ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 22 August 2015

Najib Berikan 5K, Anina Tambah Satu Lagi K !

Najib Berikan 5K, Anina Tambah Satu Lagi K !

Saturday, August 22, 20159comments

Najib menggariskan Formula 5K nya di Kuala Terengganu hari ini. 5K itu adalah Jangan Khianat, Jangan Korek Kapal, Kerjasama, Kemampuan dan Kenyakinan.


"Perbezaan pendapat biasa dalam Umno, dalam sejarah kita. Tapi perbezaan pendapat biarlah cara beradab. Orang Melayu ni ada seni dia, seni orang Melayu.

"Ibarat kita sama kita berbalah, jangan kita singkap semua habis barai semua orang tahu. Akhirnya kita akan ditertawakan.

"Tapi kalau kita ada pendapat berbeza, tegur cara beradab. Jaga keaiban kita kerana Islam menyuruh kita menjaga keaiban orang. Jangan jatuhkan dan aibkan orang," kata Najib lagi.


Mengambilkira isu2 terkini yang membelenggui Najib angkara tindakannya sendiri, saya boleh simpulkan kelima2 K Najib di atas menjadi 1K saja, iaitu - Ketaatan Membabi Buta !

Langsung tidak disebut tentang Kewajipan seorang pemimpin untuk mempunyai sifat Akauntabiliti. Semuanya ditujukan kepada ahli2 Umno tanpa sedikitpun melihat kepada dirinya sendiri.

Mkini
Apapun suka saya berkongsi kenyataan/respon dari Wanita Umno Terakhir dari Langkawi,  ( saya minta Anina Saaduddin berikan respon untuk dicatatkan dalam artikel ini ) -


Saya hairan kenapa Presiden Umno yang menyingkirkan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dari kabinet menasihati ahli Umno supaya tidak mengkhianati parti.

Yang mematahkan tengkuk dan bahu Umno itu siapa? Siapa yang mengkhianati Umno sebenarnya? Bukan ahli yg mengkritik kepimpinan parti mengkhianati parti, sebaliknya yg mencacatkan Umno itu adalah presiden sendiri.

Bagaimana Presiden bercakap tentang sifat jangan mementingkan diri sendiri jika Presiden sendiri sudah seperti cacing kepanasan menyelongkar SPRM, PAC, AG, PDRM dan semua pihak yang menyiasat isu berkaitan pembabitan peribadi beliau dalam isu-isu 1MDB, derma RM 2.6 billion dan sebagainya? Bukankah itu sifat mementingkan diri sendiri? 

Jika benar Presiden tidak bersalah mengapa gusar untuk disiasat? Biarkan proses penyiasatan berjalan sempurna agar keadilan akan dapat ditegakkan. Adakah Presiden sebagai ketua kerajaan tidak mempercayai kakitangan sendiri? Ketua yang tidak mempercayai kakitangan sendiri adalah ketua yang lemah.

Jika Presiden menggunakan dalih ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau, ianya adalah dalih seorang pemimpin yg tertekan dengan kepimpinannya yang pincang. Dalam sejarah negara Malaysia hanya DSN dan DSAI yang pernah mengeluarkan kenyataan rasmi terdapat konspirasi untuk menjatuhkan mereka. Ianya bakal terus kekal dalam tinta sejarah sebuah negara.

Well.... Anina tak sebutlah satu lagi K itu tapi anda semua faham2lah sendiri  !

Bukan Puan Anina saja, saya percaya ramai lagi rakyat baik Umno maupun bukan Umno yang sudah hilang kepercayaan kepada Najib sebagai pemimpin. Najib cakaplah apapun, semua salah ! Semua dah tak kena !

Sebabnya kepercayaan itu sudah hilang. Najib sudah menjadi liabiliti kepada Umno BN. Tidak boleh diselamatkan lagi.

Macam ini Umno BN mahu berdepan dengan PRU14 ? Hancur ....

                               ***********************
Pandangan ikhlas dari Mukhriz - 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan pemilihan parti Umno yang dijadualkan tahun depan tetapi kini ditangguhkan, perlu diadakan mengikut jadual asal.

Katanya, lebih baik pemimpin parti yang tidak lagi dikehendaki disingkirkan ahli parti, berbanding ditolak pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya harap perwakilan hari ini akan menyokong cadangan ini. Saya bercakap begini kerana saya sayangkan parti. - TMI.




2 comments:

  1. sayangkan parti? semua pemimpin yang ada letak jawatan.beri peluang kepada pemimpin muda yang tak terpalit dengan masalah.yang bersih dan nampak bersih.pemimpin2 yang ada sekarang ni tiada seorang pun yang bersih.bersumpah laknatlah kalau berani yang mereka sepanjang jadi pemimpin umno tidak pernah buat benda yang tak baik.cakap tentang intergritilah,kredbiltilah.nilai diri kita dulu

    ReplyDelete
  2. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...