ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 13 August 2015

1MDB: BALA ALLAH KEPADA NAJIB





1MDB: BALA ALLAH KEPADA NAJIB
Allah menurunkan bala 1MDB kepada Najib untuk rakyat menilai wataknya yang sebenar. Baca dan hayati senarai kenyataan di sini. Anda boleh membuat kesimpulan tentang pahlawan Bugis yang tali hayat politiknya kian menjerutnya.
1. WSJ dan Sarawak Report mendedahkan dua akaun pribadi Najib di Ambank punya simpanan USD700 juta (RM2.6 bil) sebelum PRU 13.
2. Najib mengaku dia tak gunakan duit itu untuk dirinya.
3. Kononnya dia hendak menyaman WSJ kerana "fitnah". Sampai sekarang peguamnya tidak menyaman WSJ.
4. Dia menjawab secara bertulis di Parlimen kononnya 1MDB ada simpanan USD1 bilion di bank di Singapura. Dia bohong. Tak ada simpanan itu.
5. Dia tubuhkan pasukan khas "4 Abdul" - Peguam Negara, Gabernor BNM, Ketua Polis Negara dan pengerusi SPRM untuk siasat 1MDB.PAC dan Jab. Audit Negara juga diberi tugas siasat 1MDB.
6. Pasukan khas "4 Abdul" dibubarkan. Peguam Negara dipecat kerana kononnya Najib akan diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
7. Sebelum ini TS Muhyiddin dan Shafie Apdal juga dipecat dari kabinet. Dosa mereka hanya kerana menyoal Najib tentang RM2.6 bilion dalam akaunnya.
8. SPRM mungkin nak "selamatkan" Najib kata duit itu sebagai "derma". Tak pula diberitahu siapa pendermanya.
9. Tiba2 SPRM pula diserbu dan beberapa pegawainya ditangkap disoalsiasat. Polis kononnya mensyakki ada orang SPRM yang membocor rahsia skandal RM2.6 bilion itu. Dua pegawai tinggi SPRM diarah tukar serta merta ke JPM. Belum sempat duduk di JPM diarah balik ke SPRM pula. Lakonan kartun!
10.Peguam Negara baru kata ada konspirasi hendak tumbangkan kerajan pula selepas pasukan "4 Abdul" dibubarkan. Dia ini orang UMNO dulunya, kalah dalam pilihan raya di Kelantan kepada Pas.
11. Najib kelentong rakyat kononnya SPRM sudah umum duit itu "derma". Dia masih membisu nama penderma sampai sekarang.
12.Beberapa balaci, menteri monopos politik, berstatus lesbian mengatakan tak salah "derma" masuk dalam akaun pribadi presiden UMNO! Budaya korupsi nampakanya.
13. Kononnya Zeti, gabernor BNM, akan dipecat juga diganti dengan matyeh yang akan lindungi Najib kelak katanya..
14. Nilai ringgit terus merosot. Sekarang RM4.00 = USD1.00.
15. Media perdana dan TV3 menyiarkan berbagai berita menyerang Tun M tetapi tak berkesan. Banyak orang maki hamun dan tukar saluran bila lihat muka Najib.
16. Rakyat banyak mengadakan sembahyang hajat minta Allah lindungi rakyat dan negara dan hancurkan mereka yang mungkar, munafik, pengkhianat negara.
17. PKR menyaman Najib, UMNO, SPR atas alasan Najib melanggar akta pilihan raya menggunakan RM2.6 bilion dalam PRU 13 yang lalu.
18. UMNO Johor tetap menyokong Muhyiddin. Besar kemungkinan banyak bahagian UMNO di Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan negeri-negeri lain akan menggugat Najib kerana memecat Muhyiddin dan Shafie.
19. Majoriti rakyat mahu Najib letak jawatan sekarang. Oleh kerana ada kes jenayah maka rakyat mahu dia dihadapkan ke mahkamah.
20. Banyak orang meramalkan BN/UMNO akan kalah pada PRU 14 akan datang.
Apakah anda masih tidak jelas tentang watak Najib sebenarnya? Hanya yang buta politik, kaki ampu dan para balaci upahan saja yang masih memapahnya.
YAHAYA ISMAIL
[Admin] Kalau BN/UMNO tumbang pada PRU14, apakah kestabilan politik dan ekonomi negara akan dapat dikembalikan?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...