ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 12 August 2015

RAKYAT TIDAK BODOH ARUL KANDA


RAKYAT TIDAK BODOH ARUL KANDA
Arul kanda kandasamy tidak menjawab sebarang persoalan pun mengenai polemik skandal penyelewangan dana 1mdb.
Jangan ingat rakyat bodoh!! Arul kanda mungkin bangang kerana tidak faham isu yang sedang dipersoalkan oleh rakyat jelata di negara kita mengenai salah urus tadbir dana 1mdb.
Tidak satu pun persoalan yang dijawab oleh arul kanda di dalam program wawancara khas tv3 semalam !! Rakyat tak mahu dengar dan tak mahu tahu mengenai program rasionalisasi 1mdb!! Pelan rasionalisasi 1mdb yang digembar-gemburkan itu mampu ditangani oleh pelajar tingkatan 6 saja!!
Apa susah sangat...duit hilang serta hutang banyak; jalan penyelesaiannya ialah melupuskan dan jual semua aset-aset 1mdb!! Rakyat tak minat nak dengar jalan penyelesaian terakhir 1mdb kerana itu boleh dilkakukan oleh sesiapa saja mengikut kaedah mudah sebegini!!
Kita tanya mereka mana pergi duit-duit yang kononnya dilaburkan di kepulauan cayman sejumlah lebih kurang rm7 billion?! Mana pergi duit yang kononnya disimpan di bank BSI singapura berjumlah usd1.103 billion dalam bentuk tunai?! Mana perginya duit-duit kumpulan wang amanah pencen (kwap) sejumlah rm4 billion?! Betul tak duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat good star limited yang dikawal oleh jho low?! Kenapa bayar syarikat goldman sach dengan jumlah yuran yang amat tinggi dari praktis pasaran?! Mengapa beli aset-aset janakuasa letrik yang hampir tamat tempohnya dengan kadar harga amat tinggi?! Kenapa bayar serta beli tanah di ayer hitam, pulau pinang untuk kononnya bagi tujuan pembinaan rumah kos rendah serta mampu milik dengan harga yang cukup tinggi?!
Arul kanda kandasamy jangan cuba untuk terus memperbodohkan rakyat jelata!!
Kalau tiada campur tangan pihak luar dalam urus niaga 1mdb; kenapa nama jho low disebut dalam prosiding mahkamah di london dalam urusan pembelian sebuah hotel di sana?!
Inilah masalah dengan kalangan 1mdb!! Setakat ini mereka gagal dan tidak mampu untuk menjawab segala persoalan rakyat di negara kita.
Saya juga amat hairan kenapa najib tun razak tidak mahu membubarkan saja keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah 1mdb?! Atau sekurang-kurangnya suruh semua lembaga pengarah bercuti sehingga siasatan keatas syarikat 1mdb ini selesai!!
Rakyat mahu lihat tindakan-tindakan ikhlas seperti ini dilakukan oleh menteri kewangan malaysia!!
Secara peribadi, saya cukup sangsi dan merasa pelik sikit dengan sikap najib tun razak dalam menangani isu 1mdb ini!! Mengapa Perdana Menteri Malaysia kelihatan begitu takut untuk bertindak keatas ahli-ahli lembaga pengarah 1mdb yang telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah!!

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...