ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday 10 August 2015

TUN HANYA BELANJA RM 50 UNTUK 5 PRU- NAJIB BUAT APA DENGAN RM 2,600 JUTA???

Saya belanja kurang RM50 juta untuk menang lima pilihan raya - Tun Mahathir

Saya belanja kurang RM50 juta untuk menang lima pilihan raya - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menghabiskan kurang daripada RM50 juta bagi lima pilihan raya umum yang telah dipengerusikannya. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menghabiskan kurang daripada RM50 juta bagi semua lima pilihan raya umum sepanjang menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

"RM2 bilion lebih untuk satu pilihan raya adalah tidak masuk akal. Saya hanya perlukan kurang daripada RM10 juta bagi setiap pilihan raya dan saya memenangi semuanya dengan lebih daripada dua pertiga majoriti, " katanya dalam entri terbaru blog beliau hari ini.

"Mengapa anda perlu 2.6 bilion lebih atau 2,600 juta ringgit? Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam, atau untuk menipu pilihan raya. Itu tidak betul, malah salah di sisi undang-undang," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas mengenai RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib sebelum ini berkata wang tersebut adalah dana yang datang daripada penderma politik.

Dr Mahathir berkata membelanjakan lebih RM2 bilion untuk pilihan raya di Malaysia oleh mana-mana pihak adalah salah.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan bahawa dana politik dalam jumlah yang terlalu tinggi itu mungkin membawa kepada penipuan undi dan rasuah.

"Dengan dana yang besar yang beliau ada, beliau mungkin berada dalam kedudukan untuk merasuah demi kemenangan. Beliau juga boleh menggunakan wang itu untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya," katanya merujuk kepada Najib.

Beliau berkata, dengan mengisytiharkan bahawa dana sebanyak RM2.6 bilion adalah sumbangan politik, Najib kini selamat daripada dipertanggungjawabkan.

BACA: Saya tidak masuk wang derma ke akaun sendiri' - Tun M

Pada Ahad, Najib menegaskan beliau tidak pernah mempersoalkan tentang dana politik sewaktu menjadi Timbalan Presiden UMNO sebelum ini.

Malah ketika zaman pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalannya juga tidak mempersoalkan perkara itu kerana itu urusan Presiden parti.
"Waktu saya jadi timbalan presiden, saya tidak persoalkan tentang dana parti kerana itu kerja Presiden. Waktu Tun Mahathir, timbalannya pun tak persoalkannya," katanya ketika berucap merasmikan majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Najib juga menegaskan mendapatkan derma terbabit tidak melanggar undang-undang.

“Kerana itu SPRM mengesahkan dana itu bukannya datang dari 1MDB dan bukan rasuah,” kata Najib yang juga berkata dana terbabit bukan untuk keguanaan peribadi.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...