ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 9 August 2015

Najib ibarat penjenayah, kata Dr M kepada NY Times

Najib ibarat penjenayah, kata Dr M kepada NY Times

dr_mahathir_Najib 

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melancarkan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah wawancara dengan New York Times. – Gambar FMT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meninggalkan warisannya sendiri dalam pentadbiran negara namun beliau ibarat seorang penjenayah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan The New York Times (NYT).

Wawancara bekas perdana menteri itu dengan akhbar tersebut berkisar kritikannya terhadap dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Saya lama dalam kerajaan dan saya sudah mempelajari beberapa perkara.
“Beliau ingin meninggalkan warisannya. Tetapi apa yang beliau lakukan ibarat seorang penjenayah,” katanya seperti dipetik NYT.
Dr Mahathir berkata demikian merujuk hutang 1MDB yang menjadi sasaran kritikan bertalu-talu beliau.
Hari ini, Dr Mahathir mendesak 1MDB memberikan bukti kepada jawapannya dan bukan sekadar memberikan alasan urusniaganya rahsia kerajaan.
“Semua kritikan saya dijawab 1MDB sebagai salah. Namun, tiada bukti diberikan. Jawapan mereka berkisar tentang hal-hal rahsia kerajaan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya.
Bekas perdana menteri itu turut meramalkan Barisan Nasional akan kalah pilihan raya umum seterusnya jika Najib kekal berkuasa.
Beliau memetik beberapa siri tuduhan yang tidak berjawab, termasuklah kematian Altantuya. – The Malaysian Insider
NYT: In the interview on Wednesday in Putrajaya with New York Times, Mr. Mahathir said that the party he led for decades, known as UMNO, lacks vision and talented people, and that it has become a repository ofpatronage-seeking politicians seeking to monopolize the spoils of power.
“The little Napoleons in UMNO try to keep out people who are more intelligent than themselves,” he said.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...