ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 11 August 2015

Sirul selamat di Australia, Azilah berdepan hukuman mati, nasib tak menentu.



Sirul selamat di Australia, Azilah berdepan hukuman mati, nasib tak menentu.

 Bekas cif inspektor Azilah Hadri dan bekas komando Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Tujuh bulan berlalu sejak bekas cif inspektor Azilah Hadri bersama rakan setugasnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sementara rakan sejenayahnya, bekas komando Sirul Azhar Umar berjaya melarikan diri dan terlepas hukuman mati apabila kini berada di pusat tahanan imigresen Australia, nasib Azilah masih belum pasti. 

Tidak dapat dipastikan sama ada peguamnya sudah memfailkan permohonan pengampunan atau semakan terhadap hukuman bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu jalan terakhir yang ada untuknya. Ketua peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad enggan mengulas lanjut walaupun beberapa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas dihantar kepadanya oleh The Malaysian Insider untuk mendapatkan penjelasan. 

Pada 13 Januari, panel 5 hakim mahkamah apex mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Azilah dan Sirul. Hazman ketika itu berkata pihaknya akan memfailkan permohonan pengampunan daripada Sultan Selangor dengan segera kerana kesalahan itu dilakukan di negeri tersebut. Tiga bulan kemudian, peguam itu berkata beliau akan membuat permohonan semakan terhadap hukuman bersalah dijatuhkan Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tun Arifin Zakaria. 

Langkah itu adalah prosedur yang diperlukan seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi sesiapa yang disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati. Bagaimanapun, peluang permohonan semakan dibenarkan agak tipis kerana Mahkamah Persekutuan jarang sekali membenarkan semakan bagi kes jenayah. 

Peguam Ragunath Kesavan berkata, hanya kes tertentu membolehkan mahkamah tertinggi negara membenarkan semakan, dan ia hanya untuk kes sivil jika berlaku kesilapan permohonan oleh undang-undang. "Seingat saya, mahkamah apex tidak pernah membenarkan semakan terhadap keputusannya sendiri dalam kes jenayah yang mengakibatkan hukuman bunuh," kata bekas presiden Majlis Peguam itu, dan menambah, pilihan terbaik Azilah ialah hukuman mati itu digantikan dengan penjara. 

Peguam M Visvanathan berkata, semakan atau permohonan rayuan perlu dilakukan segera. "Penghakiman bertulis keputusan itu sudah ada dan mana-mana permohonan semakan perlu dilakukan segera," katanya, kepada The Malaysian Insider. Katanya, permohonan pengampunan juga perlu dibuat segerak kepada Lembaga Pengampunan kerana ia melibatkan nyawa seseorang.

 "Biasanya, Jabatan Penjara akan bertindak jika banduan tidak mempunyai peguam untuk menyiapkan kertas kerja," katanya. Bukti di mahkamah mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah Mongolia dibunuh sebelum mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C4 pada 18 Oktober, 2006 di pinggir Shah Alam, berhampiran Kuala Lumpur. 

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang pernah bekerja untuk Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dituduh bersubahat bersama Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri. 

Kerajaan bagaimanapun tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu. Meskipun terdapat hukuman, motif pembunuhan bagaimanapun tidak didedahkan. Bekas ketua hakim negara, Tan Sri Abu Talib Othman dalam satu wawancara berkata, Sirul atau Azilah harus mendedahkan "segala-galanya" kepada Lembaga Pengampunan Selangor. 

Talib berkata, tiada yang dapat dilakukan jika mereka memutuskan untuk bercakap sekarang kerana proses perundangan sudah selesai. Beliau berkata, peguam mereka boleh menulis kepada Sultan Selangor dan pengerusi lembaga berkenaan, dengan satu salinan dihantar kepada menteri besar yang juga merupakan ahli lembaga itu. 

"Lembaga boleh mempertimbangkan mana-mana perkara yang relevan dalam membuat keputusan sama ada hukuman mati itu perlu dilaksanakan atau tidak," katanya. Talib yang pernah berkhidmat sebagai peguam negara antara 1980 hingga 1993 berkata, lembaga pengampunan tidak terikat dengan peguam negara sedia ada walaupun pendapatnya diperlukan. Sirul tidak hadir ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya.

 Dia kemudiannya didapati melarikan diri ke Australia pada Oktober tahun lalu. Sirul kemudiannya ditahan di Brisbane dan kini berada di pusat tahanan imigresen di Sydney. Malaysia cuba membuat permohonan mengekstradisi Sirul ke Malaysia. 

Undang-undang Australia bagaimanapun tidak berkompromi dan individu yang akan dijatuhkan hukuman mati di dalam negaranya tidak akan diekstradisi. Peguam Sirul dijangka akan memfailkan cabaran perundangan terhadap mana-mana cubaan mengekstradisi pembunuh yang dijatuhkan hukuman kerana pakar undang-undang beranggapan proses itu akan mengambil masa. – 11 Ogos, 2015. 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...