ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 12 August 2015

TALI HAYAT NAJIB SEMAKIN MENJERUT


TALI HAYAT NAJIB SEMAKIN MENJERUT
Bukan saja Najib terkenal sebagai PM yang kuat berbohong tetapi juga terlalu banyak rahsia 1MDB yang hendak disembunyikan dari rakyat. Seperti pahlawan Bugis yang layar perahunya robek, kemudinya patahdia bergelut dalam ombak ganas untuk menyelamatkan dirinya. Dia sendiri melantik pasukan petugas khas untuk menyiasat skandal 1MDB untuk menunjukkan kepada rakyat dia super telus, tidak gentar menghadapi keputusan pasukan tersebut. 
Akhirnya dia sendiri yang menghancurkan pasukan "4 Abdul" itu. Kini Ketua Polis Negara paling galak hendak menyiasat siapakah gerangan yang membocorkan rahsia Najib mengenai skandal 1MDB kepada media asing! SPRM yang diamanahkan membasmi korupsi kini menjadi sasaran polis pula. Nampak sekali pihak polis yang dikuasai Zahid Hamidi, yang dianggap sebagai kaduk naik junjung, sudah hilang pedoman dalam perjuangan. 

Buat sementara waktu Najib berpesta dalam fantasi kuasa kononnya dia dapat juak-juak dan balaci-balaci yang sanggup mempertahankan kemungkarannya. Dia lupa kuasa Allah yang lebih hebat dari kuasa politiknya yang kian terhakis. Dia syok sendiri kononnya 3 juta ahli UMNO di belakangnya. Dia lupa rakyat sudah jelak, muntah dan hanya menunggu masa pada Pru 14 untuk menumbangkan dia dan UMNO yang menjadi koro, bisu, pondan, tidak berani menentang kemungkaran anak Tun Razak yang super rakus dan super korup itu. Dia mengamalkan falsafah Zionis " wang itu raja". Dia terlalu dikuasai harta dunia, ringgit dan dolar, lupa bahawa rakyat Malaysia lebih menghormati pemimpin yang ada interiti, jujur, berjiwa rakyat, berilmu, berpegang pada tali Allah, dari BRIM sebagai rasuah politik.

Setiap masa Allah menambah bala kepadanya. Allah mendengar dan merestui segala doa dan sembahyang hajat berjuta rakyat yang terinaya. Najib, bininya, mama montel, dan kabilah kroninya yang bodoh sombong akan hancur kelak. Kuasa Allah dan kebencian rakyat akan menghancurkan mereka yang mungkar.

Para pemimpin UMNO yang masih ada hargadiri, maruah, berpegang pada tali Allah,mesti bangun sekarang memilih barisan pemimpin terbaik dan terbilang, tidak korup menggantikan Najib dengan kabilah kabinet "1MDB" ini. Nasib UMNO terletak pada keberanian anda menentang kemungkaran atau kalian menjadi pengikut buta matahati dan rontok penuh kehinaan pada PRU 14 akan datang. Kalau UMNO bergayut pada pahlawan Bugis sesat ini untuk terus berkuasa maka bermakna anda menempah maut mentalkinkan parti anda sendiri nanti.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...