهِمْ وَقِتَالهمْ فَحَرَام بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنْ كَانُوا فَسَقَة ظَالِمِينَ

“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,
قال بن بطال في الحديث حجة في ترك الخروج على السلطان ولو جار وقد أجمع الفقهاء على وجوب طاعة السلطان المتغلب والجهاد معه وأن طاعته خير من الخروج عليه لما في ذلك من حقن الدماء وتسكين الدهماء وحجتهم هذا الخبر وغيره مما يساعده ولم يستثنوا من ذلك إلا إذا وقع من السلطان الكفر الصريح

“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Al-Karmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekufuran yang nyata. Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)

Asy-Syarqawi berkata, “Larangan (keharaman) memerangi penguasa yang zalim dan fasiq diambil daripada ijma’ para ulama dari kalangan para tabi’in.” (Hasyiyah asy-Syarqawi, 2/398)

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menjelaskan berkenaan kesepakatan (ijma’) dalam hal ini setelah mengulas berkaitan biografi dan celaan terhadap perawi yang membolehkan mengangkat pedang (walaupun asalnya perawi tersebut tsiqah dan fasiq):
كان يرى السيف يعني كان يرى الخروج بالسيف على أئمة الجور وهذا مذهب للسلف قديم لكن أستقر الأمر على ترك ذلك لما رأوه قد أفضى إلى أشد منه ففي وقعة الحرة ووقعة بن الأشعث وغيرهما عظة لمن تدبر

“Sebagaimana yang diriwayatkan berkenaan pendapat yang menyatakan bolehnya keluar (khuruj) mengangkat pedang (senjata) terhadap para pemimpin yang zalim (tirani). Maka, ini adalah mazhab salaf qadim (mazhab sebahagian orang-orang salaf terdahulu dari minoriti sahabat dan tabi’in). Akan tetapi, kemudiannya ada sebuah ketetapan untuk meninggalkan perkara (kefahaman) tersebut, kerana ia menimbulkan kesan yang jauh lebih buruk. Apa yang terjadi dalam peristiwa al-Harrah dan Ibnu al-Asy’ats menjadi pengajaran yang baik bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran.” (Ibnu Hajar, Tahdzibut Tahdzib, 2/250)

Keterangan tentang fasa ijma’ ini juga dijelaskan oleh al-Qadhi Iyadh sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah,
وقال جماهير أهل السنة من الفقهاء والمحدثين والمتكلمين لا ينعزل بالفسق والظلم وتعطيل الحقوق ولا يخلع ولا يجوز الخروج عليه بذلك بل يجب وعظه وتخويفه للأحاديث الواردة في ذلك قال القاضي وقد ادعى أبو بكر بن مجاهد في هذا الاجماع وقد رد عليه بعضهم هذا بقيام الحسن وبن الزبير وأهل المدينة على بني أمية وبقيام جماعة عظيمة من التابعين والصدر الأول على الحجاج مع بن الأشعث وتأول هذا القائل قوله أن لا ننازع الأمر أهله في أئمة العدل وحجة الجمهور أن قيامهم على الحجاج ليس بمجرد الفسق بل لما غير من الشرع وظاهر من الكفر قال القاضي وقيل أن هذا الخلاف كان أولا ثم حصل الإجماع على منع الخروج عليهم والله اعلم

“Majoriti ulama ahlus sunnah dari kalangan fuqaha’ (pakar fiqh), ahli hadis, dan ahli kalam menyatakan bahawa pemimpin tidak dilucutkan (atau dijatuhkan kepimpinannya) atas sebab kefasikannya, kezalimannya, dan perbuatannya yang merampas hak-hak umat Islam, dan tidak boleh khuruj (keluar dari ketaatan) kepadanya. Tetapi umat Islam wajib untuk menasihati dan menggerunkan hatinya dengan hadis-hadis (yang berbentuk ancaman) berkaitan perkara tersebut.

Al-Qadhi berkata, “Abu Bakar B. Mujahid telah menyatakan adanya ijma’ atas perkara ini, sebahagian ulama telah membantah pernyataan tersebut dengan apa yang dilakukan oleh al-Hasan dan Ibnu az-Zubair, serta penduduk Madinah terhadap bani Umayyah. Juga pertembungan dua kumpulan besar dari kalangan tabi’in dan generasi awal dan umat ini terhadap al-Hajjaj B. Yusuf, bukan kerana sekadar kefasikan, akan tetapi ketika dia telah mengubah sebahagian syari’at dan menampakkan kekufuran.” Al-Qadhi berkata lagi, “Perbezaan ini timbul pada awalnya, kemudian terjadi ijma’ (kesepakatan) yang melarang memberontak kepada pemerintah.” Wallahu a’lam.” (Syarah Shahih Muslim, 12/229)

Dalam sebuah hadis daripada Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:

سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau:

“Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata:

“Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah:

“Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syaikh Syu’ab al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)

Imam al-Hasan al-Bashri rahimahullah menyatakan berkenaan kepimpinan pemimpin umat Islam:

هم يلون من أمورنا خمساً: الجمعة، والجماعة، والعيد، والثغور، والحدود. والله لا يستقيم الدين إلا بهم، وإن جاروا وظلموا والله لما يصلح الله بهم أكثر مما يفسدون، مع أن طاعتهم – والله – لغبطة وأن فرقتهم لكفر

“Mereka menguasai (memimpin) kita dalam lima perkara, iaitu solat Juma’at, al-Jama’ah (penyatuan/perpaduan), hari raya, benteng pertahanan, dan perundangan. Demi Allah, agama ini tidak akan tertegak melainkan dengan kewujudan mereka, walaupun mereka melakukan keburukan dan kezaliman. Demi Allah, Allah menjadikan kebaikan dengan perantaraan mereka lebih banyak berbanding kerosakkan dengan sebab mereka. Ketaatan kepada mereka adalah suatu yang terpuji dan memisahkan diri daripada mereka adalah kekufuran.” (Ibnul Jauzi, Adab al-Hasan al-Bashri, m/s. 121. Dinukil dari: Syaikh ‘Abdussalam B. Barjas, Mu’ammalatul Hukkam fii Dhau’il Kitab wa as-Sunnah, m/s. 2)

Larangan Berebut Kerusi Kepimpinan

عَنْ جُنَادَةَ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ - وَهُوَ مَرِيضٌ قُلْنَا أَصْلَحَكَ اللَّهُ حَدِّثْ بِحَدِيثٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهِ سَمِعْتَهُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ دَعَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعْنَاهُ فَقَالَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ

Daripada Junadah B. Abi Umayyah, beliau berkata, “Kami masuk menemui ‘Ubadah B. ash-Shomit (ketika beliau terlantar sakit), lalu kami pun berkata, “Semoga Allah memulihkan keadaan kamu, khabarkanlah kepada kami satu hadis yang dengannya Allah memberi manfaat kepadamu, yang telah engkau dengar daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Beliau pun berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajak kami dan kami pun membai’atnya.” Kemudian beliau berkata, “Di antara perjanjian yang diambil dari kami adalah supaya kami membai’atnya untuk mendengar dan taat di ketika senang dan ketika susah, ketika sukar dan ketika mudah, mengutamakan beliau (Nabi) berbanding ke atas diri kami sendiri, tidak berebut (atau mempersoalkan) urusan kepimpinan daripada para pemiliknya melainkan sekiranya melihat kekufuran yang nyata, di mana ada bukti (yang boleh dipertanggungjawabkan) untuk kamu kemukakan kepada Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/444, no. 6532. Shahih Muslim, Kitab al-Imarah, 9/374, no. 3427)

Mendoakan Pemerintah Dengan Kebaikan

Al-Hafiz Abu Bakar al-Ismaili rahimahullah (Wafat: 371H) berkata:


ويرون الدعاء لهم بالإصلاح والعطف إلى العدل ، ولا يرون الخروج بالسيف عليهم ولا قتال الفتنة ، ويرون قتال الفئة الباغية مع الإمام العدل ، إذا كان وجد على شرطهم في ذلك

“Dan mereka (ahli hadis) berpandangan disyariatkan berdoa untuk kebaikan para pemimpin umat Islam dan supaya mereka berubah untuk bersikap adil dan mereka juga berpandangan tidak boleh memberontak terhadap mereka dengan senjata dan hendaklah orang muslim tidak turut serta berperang ketika terjadi fitnah (pertikaian di antara kaum muslimin sendiri) dan mereka juga berpandangan tentang wajibnya memerangi golongan yang zalim yang dilakukan bersama pemimpin yang adil apabila ditentukan kesesuaian dengan syarat yang mereka tetapkan dalam perkara tersebut.” (Abu Bakar Ismaili, I'tiqad A'immatul Hadits, m/s. 75-76)

Disebutkan oleh imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) daripada Abu ‘Utsman:


فانصح للسلطان و أكثر له من الدعاء بالصلاح و الرشاد بالقول و العمل و الحكم فإنهم إذا صلحوا صلح العباد بصلاحهم


و إياك أن تدعو عليهم باللعنة فيزدادوا شرا و يزداد البلاء على المسلمين و لكن ادع لهم بالتوبة فيتركة الشر فيرتفع البلاء عن المؤمنين

“Nasihatilah para pemimpin, banyakkanlah berdoa untuk kebaikan dan kebenarannya dalam beramal dan dalam ucapan serta ketika memutuskan hukuman. Maka, apabila mereka baik, maka akan baiklahlah rakyatnya.

Berhati-hatilah kamu, jangan sampai mendoakan keburukkan atau melaknat mereka, kerana yang demikian itu hanya akan menambahkan keburukkan ke atas umat Islam. Tetapi, mintakanlah keampunan kepada Allah untuk penguasa semoga mereka meninggalkan perbuatan yang buruk yang dengannya akan dihilangkan musibah umat Islam pula.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/26, no. 7401)

Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H):

Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku memiliki doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Beliau ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, maka ia hanya bermanfaat untuk diriku, tetapi apabila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)

Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, walaupun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri manakala apabila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)

Keutamaan Pemimpin Yag Adil Di Sisi Allah

Daripada Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang adil di sisi Allah berada pada mimbar-mimbar dari cahaya di sebelah kanan ar-Rahman dan kedua Tangan-Nya adalah kanan, iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum mereka, keluarga dan kepimpinan mereka. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/350, 3406)

Ancaman Kepada Pemimpin Yang Tidak Beramanah

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberikan peringatan yang sangat keras bagi para pemimpin yang tidak amanah kepada Allah terdahap apa yang dipimpinnya, iaitu dalam mengurus hal-ehwal rakyatnya, sebagaimana sabdanya:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لِرَعِيَّتِهِ إِلّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tidak ada seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lalu ia meninggal pada hari meninggalnya di dalam keadaan mengkhianati rakyatnya melainkan Allah telah mengharamkan ke atasnya syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/343, no. 203. 9/353, no. 3409)

Doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada pemimpin yang tidak amanah secara umum:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

“Ya Allah, sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia.” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407)

Memuliakan dan Mentaati Pemerintah (Pemimpin)

Ahlus sunnah wal-jama’ah menetapkan bahawa wajib memuliakan dan menghormati pemimpin. Bahkan Islam amat memandang tinggi kedudukan seseorang pemimpin. Walaupun mereka bertindak zalim, tidak amanah, dan melakukan kefasikan.

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menukilkan di dalam tafsirnya:

لا يزال الناس بخير ما عظموا السلطان والعلماء، فإن عظموا هذين أصلح الله دنياهم وأخراهم، وإن استخفوا بِهذين أفسدوا دنياهم وأخراهم

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menghormati sultan (pemimpin) dan para ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya ini, Allah akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Dan sekiranya mereka menghina keduanya, maka Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.” (al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, 5/260)

Ini adalah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut yang memerintahkan supaya kita memuliakan pemimpin:

Daripada Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

السلطان ظل الله في الرض فمن اهانه اها الله ومن اكرمه اكرمه الله

“Sultan (pemimpin) itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/17, no. 7373. Dinyatakan hasan oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/224, no. 1024)

Sebuah hadis daripada Ziyad B. Kusaib, beliau menceritakan,

كُنْتُ مَعَ أَبِي بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ ابْنِ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَقَالَ أَبُو بِلَالٍ انْظُرُوا إِلَى أَمِيرِنَا يَلْبَسُ ثِيَابَ الْفُسَّاقِ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ اسْكُتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ أَهَانَهُ اللَّهُ

Pada suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu ‘Amir bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibnu Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak, “Lihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!” Maka, Abi Bakrah pun berkata, “Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya.”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, 8/164, no. 2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya, Takhrij Ahadits al-Ihya’, 5/246, no. 2246. Al-Albani mensahihkannya, Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/224, no. 2224)

Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata,

أبو بلال هذا هو مرداس ابن أدية، خارجي، ومن جهله عد ثياب الرجال الرقاق لباس الفساق

“Abu Bilal dalam hadis tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang dari kelompok berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang fasiq. (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 3/20 dan 14/508)

Dalam hadis yang lain,

سيكون بعدي سلطان فاعزوه من التمس ذله شغر شغرة فى الاسلام ولم يقبل منه توبة حتى يعيدها كماكانت

"Akan muncul selepas peninggalanku seorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan sesiapa yang mencari-cari kehinaannya (kesalahan dan keaibannya), bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sehinggalah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana asalnya). (Hadis Riwayat Ibn Abi ‘Ashim. Dinyatakan sahih oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/261, no. 1079)

Saidina ‘Ali B. Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

لا يصلح الناس إلا أمير بر أو فاجر قالوا : يا أمير المؤمنين هذا البر فكيف بالفاجر؟ قال: إن الفاجر يؤمن الله عز و جل به السبل و يجاهد به العدو و يجبي به الفيء و تقام به الحدود و يحج به البيت و يعبد الله فيه المسلم آمنا حتى يأتيه أجله

“Tidak akan baik keadaan manusia (rakyat) melainkan dengan adanya amir (pemimpin), sama ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk/jahat).”

Ada yang bertanya:

“Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pemimpin tersebut baik (maka ia adalah wajar/boleh diterima akal), tetapi bagaimana sekiranya pemimpin tersebut fajir (buruk/jahat)?”

‘Ali menjawab:

“Sebenarnya Allah menjaga keamanan sesuatu kawasan melalui perantara pemimpin walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan dan jenayah dilaksanakan (hudud), haji berjalan, dan umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah sehingga ajalnya.”.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/64)

Dalam urusan mentaati pemimpin ini terdapat begitu banyak dalil-dalilnya daripada al-Qur’an dan as-Sunnah. Dan dengannyalah para ulama ahlus sunnah berhujjah serta menetapkan prinsip-prinsip tersebut. Di antara dalil-dalil tersebut adalah sebagaimana berikut:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاُوْلِى اْلاَمْرِ مِنْكُمْ

“Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (pemerintah) di antara kamu.” (Surah an-Nisaa, 4: 59)

Daripada ayat ini kita dapat memahami di antaranya bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya kita mentaati pemimpin, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala meletakkan ketaatan kepada pemimpin dalam rangkap yang sama setelah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini adalah sebagai indikasi bahawa betapa penting dan tingginya kedudukan pemimpin.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) setelah menukilkan ayat tersebut beliau pun berkata:

فَأَمَرَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ بِطَاعَتِهِ وَطَاعَةِ رَسُولِهِ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ كَمَا أَمَرَهُمْ أَنْ يُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمُوا بَيْنَ النَّاسِ أَنْ يَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ. وَأَمَرَهُمْ إذَا تَنَازَعُوا فِي شَيْءٍ أَنْ يَرُدُّوهُ إلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ. قَالَ الْعُلَمَاءُ: الرَّدُّ إلَى اللَّهِ هُوَ الرَّدُّ إلَى كِتَابِهِ وَالرَّدُّ إلَى الرَّسُولِ بَعْدَ مَوْتِهِ هُوَ الرَّدُّ إلَى سُنَّتِهِ

“Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya, dan ulil Amri (pemimpin) di antara mereka, sebagaimana Dia memerintahkan mereka supaya menunaikan amanah kepada pemiliknya, dan jika mereka menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah menetapkannya dengan adil. Dan Dia memerintahkan sekiranya mereka berselisih tentang sesuatu perkara hendaklah mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Para ulama berkata: Mengembalikan kepada Allah adalah mengembalikan kepada Kitab-Nya dan mengembalikan kepada Rasul-Nya setelah beliau wafat adalah mengembalikan kepada sunnahnya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/6)

Beliau juga turut menyatakan:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا ؛ فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ }. فَذَلِكَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ: هُوَ وَاجِبٌ عَلَى الْمُسْلِمِ؛ وَإِنْ اسْتَأْثَرُوا عَلَيْهِ . وَمَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ وَرَسُولُهُ مِنْ مَعْصِيَتِهِمْ: فَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ؛ وَإِنْ أُكْرِهَ عَلَيْهِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Dengarlah dan taatlah, kerana kewajiban mereka adalah apa yang dibebankan ke atas mereka, dan kewajiban kamu adalah apa yang dibebankan ke atas kamu.”

Perkara tersebut dari apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dengannya, iaitu mentaati pemimpin dan menasihati mereka adalah wajib ke atas umat Islam, walaupun mereka mementingkan diri mereka. Menentang (memaksiati) mereka (ulil Amri) yang mana dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya adalah haram atasnya. Dan aku membencinya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/9)

فَطَاعَةُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاجِبَةٌ عَلَى كُلِّ أَحَدٍ ؛ وَطَاعَةُ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَاجِبَةٌ لِأَمْرِ اللَّهِ بِطَاعَتِهِمْ فَمَنْ أَطَاعَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ بِطَاعَةِ وُلَاةِ الْأَمْرِ لِلَّهِ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ . وَمَنْ كَانَ لَا يُطِيعُهُمْ إلَّا لِمَا يَأْخُذُهُ مِنْ الْوِلَايَةِ وَالْمَالِ فَإِنْ أَعْطَوْهُ أَطَاعَهُمْ ؛ وَإِنْ مَنَعُوهُ عَصَاهُمْ : فَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ

“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah wajib ke atas sesiapa pun, dan mentaati pemimpin/pemerintah adalah wajib kerana Allah memerintahkan supaya mentaati mereka. Maka, sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan mentaati pemerintah kerana Allah, maka pahalanya adalah dari Allah. Dan sesiapa yang tidak mentaati pemerintah, melainkan sekiranya ada jawatan dan harta yang diharapkan – sekiranya ulil Amri memberikan kepadanya, maka dia pun taat. Sekiranya tidak, maka dia pun bertindak menentangnya, maka dia tidak memiliki tempat di akhirat.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/16)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah turut menyatakan:

فجعل ذلك من مأموراته عزّ وجل، وما أمر الله تعالى به فهو عبادة. ولا يشترط في طاعتهم ألاّ يعصوا الله،فأطعهم فيما أمروا به وإن عصوا الله، لأنك مأمور بطاعتهم وإن عصوا الله في أنفسهم

Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan ketaatan kepada mereka (pemimpin) termasuk di antara ketaatan kepada-Nya dan apa yang diperintahkan Allah Ta’ala adalah merupakan ibadah.

Dalam urusan mentaati mereka (pemimpin) tidak disyaratkan bahawa pemimpin tersebut mestilah yang suci dari maksiat kepada Allah. Taatilah perintah mereka (selagi mana yang bukan maksiat), walaupun mereka (pemimpin sendiri) bermaksiat kepada-Nya, kerana kamu hanya diperintahkan mentaatinya (dalam urusan yang tidak bertentangan dengan agama), walaupun mereka sendiri melakukan maksiat kepada Allah. (Ibnul ‘Utsaimin, Syarah al-Arba’in an-Nawawiyyah, hadis no. 7)

Hadis daripada ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

انكم سترون بعدي اثرة وامورا تنكرونها. قالوا: فما تامرنا يا رسوالله؟ قال: ادوا اليهم حقهم واسالوالله حقكم

"Sesungguhnya, kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (tidak suka).” Mereka (para sahabat) bertanya:

“Maka apakah yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:

“Tunaikanlah kepada para penguasa hak-hak mereka dan mintalah kepada Allah hak-hak kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/441, no. 6529)

Dapat kita fahami dari hadis ini bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedikitpun tidak memerintahkan kita semua supaya memberontak atau bertindak mengusahakan pertukaran tampuk kepimpinan sedia ada. Tetapi apa yang beliau perintahkan adalah supaya menunaikan hak-hak pemimpin (selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin) dan meminta hak-hak kita kepada Allah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكرَهَ إِلا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَإِنْ أَمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ

“Wajib ke atas seseorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) pada apa-apa yang ia sukai atau ia benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila ia menyuruh untuk berbuat maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” (Hadis Riwayat Muslim, 3/370, no. 3423. at-Tirmidzi, 6/300, no. 1629)

Imam Muhammad ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah berkata:

وفيه: أن الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب . قال المطهر على هذا الحديث : (( يعني :سمع كلام الحاكم وطاعته واجب على كل مسلم، سواء أمره بما يوافق طبعه أو لم يوافقه، بشرط أن لا يأمره بمعصية فإن أمره بها فلا تجوز طاعته لكن لا يجوز له محاربة الإمام ))

“Dalam hadis ini mengandungi tuntutan bahawa jika imam/pemimpin itu memerintahkan untuk melaksanakan amalan sunnah atau mubah, maka wajib untuk melaksanakannya. Al-Muthahhar mengulas hadis ini: “Iaitu bahawa mendengar ucapan penguasa dan mentaatinya adalah perkara wajib bagi setiap muslim, sama ada dia memerintahkan kepada apa yang bersesuaian dengan tabiat muslim tersebut atau tidak. Syaratnya adalah pemimpin tersebut tidak memerintahkannya untuk melakukan maksiat. Sekiranya pemimpin tersebut memerintahkan kepada maksiat, maka tidak boleh mentaatinya (dalam perkara maksiat tersebut), namun juga tidak boleh membangkang/memerangi kepimpinan pemimpin tersebut.” (Muhammad B. ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmidzi, 5/298)

Al-Harb berkata di dalam kitabnya Al-‘Aqidah dengan menukil perkataan daripada sejumlah ulama salaf:

وإن أمرك السلطان بأمر فيه لله معصية فليس لك أن تطعه البتة وليس لك أن تخرج عليه ولا تمنعه حقه

“Dan sekiranya sultan (penguasa) memerintahkan kepada kamu tentang suatu perkara kemaksiatan di sisi Allah, maka tidak ada ketaatan bagimu terhadapnya. Akan tetapi, kamu juga tidak boleh keluar dari ketaatannya dan menahan haknya sebagai pemimpin.” (Ibnul Qayyim, Haadi al-Arwaah ila Biladil Afraah, 1/289)

Di dalam hadis seterusnya, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنْ اسْتُعْمِلَ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ

“Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba sahaya berbangsa Habsyi yang kepalanya seperti kismis.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/101, no. 652)

ألا من ولي عليه وال فرآه يأتي شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعة

“Ketahuilah, sesiapa yang diperintahkan ke atasnya (oleh) seorang wali (imam/pemimpin), kemudian dia melihat (imam/pemimpin tersebut melakukan) kemaksiatan kepada Allah, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan imam/pemimpin tersebut). Dan tidak boleh baginya melepaskan tangan (keluar) dari ketaatan.” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/404, no. 3448)

Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberi peringatan yang tegas dan keras sebagaimana berikut

من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية

“Sesiapa yang melihat pada amirnya (pemimpin) suatu yang dibencinya, hendaklah dia tetap bersabar dengan sebab tersebut. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu keluar dari al-Jama’ah (tidak mentaati pemerintahnya) walaupun sejengkal lalu ia mati dalam keadaan tersebut (keluar dari ketaatan terhadap pemimpin), maka matinya itu adalah mati dalam keadaan jahiliyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, 22/51, no. 6610)

Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H) menjelaskan maksud hadis tersebut sebagaimana berikut:

قوله عن الطاعة أي طاعة الخليفة الذي وقع الاجتماع عليه وكأن المراد خليفة أي قطر من الأقطار إذ لم يجمع الناس على خليفة في جميع البلاد الإسلامية من أثناء الدولة العباسية بل استقل أهل كل إقليم بقائم بأمورهم إذ لو حمل الحديث على خليفة اجتمع عليه أهل الإسلام لقلت فائدته

وقوله وفارق الجماعة أي خرج عن الجماعة الذين اتفقوا على طاعة إمام انتظم به شملهم واجتمعت به كلمتهم وحاطهم عن عدوهم

قوله فميتته ميتة جاهلية أي منسوبة إلى أهل الجهل والمراد به من مات على الكفر قبل الإسلام وهو تشبيه لميتة من فارق الجماعة بمن مات على الكفر بجامع أن الكل لم يكن تحت حكم إمام فإن الخارج عن الطاعة كأهل الجاهلية لا إمام له

Sabda-nya “keluar dari ketaatan” maksudnya adalah ketaatan kepada khalifah (pemimpin) yang telah disepakati atasnya, atau merujuk pemimpin bagi daerah/wilayah atau negara di mana ia bernaung. Kerana tidak semua umat Islam pada masa daulah ‘Abbasiyyah tunduk dan patuh kepada khalifah ketika itu, malah setiap wilayah ada pemimpin yang bebas menguruskan wilayahnya masing-masing (mereka bebas melantik pemimpin bagi wilayah mereka sendiri), maka sekiranya makna hadis ini diperuntukkan kepada khalifah yang diakui untuk setiap wilayah Islam (umat Islam), sudah tentu hadis ini sangat sedikit faedahnya.

Sabda-nya “berpisah (keluar) dari al-jama’ah” maksudnya adalah keluar dari jama’ah/kumpulan yang telah sepakat mematuhi pemimpin yang menyatukan mereka dan menjaga mereka dari serangan musuh.

Sabda-nya “sekiranya ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyyah” perngertiannya disandarkan kepada orang-orang jahiliyyah, dan maksud dari jahiliyyah tersebut adalah sesiapa sahaja yang mati di dalam kekafiran sebelum Islam. Itu merupakan perumpamaan bagi yang mati dalam keadaan keluar dari jama’ah umat Islam yang diumpamakan seperti orang kafir yang mati sebelum ia menganut Islam, kerana kedua-duanya tidak tunduk dan tidak patuh kepada pemimpin. Orang yang tidak patuh/taat kepada pemimpin diibaratkan seperti orang-orang jahiliyyah yang tidak memiliki pemimpin. (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/258)

Dalam hadis yang lain berkenaan memisahkan diri daripada jama’ah pemerintah muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ

“Tidak halal darah seseorang muslim untuk ditumpahkan (dibunuh) iaitu seseorang yang mengakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, dan aku adalah utusan Allah melainkan dengan salah satu dari tiga perkara:

1 – Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,

2 – Membunuh orang lain, dan

3 – Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/25, no. 3175)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini, katanya:

وأما قوله صلى الله عليه و سلم والتارك لدينه المفارق للجماعة فهو عام في كل مرتد عن الإسلام بأي ردة كانت فيجب قتله إن لم يرجع إلى الإسلام قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج والله أعلم

“Adapun sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah” adalah bersifat umum bagi setiap orang yang murtad keluar dari Islam dengan setiap cara dan bentuknya, wajib untuk dibunuh sekiranya dia enggan bertaubat. Para ulama mengatakan:

Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan, berkhianat, atau selainnya, demikian pula khawarij, wallahu a’lam... (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 11/165)

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin:

إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

“Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini padahal umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ

“Sesiapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak untuk memecah-belahkan perpaduan di antara kamu atau menggugat kedudukan pemimpin kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:

فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل

“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/241)

Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:

دلت هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره سواء كان جائرا أو عادلا وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا

Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan/negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”. (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/261)

Daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَكُوْن بَعْدِيْ أَئِمَّة لاَ يَهتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُوْنَ بِسُنَّتِيْ وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رجَال قُلُوْبُهُم قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنَ فِيْ جِثْمَانِ إِنْسِ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتَطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأطِعْ

“Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia”. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku menemuinya?”. Beliau menjawab: “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir, walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetap-lah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 3/387, no. 3435)

Hadis ini adalah di antara yang paling jelas menjelaskan berkenaan bab ini, kerana baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menyebutkan sifat-sifat pemimpin, bahawa mereka tidak mengikuti petunjuk Rasulullah dan melaksanakan sunnah-sunnahnya. Itu adalah kemuncak kemungkaran serta penyelewengan dan kekerasan yang paling jelas dilakukan, di mana mereka tidak mengamalkan ajaran Rasulullah dalam urusan diri mereka, keluarga dan rakyat.

Namun demikian, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah memerintahkan supaya mereka ditaati, walaupun mereka bertindak menyeksa dan merampas harta-harta, sekalipun begitu keadaannya, tidak boleh kita meninggalkan ketaatan dan mengingkari perintah mereka (selagi mana bukan dalam perkara maksiat). Bahawasanya kesalahan mereka adalah urusan yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka sendiri yang akan dihisab dan diberikan pembalasan pada hari kiamat nanti.

Dalam sebuah hadis yang juga daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu di ketika beliau bertanyakan tentang keburukan, beliau bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab:

“Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran/kekalutan/kekeruhan) padanya.” Aku bertanya:

“Apakah asap (kesamaran/kekalutan/kekeruhan) tersebut?” Beliau bersabda:

“Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.” Aku bertanya:

Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Beliau bersabda:

“Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut mereka maka mereka akan mencampakkannya ke dalam jahannam (kebinasaan).” Aku bertanya:

“Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Beliau menjawab:

“Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Aku bertanya:

“Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Beliau menyatakan:

“Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.” Aku bertanya:

“Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Beliau menjawab:

“Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu.”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/478, no. 6557)

Terkait dengan hadis tersebut, pada masa sekarang ini terdapat begitu banyak kelompok atau kumpulan-kumpulan tertentu yang bertindak menyelisihi para pemimpin sedia ada bagi kebanyakan wilayah atau negara tertentu. Walaupun pemimpin yang memimpin sesebuah negara itu adalah muslim dan tetap menegakkan solat, tetapi terdapat kumpulan-kumpulan serpihan ini yang sentiasa bertindak sebagai golongan pembangkang dan sentiasa berhasrat mahu merampas, merebut, atau menguasai tampuk kepimpinan sedia ada.

Dalam situasi ini, al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) menyatakan di ketika mensyarahkan hadis di atas ini dengan katanya bahawa:

وبالدعاة على أبواب جهنم من قام في طلب الملك من الخوارج وغيرهم والى ذلك الإشارة بقوله الزم جماعة المسلمين وامامهم يعني ولو جار ويوضح ذلك رواية أبي الأسود ولو ضرب ظهرك وأخذ مالك وكان مثل ذلك كثيرا في امارة الحجاج ونحوه قوله تلزم جماعة المسلمين وامامهم بكسر الهمزة أي أميرهم زاد في رواية أبي الأسود تسمع وتطيع وان ضرب ظهرك وأخذ مالك وكذا في رواية خالد بن سبيع عند الطبراني فان رأيت خليفة فالزمه وان ضرب ظهرك فان لم يكن خليفة فالهرب

“Para penyeru kepada pintu-pintu jahannam adalah mereka yang berusaha mencari kekuasaan, sama ada dari kalangan khowarij (pembawa idelogi pemberontakan) ataupun yang selainnya. Itulah yang dimaksudkan oleh hadis “Bersamalah dengan jama’ah muslimin dan pemimpin mereka”. Maksudnya, walaupun seseorang pemimpin itu melakukan kezaliman. Lebih menjelaskan perkara ini adalah riwayat Abu al-Aswad “walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta kamu”. Situasi seperti ini banyak berlaku pada masa pemerintahan al-Hajjaj dan selainnya.

“Bersamalah dengan jama’ah muslimin dan pemimpin mereka”, maksudnya adalah pemimpin (yang menaungi) mereka. Dalam riwayat Abu al-Aswad ditambahkan “hendaklah engkau mendengar dan mentaati walaupun dia memukul punggungmu dan mengambil harta kamu”. Demikian juga dalam riwayat Kholid B. Suba’i yang direkodkan oleh ath-Thabrani “sekiranya engkau melihat khalifah (pemimpin), maka bersama-samalah dengan mereka walaupun dia memukul punggung kamu”....

وقال بن بطال فيه حجة لجماعة الفقهاء في وجوب لزوم جماعة المسلمين وترك الخروج على أئمة الجور لأنه وصف الطائفة الأخيرة بانهم دعاة على أبواب جهنم ولم يقل فيهم تعرف وتنكر كما قال في الأولين وهم لا يكونون كذلك الا وهم على غير حق وأمر مع ذلك بلزوم الجماعة

... Ibnu Baththal berkata: “Di dalamnya terdapat dalil bagi sejumlah fuqaha’ tentang kewajiban berkumpul bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan tidak melakukan pembangkangan (penentangan) kepada para pemimpin yang zalim, kerana beliau menggambarkan kelompok yang terpisah daripada pemimpin sebagai “para penyeru di pintu-pintu jahannam”, dan mereka tidak dinyatakan oleh beliau “engkau kenal dan engkau ingkari”, sebagaimana beliau sabdakan berkaitan dengan kelompok pertama. Mereka tidak berada dalam keadaan seperti itu melainkan mereka di atas kebatilan. Walaupun begitu, kita tetap diperintahkan supaya bersama-sama dengan jamaah (pemimpin yang memimpin).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/36-37)

Daripada Abi Umamah al-Bahili, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لينقضن عرا الإسلام عروة عروة فكلما انتقضت عروة تشبت الناس بالتي تليها وأولهن نقضا الحكم وأخرهن الصلاة

“Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Di setiap kali ikatannya terlepas, ia diikuti oleh manusia (ikatan seterusnya akan terlepas). Dan yang pertama kali terlepas adalah hukum dan yang terakhir sekali adalah solat.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 36/485, no. 22160. Komentar Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Jayyid)

Berkaitan dengan hadis ini, apa yang hendak kita fahami adalah bahawa batas ketaatan kepada pemimpin adalah selagi mana mereka masih muslim dan tetap menegakkan solat. Perkara ini ditegaskan di dalam banyak hadis, di antaranya adalah sebagaimana berikut:

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam daripada ‘Auf B. Malik radhiyallahu ‘anhu:

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

“Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu semua mencintai mereka dan mereka pun mencintaimu semua, juga yang kamu semua mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua.

Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci pada kamu semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu semua.”

‘Auf berkata: “Kami para sahabat lalu berkata: “Ya Rasulullah, apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu? Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Jangan menentang mereka dengan pedang, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua. Jika kamu melihat pada pemimpin kamu sesuatu yang kamu benci, maka bencilah perbuatan tersebut akan tetapi, janganlah kamu menarik ketaatan (daripada pemimpin tersebut). (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/403, no. 3447)

Daripada Ummu Salamah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برئ ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع قالوا يا رسول الله ألا نقاتلهم قال لا ما صلوا أي من كره بقلبه وأنكر بقلبه

“Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci, maka ia telah berlepas tangan. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan patuh terhadap pemimpin tersebut”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya?”. Beliau menjawab: “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat”. Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/401, no. 3446)

Dapat kita fahami dari hadis-hadis tersebut bahawa batas keataan ke atas pemimpin adalah selagi mana mereka masih muslim dan menunaikan solat. Dari hadis-hadis tersebut juga, sebenarnya ia telah membatalkan pandangan beberapa pihak yang menyatakan bahawa ketaatan kepada pemimpin gugur apabila pemimpin tersebut gagal atau tidak melaksanakan perundangan jenayah Islam tertentu seperti hudud dan qishash, manakala ada juga pihak yang menyatakan bahawa ketaatan kepada pemimpin hanya sekiranya mereka memimpin dengan sistem khilafah. Dengan itu juga, dapatlah kita fahami bahawa pandangan tersebut adalah keliru dan bertentangan pula dengan teks hadis-hadis yang sahih sebagaimana di atas yang menyatakan bahawa syarat yang paling minima yang perlu ada pada diri seseorang pemimpin untuk ditaati ialah selagi mana mereka (pemimpin) melaksanakan ibadah solat.

Daripada hadis Junadah B. Abi Umayyah radhiyallahu ’anhu, beliau berkata:

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Kami masuk ke rumah ‘Ubadah bin ash-Shomit ketika beliau dalam keadaan sakit dan kami berkata kepadanya: “Sampaikanlah hadis kepada kami dengan hadis yang telah engkau dengar daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dengannya Allah akan memberi manfaat kepada kami”.

Maka ‘Ubadah bin ash-Shomit berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memanggil kami kemudian kami membai’atnya. Dan di antara bai’atnya adalah supaya kami bersumpah-setia untuk mendengar dan taat ketika kami suka atau pun tidak, ketika dalam senang atau pun dalam susa, atau pun ketika kami diperlakukan secara tidak baik. Dan hendaklah kami tidak merebut/merampas/mengambil urusan kepimpinan dari ahlinya (orang yang berhak). Beliau Shallallahu ’alaihi wa Sallam berkata: “Kecuali sekiranya kamu melihat kekufuran yang jelas/nyata, yang mana kamu memiliki padanya bukti (burhan) di sisi Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 21/444, no. 6532. Muslim, 9/374, no. 3427)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:


ومعنى الحديث لا تنازعوا ولاة الأمور في ولايتهم ولا تعترضوا عليهم إلا أن تروا منهم منكرا محققا تعلمونه من قواعد الإسلام فإذا رأيتم ذلك فأنكروه عليهم وقولوا بالحق حيث ما كنتم وأما الخروج عليهم وقتالهم فحرام بإجماع المسلمين وإن كانوا فسقة ظالمين

“Dan makna hadis ini adalah: Jangan kamu menentang kekuasaan ulil amri (pemimpin/penguasa) dan janganlah kamu membangkang melainkan apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qawaa’idil Islaam). Apabila kamu melihat seperti itu, maka ingkarilah dan sampaikanlah yang benar di mana pun kamu berada. Adapun memerangi dan memusuhi mereka (pemimpin), tidak dibolehkan (haram) berdasarkan ijma’ muslimin (umat Islam), walaupun penguasa tersebut termasuk orang-orang yang fasiq dan zalim.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari, 13/8)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menambahkan (setelah menukil perkataan Imam an-Nawawi di atas):

وقال غيره المراد بالإثم هنا المعصية والكفر فلا يعترض على السلطان إلا إذا وقع في الكفر الظاهر

“Dan telah berkata para ulama selain beliau (an-Nawawi): “Bahawasannya yang dimaksudkan dengan dosa adalah kemaksiatan dan kekufuran. Maka dari itu, tidak dibolehkan melakukan penentangan ke atas sultan melainkan apabila ia telah terjatuh ke dalam kekufuran yang nyata (telah kafir secara terang-terangan tanpa dapat ditakwil – pen.).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 13/8)

Beliau seterusnya berkata lagi:

والذي يظهر حمل رواية الكفر على ما إذا كانت المنازعة في الولاية فلا ينازعه بما يقدح في الولاية الا إذا ارتكب الكفر وحمل رواية المعصية على ما إذا كانت المنازعة فيما عدا الولاية فإذا لم يقدح في الولاية نازعه في المعصية بأن ينكر عليه برفق ويتوصل الى تثبيت الحق له بغير عنف ومحل ذلك إذا كان قادرا والله أعلم

“Dan yang jelas adalah membawa riwayat (yang menyatakan tentang) kekafiran dalam konteks bolehnya merebut/mengambil kekuasaan, sehingga tidak boleh dirampas semata-mata kerana adanya faktor yang mencemarkan kekuasaannya tersebut, melainkan sekiranya ia melakukan kekufuran. Dan membawa riwayat (yang menjelaskan berkaitan) kemaksiatan untuk merampas urusan di luar kekuasaan. Apabila kekuasannya tidak dicemari (dengan kekufuran), tetapi di sudut yang lain ia terkena satu kemaksiatan, maka cara menghilangkannya adalah dengan tatacara yang lemah-lembut dan menyampaikan kepadanya kebenaran tanpa kekerasan. Itu adalah sekiranya ia mampu. dan hanya Allah maha mengetahui.


ونقل بن التين عن الداودي قال الذي عليه العلماء في أمراء الجور أنه إن قدر على خلعه بغير فتنة ولا ظلم وجب والا فالواجب الصبر

Dan dinukil dari Ibnut Tiin daripada ad-Dawudi bahawasanya beliau berkata: “Yang menjadi kewajiban ulama kepada para pemimpin yang zalim sekiranya ia mampu untuk menurunkannya dari kedudukannya tanpa menimbulkan fitnah dan kezaliman, maka ia wajib melakukannya. Sebaliknya, sekiranya tidak mampu, maka wajib untuk bersabar.”

وعن بعضهم لا يجوز عقد الولاية لفاسق ابتداء فان أحدث جورا بعد أن كان عدلا فاختلفوا في جواز الخروج عليه والصحيح المنع إلا أن يكفر فيجب الخروج عليه

Dan daripada selainnya: “Kaedah asalnya, tidak dibolehkan untuk memberi kekuasaan/kepimpinan kepada orang yang fasiq. Apabila ia melakukan kezaliman di mana pada awalnya ia adalah seorang (pemimpin) yang ‘adil, maka mereka (para ulama) berbeza pendapat berkenaan bolehnya keluar dari ketaatan kepadanya. Dan yang benar adalah larangan untuk keluar dari ketaatan kepadanya (memberontak) melainkan apabila ia telah kafir. Maka dalam perkara ini (apabila ia kafir) wajib untuk keluar dari ketaatan kepadanya.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 13/8)

Badruddin al-‘Aini al-Hanafi (Wafat: 855H) menjelaskan ketika mensyarahkan hadis tersebut:

وقال الكرماني الظاهر أن الكفر على ظاهره

Dan al-Karmani berkata: “Secara zahir, bahawa kufur yang dimaksudkan di sini adalah kufur secara zahirnya (kufur yang terang-terangan/kufur akhbar).” (al-Aini, ‘Umdatul Qari Syarah Shohih al-Bukhari, 35/111)

Para ulama menjelaskan bahwa bolehnya untuk keluar dari ketaatan dan memerangi penguasa adalah karena penguasa tersebut telah melakukan kekufuran (kufur akbar) yang menyebabkan ia menjadi kafir. Itulah yang disimpulkan oleh Ibnu Hajar setelah membawakan beberapa riwayat tentang lafaz hadis (kufran bawaahan, kufran shuraahan, ma’shiyatallaahi bawaahan, dan itsmin bawaahan). Lafaz-lafaz hadis tersebut saling menjelaskan di antara satu dengan yang lain. Lafaz kufur lebih khusus/spesifik daripada lafaz maksiat ataupun dosa. Perkataan Imam an-Nawawi sebagaimana tertulis di atas (iaitu perkataannya: “kecuali apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qawaa’idil-Islaam)), maka inipun juga tetap tidak bertentangan dengan makna kufur. Sesiapa yang melakukan kemaksiatan yang jelas yang termasuk dalam perkara tunjang agama (Islam), maka telah diketahui dan difahami bahawa ia boleh terjatuh ke dalam kekufuran. Akan tetapi, perkara ini memerlukan tafshil (perincian).

Sekiranya Pemerintah Menjadi Kafir

Telah ijma’ bahawa prinsip asas adalah pentadbiran dan pemerintahan (kepimpinan) tidak boleh diserahkan kepada orang kafir. Tetapi, bagaimana sekiranya tiba-tiba pemerintah yang sedia ada menjadi kafir atau mengistiharkan dirinya keluar daripada Islam?

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menyatakan:

وأما الكفار المستعمرون فلا طاعة لهم بل يجب الاستعداد التام مادة ومعنى لطردهم وتطهير البلاد من رجسهم

“(Sekiranya tiba-tiba negara dikuasai oleh penguasa kafir) Ada pun terhadap penguasa yang kafir, maka kita tidak wajib taat. Malah, menjadi kewajiban kita untuk bersungguh-sungguh mempersiapkan diri, sama ada moral mahu pun material untuk mengusir mereka sehingga tidak ada lagi kekotoran di negeri kita.” (Rujuk: al-Albani, Takhrij al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, m/s. 69)

Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan:

قال القاضي عياض أجمع العلماء على أن الإمامة لا تنعقد لكافر

“Berkata al-Qadhi ‘Iyadh: Para ‘ulama telah berijma’ (bersepakat) bahawa imamah (kepimpinan) tidak boleh diserahkan kepada orang kafir.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/229)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

انه ينعزل بالكفر إجماعا فيجب على كل مسلم القيام في ذلك فمن قوي على ذلك فله الثواب ومن داهن فعليه الإثم ومن عجز وجبت عليه الهجرة من تلك الأرض

“Bahawasannya mencabut/menjatuhkan (seorang pemimpin) kerana kekufuran merupakan ijma’. Maka wajib bagi setiap muslim untuk melakukan perkara tersebut. Sesiapa yang mampu melakukanya, maka ia mendapat pahala. sesiapa yang tidak mahu melakukannya (sedangkan dia mampu), maka ia mendapat dosa. Dan sesiapa yang lemah (tidak memiliki kemampuan), maka ia wajib berhijrah meninggalkan negeri tersebut.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 13/123)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin menjelaskan:

“Kita tidak dibolehkan terus sahaja dengan serta-merta memberontak, walaupun telah jelas darinya kekufuran yang darinya memiliki dalil daripada Allah (yang boleh dipertanggungjawabkan) melainkan sekiranya telah jelas padanya memiliki kemaslahatan (kemampuan/keupayaan). Tidak termasuk maslahat (kebaikan) sekiranya hanya kelompok yang kecil dengan senjata yang tidak seberapa untuk menghadapi sebuah kuasa negara yang lengkap dengan bala tentera dan persenjataannya. Ini adalah kerana ia hanya akan mengakibatkan pertumpahan darah dan menghalalkan yang haram (membunuh jiwa yang tidak berdosa), tanpa mendatangkan hasil. Padahal pada awalnya, mereka menghendaki keburukkan penguasa diubah, sebagaimana pemberontakkan yang dilakukan kaum khowarij di zaman Khulafa’ur Rasyidin radhiyallahu ‘anhum. Sehingga zaman ini. Di mana yang terhasil hanyalah keburukkan dan kehancuran yang tidak diketahui seorang pun melainkan oleh Allah, Tuhan para makhluk.

Namun, sebahagian pihak tetap menyalakan api kebencian di hati-hati mereka, kemudian mereka melakukan pelbagai jenis aksi/tindakkan yang buruk hasilnya. Ini adalah kesalahan yang besar.

Lalu kita bertanya, sekiranya demikian, apa ukuran kekufuranm kerana sebahagian kelompok yang menganggap kafir tetapi sebahagian yang lainnya tidak?

Jawabnya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan peringatan yang penting dalam perkataannya, iaitu “Kuffran Bawwahan” (kekufuran yang jelas nyata) yang tidak lagi dapat ditakwil dengan maksud yang lain, seperti contohnya kamu melihat mereka sujud kepada patung, mendengar secara langsung dia mencela Allah atau Rasul-Nya atau yang seumpamanya (walaupun hujjah telah ditegakkan secara syar’i – pent.).” (Syaikh Ibnul ‘Utsaimin, Syarah al-Arba’in an-Nawawiyyah, hadis no. 7)

Bagi menutup perbahasan ini, penulis bawakan nasihat daripada Syaikh ‘Abdul Latif B. ‘Abdurrahman Alu Syaikh (rahimahullah) sebagai renungan khususnya buat kumpulan-kumpulan tertentu yang terus berdegil mempertikaikan validiti (keabsahan) akan kewajiban mentaati pemimpin. Berikut teks nasihat beliau:

ولم يد هؤلاء المفتونون أن أكثر ولاة أهل الإسلام – من عهد يزيد بن معاوية - حاشا عمر بن عبد العزيز ومن شاء الله من بني أمية – قد وقع منهم من الجراءة والحوادث العظام والخروج والفساد في ولاية أهل الإسلام ومع ذلك فسيرة الأئمة الأعلام والسادة العظام – معهم – معروفة مشهورة، لا ينزعون يد من طاعة فيما أمر الله به رسوله من شرائع الإسلام وواجبات الدين. وأضرب لك مثلاً بالحجاج بن يوسف الثقفي، وقد أشتهر أمره في الأمة بالظلم والغشم، والإسراف في سفك الدماء وانتهاك حرمات الله وقتل من قتل من سادات الأمة كسعيد بن جبير، وحاصر بن الزبير – وقد عاذ بالحرم الشريف -، واستباح الحرمة وقتل بن الزبير – مع أن بن الزبير قد أعطاه الطاعة وبايعه عامة أهل مكة والمدينة واليمن، وأكثر سواد العراق، والحجاج نائب عن مروان، ثم عن ولده عبد الملك ولم يعهد أحد من الخلفاء ألي مروان ولم يبايعه أهل الحل والعقد -، ومع ذلك لما توقف أحد من أهل العلم في طاعته والانقياد له فيما تسوغ طاعته فيه من أركان الإسلام وواجباته. وكان بن عمر – ومن أدرك الحجاج من أصحاب رسول الله - لا ينازعونه، ولا يمتنعون من طاعته فيما يقوم به الإسلام، ويكمل به الإيمان. وكذلك من في زمنه من التابعين، كابن المسيب والحسن البصري وابن سيرين، وإبراهيم التيمي، وأشباههم ونظرائهم من سادات الأمة. واستمر العمل على هذا بين علماء الأمة من سادات الأمة وأئمتها، يأمرون بطاعة الله ورسوله والجهاد في سبيله مع كل إمام بر أو فاجر – كما هو معروف في كتب أصور الدين والعقائد -. وكذلك بنوا العباس استولوا على بلاد المسلمين قهراً بالسيف ن لم يساعدهم أحد من أهل العلم والدين، وقتلوا خلقاً كثيراً وجمعاً غفيراً من بني أمية وأمرائهم ونوابهم، وقتلوا أبن هبيرة أمير العراق، وقتلوا الخليفة مروان، حتى نقل أن السفاح قبل في يوم واحد نحو الثمانين من بني أمية، ووضع الفرش على جثثهم وجلس عليها، ودعا بالمطاعم والمشارب. ومع ذلك فسيرة الأئمة كالأوزاعي، ومالك، والزهري، والليث بن سعد، وعطاء بن أبي رباح، مع هؤلاء الملوك لا تخفي على من لهم مشاركة في العلم وإطلاع. والطبقة الثانية من أهل العلم، كأحمد بن حنبل، ومحمد بن إسماعيل، وحمد بن إدريس، واحمد بن نوح، وأسحق بن راهوية، وإخوانهم... وقع في عصرهم من الملوك ما وقع من البدع العظام وإنكار الصفات، ودعوا إلي ذلك، وامتحنوا فيه وقتل من قتل، كأحمد بن نصر، ومع ذلك، فلا يعلم أن أحداً منهم نزع يداً من طاعة، ولا رأي الخروج عليهم

“Orang-orang yang terfitnah ini tidaklah mengetahui, mereka tidak membaca tarikh (sejarah) bahawa majoriti penguasa umat Islam semenjak jatuhnya Yazid B. Mu’awiyah (melainkan beberapa orang seperti ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz) kesemuanya adalah penguasa yang banyak melakukan kezaliman dan kemungkaran yang menyelisihi agama Allah. Sekiranya mereka mahu membuka tarikh (kitab-kitab sejarah) umat Islam semenjak itu. Tetapi, apa yang lebih penting bukanlah cerita/tarikh tersebut, melainkan melihat apa sikap ulama, apa tindakan para a’immah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah di waktu tersebut dari masa ke semasa, yang mereka hidup di bawah kepimpinan para penguasa yang zalim dan menindas. Lihatlah ia sebagai contoh dan cermin bagi kita. Dan sikap mereka masyhur dan ma’ruf (diketahui) adanya. Mereka tetap tidak melepaskan ketaatan dari penguasa tersebut dalam urusan yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya untuk tetap menjalankan syari’at Islam dan kewajiban-kewajiban agamanya di bawah kepimpinan penguasa tersebut.

Aku beri contoh seperti Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi, dan siapa yang tidak mengenali beliau yang memang terkenal dengan kezalimannya, kebengisannya, kekejamannya, bahkan sangat bermudah-mudah untuk membunuh dan menumpahkan darah umat Islam. Itu ma’ruf siapa Hajjaj. Bahkan terkenal pula banyak melanggar larangan-larangan Allah. Bahkan beliau berani membunuh orang-orang pilihan umat ini, seperti Said Ibn Jubair, seorang tokoh ‘alim di masa tabi’in, yang merupakan murid Ibnu ‘Abbas. Lebih keji dari itu, beliau berani mengepung ‘Abdullah B. Zubair B. Awwam (rahidyallahu ‘anhu) di ketika berlindung diri di Masjidil Haram, di Ka’abah. Seorang sahabat, anak seorang sahabat pula. Dia tidak mempedulikan keharaman Masjidil Haram, keharaman Ka’abah. Dia membunuh ‘Abdullah B. Zubair. Padahal Ibnu Zubair telah memberikan bai’atnya, bersedia taat kepadanya dan dia dibai’at oleh penduduk Makkah yang ketika itu di bawah kepimpinan ‘Abdullah B. Zubair iaitu Madinah, Yaman, dan mejoriti penduduk Iraq. Sungguh, beliau bersedia untuk taat kepadanya walaupun dikejar, dikepung dan dibunuh. Dan Hajjaj ini adalah seorang panglima perang yang dipilih oleh ‘Abdul Malik B. Marwan dari Bani Umayyah.

Tidak satu pun dari para Khulafa’ (pemerintah sebelumnya) yang mewariskan, memberi kepercayaan ke-khilafahan tersebut kepada Marwan (ayah ‘Abdul Malik), tidak pula dipilih oleh ahlul Halli wal ‘Aqdi (Ahli Syura). Hanya kerana dia memiliki kekuatan, memiliki pengikut, akhirnya kekuasaan berjaya dipegang olehnya. Sekali lagi, perkara tersebut tidaklah terlalu penting, yang lebih penting adalah bahawa tidak ada satu pun dari kalangan ulama yang kemudian tidak mahu taat dan patuh di bawah kepimpinan Marwan atau pun anaknya, ‘Abdul Malik dalam menjalankan syari’at Islam di bawah pentadbirannya.

Bahkan seorang sahabat - ‘Abdullah B. ‘Umar B. Khaththab (radhiyallahu ‘anhu), juga beberapa sahabat yang masih hidup di masa Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi, kesemuanya memberikan kepatuhan dan ketaatan kepada Hajjaj atau pun ‘Abdul Malik B. Marwan. Lebih penting bagi mereka adalah tetap menjalankan syari’at Islam walaupun sedang berada di bawah kepimpinan penguasa tersebut. Kriterianya, kerana dengan itu mereka meyakininya sebagai bentuk kesempurnaan iman mereka. Demikian pula di masa itu para ulama dari kalangan tabi’in, seperti Sa’id Ibnul Musayyib, Hasan al-Bashri, Muhammad B. Sirin, Ibrahim at-Taimi, dan para ulama lainnya, semuanya sepakat untuk taat dan patuh di bawah kepimpinannya.

Demikianlah, sikap ini adalah agama yang diwariskan secara turun-temurun, dari generasi ke generasi berikutnya dari para ulama salaf kepada ulama berikutnya. Mereka selalu mengingatkan dan mewariskan untuk taat kepada Allah, taat kepada Rasul-Nya, berjihad di jalan Allah bersama di bawah seorang penguasa, seorang imam, sama ada soleh mahu pun fajir. Ini adalah sesuatu yang ma’ruf dalam kitab-kitab ushuluddin (prinsip-prinsip agama), kitab-kitab ‘aqidah yang ditulis oleh para imam kita.

Selain itu, demikian pula dengan sejarah Bani ‘Abbasiyah. Mereka berjaya meraih kuasa dan menjadi pemimpin dengan kekuatan/pedang pada waktu tersebut. Mereka sampai ke tampuk kuasa bukanlah dengan bantuan/pilihan para ulama, tetapi dengan jalan ketenteraan, merebut kuasa dari Bani Umayyah. Sama, Abbasiyah untuk sampai ke tampuk kuasa itu juga banyak melakukan kezaliman, membunuh sekian banyak umat Islam, terutamanya dari Bani Umayyah, para menterinya, para gabernurnya dan para penjawat dari Bani Umayyah tersebut. Mereka membunuh Ibnu Hubairah, gabernur Iraq ketika itu. Mereka membunuh pula Khalifah Marwan.

Bahkan dinukilkan pula di dalam sejarah bahawa as-Saffah (gelaran Khalifah 1 Bani ‘Abbasiyah) dalam masa 1 hari ketika dia berjaya merebut kekuasaan dari Bani Umayyah, dengan tangannya dia bunuh lebih dari 80 orang. Mungkin orang akan berkata: “Masih wajar merebut kekuasaan, masih biasa kerana demikianlah dalam medan politik untuk saling merebut dan saling bercita-cita (berusaha) untuk mendapatkan kekuasaan tersebut”.

Bukan sekadar itu, setelah dia bunuh lebih dari 80 orang Bani Umayyah tersebut, Abul ‘Abbas memerintahkan kepada anak buahnya supaya mayat-mayat tersebut dikumpulkan dan dihimpunkan/ditimbunkan, kemudian dia meminta seperti tikar yang diletakkan di atas timbunan mayat tersebut dan dia meminta pula didatangkan hidangan makanan dan minuman. Lalu dia makan daging dan minum minuman yang lazat serta makanan yang enak di atas himpunan mayat Bani Umayyah. Demikianlah sejarah yang telah berlaku. Yang lebih penting dan lebih besar dari itu adalah:

Apakah sikap dan tindakan para ulama, para imam seperti al-Auza’i? Di zaman tersebut hidup al-Auza’i, Malik B. Anas, az-Zuhri Ibnu Syihab, Laits B. Sa’d, Atha’ B. Abi Rabbah, mereka adalah tokoh-tokoh ulama besar. Sikap mereka jelas, tidak menjadi keraguan bagi orang yang mahu mempelajarinya, di mana mereka tetap taat, tetap beribadah, tetap menjalankan syari’at Islam di bawah kepimpinan penguasa seperti itu.

Kemudian generasi berikutnya dari Ahlul Ilmi, seperti Ahmad B. Hanbal, Muhammad B. Ismail al-Bukhari, Muhamamd B. Idris asy-Syafi’i, Ahmad B. Nuh, Ishaq B. Rohuyah (atau Rahawaih), dan para ulama lainnya. Di masa mereka penguasanya banyak melakukan kemungkaran, bahkan kemungkaran yang besar, iaitu dalam soal prinsip-prinsip agama ini, mengingkari sifat-sifat Allah (Tauhid Asma’ wa Shifat). Bahkan yang lebih dahsyat lagi, para penguasa tersebut mengajak malah mewajibkan rakyatnya untuk mentaati (mengikuti) bid’ah tersebut.

Akhirnya para ulama mendapat ujian besar dan tidak sedikit yang terbunuh disebabkannya, seperti imam Ahmad B. Nasr (di masa Imam Ahmad). Sekali lagi, tidak kita dapati dari para ulama tersebut menentang, melawan, dan yang tidak mahu taat kepada penguasanya.

Demikianlah nasihat dari Syaikh ‘Abdul Latif Alu Syaikh rahimahullah.” (Rujuk: ad-Durar as-Sunniyyah fil Ajwibah an-Najdiyah, 7/177-178. Dinukil dari: Syaikh ‘Abdussalam B. Barjas, Mu’ammalatul Hukkam fii Dhau’il Kitab wa as-Sunnah, m/s. 7-6)

Demikianlah prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh agama berdasarkan nash-nash yang sahih di atas kefahaman para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dalam urusan mentaati pemimpin umat Islam. Wajib bersama-sama mereka di dalam kesatuan di bawah pentadbiran mereka, tidak boleh memisahkan diri dan bertindak sebagai pembangkang serta memberontak dalam kepimpinan mereka walaupun mereka bertindak zalim dan melakukan maksiat atau kefasikan. Wajib mentaati ketetapan dan melaksanakan arahan mereka selagi mana bukan dalam urusan maksiat. Tidak ada ketaatan dalam urusan maksiat, namun tidak juga boleh menafikan dan menidakkan kedudukan mereka sebagai pemimpin (tidak boleh memisahkan diri).

Namun, dalam keadaan yang lain, sesiapa yang tetap mentaati dan sengaja bertindak menolong penguasa dalam urusan yang maksiat dan kezaliman, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah pun menegaskan bahawa mereka bukanlah dari golongan Ahlus Sunnah wal-Jama’ah yang mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam bermu’amalah terhadap pemerintah. Sekaligus mereka diancam dengan ancaman tidak akan bersama-sama Rasulullah di akhirat kelak. Ini adalah sebagaimana hadis beliau berikut (daripada Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu):

انه ستكون بعدي امراء من صدقهم بكذبهم واعانهم على ظلمهم فليس مني ولست منه وليس بوارد علي الحوض. ومن لم يصدقهم بكذبهم ولم يعنهم على ظلمهم فهو مني وانا منه وهو وارد علي الحوض

“Sesungguhnya akan ada setelah peninggalanku nanti para pemimpin, sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi aku (pada Hari Kiamat nanti) di Haudh (Telaga di Syurga), dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi aku (pada Hari Kiamat) di Haudh (Telaga di Syurga).” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 30/50, no. 18126. Dinilai Sahih isnadnya oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth. At-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 8/214, no. 2185 dengan katanya: Sahih Ghorib. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 13/117, no. 4136. Dinilai sahih oleh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 9/279, no. 4207)

Baca juga artikel penulis berikut sebagai rujukan lanjut:

1 – Memahami Konsep Asas Sebuah Negara dan Pemimpin Umat Islam.

2 – Bagaimana Ahlus Sunnah Menasihati Pemerintah.

3 – Demonstrasi Bukan ajaran Islam

4 – Amankah Demonstrasi Di Bumi Mesir?


Disusun oleh Abu Numair Nawawi B. Subandi
22/08/2010

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...