ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 12 August 2015

PKR saman Najib isu wang RM2.6 bilion

PKR saman Najib isu wang RM2.6 bilion


PKR telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, melalui peguam Tommy Thomas.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan yang telah dilakukan oleh The Wall Street Journal (WSJ) berkenaan dengan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bagi kegunaan kempen pilihan raya umum ke-13 - dan terkini diakui sebagai 'wang derma', kata Izzah.

WSJ melaporkan wang itu dimasukkan dua bulan sebelum pilihan raya umum lepas.

Dalam kenyataannya, Izzah berkata, selain beliau saman sivil itu dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan pemimpin pembangkang Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tian Chua.

Izzah membangkitkan Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang mengehadkan perbelanjaan pilihan raya kepada RM200,000 (parlimen) dan RM100,000 (Dewan Undangan Negeri).

PKR antaranya menuntut kesemua keputusan di 222 kerusi parlimen dibatalkan sebelum sebuah pilihan raya umum yang baru diadakan.

Izzah juga berkata, PKR telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara berkenaan penggunaan dana itu.

Setakat ini, kata Nurul, 11 laporan telah dibuat di pelbagai negeri antara 31 Julai dan 12 Ogos.
 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...