ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 24 April 2016

PERBEZAAN DIANTARA ULAMA AGAMA, ULAMA NEGARA(KERAJAAN) DAN ULAMA UMMAT

TITIK PERSAMAAN DALAM ISLAM HANYA MELIPUTI PERKARA YANG BENAR DAN HAQ SAHAJA SERTA ITU SAHAJA CARA YANG AKAN MEMBUATKAN IANYA BERKEKALAN DAN DIREDHAI OLEH ALLAH.
JIKA PENDUSTA, PEMAKSIAT , PENYANGAK, PERASUAH DAN PENYESAT UMMAH BERSATU, MAKA BALA LEBIH BESAR BAKAL MENIMPA.
INILAH YANG DIKATAKAN ULAMA KERAJAAN.


Kerjasama Umno-PAS majukan Melayu dan Islam, kata Pengerusi Majlis Fatwa
NILAI: Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk


3 GOLONGAN ULAMA DAN 4 JENIS MANUSIA
Abc mohon sahabat baca dan fahami.

ABC SERTAKAN SATU ARTIKEL BUAT SAHABAT SEMUA.
BUKALAH MINDA DAN GUNAKAN KALBU UNTUK MENGETAHUI PERKARA YANG BENAR.

3 GOLONGAN ULAMA & 4 JENIS MANUSIA.

Apabila mereka di beritahukan tentang hukum Allah dan Rasul-Nya, dengan berat dan lambat mereka melaksanakannya seolah-olah di atas kepala mereka sedang di bebani sebuah batu besar( wal-iyyaadzubillah).

Ia akan mencari-cari seorang alim dan bertanya, dengan harapan ada alasan/helah untuk tidak mengerjakan ibadah. Padahal para ulama mengatakan bahwa mencari-cari rukhsah atau alasan/helah itu termasuk perbuatan fasik, wal'iyyaadzubillaah.

Bahkan sebahagian para ulama mengatakan bahawa barang siapa yang mencari-cari alasan/helah itu masuk dalam kategori orang zindiq. Oleh kerana itu, apabila seseorang mendengar perintah Allah dan Rasul-Nya dari seseorang yang terpercaya keilmuan dan agamanya maka janganlah ragu untuk menerimanya.

Di maksudkan ilmu dan agamanya kerana sebahagian orang ada yang taat dan taqwa kepada Allah tidak berdasarkan ilmu. Namun setelah menghafalkan satu atau dua hadits, langsung berdiri di hadapan orang ramai seolah-olah seorang imam.

Harus hati-hati dengan fatwa orang seperti ini, karena akan muncul kekeliruan yang banyak pada fatwanya di sebabkan oleh ilmunya yang masih teramat sedikit.

Sebahagian orang ada yang berpengetahuan luas. Akan tetapi hawa nafsunya lebih menguasai dirinya( wal' iyaadzubillah). Berfatwa kepada orang lain sesuai dengan selera yang meminta fatwa walaupun Allah tidak meredhainya. Orang seperti ini di sebut seorang ulama ummat.

Ulama itu ada tiga golongan:

1. ULAMA AGAMA.

*Ulama agama adalah mereka yang menyebarkan agama Islam dan berfatwa tentang agama berdasarkan ilmu. Ia tidak peduli apakah fatwanya sesuai dengan selera manusia ataukah tidak.

2. ULAMA NEGARA.

*Ulama negara adalah mereka yang melihat apa yang di inginkan penguasa atau pemerintah dan mengeluarkan fatwa sesuai dengan keinginan penguasa, walaupun harus memperkotak-katikkan Al-Quran dan As-Sunnah.

3. ULAMA UMMAT.

*Ulama ummat adalah mereka yang melihat apa yang di inginkan masyarakat. Apabila melihat masyarakat menginginkan yang ini maka iapun akan berfatwa sesuai dengan selera masyarakat. Kemudian ia berusaha untuk mentafsir ayat atau hadits agar sesuai dengan keinginan masyarakat.

{Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan kita semua sebagai ulama agama}.

Yang penting janganlah ada orang yang tertipu dengan agama dan ketaatan seseorang. Tetapi bersabarlah sampai menemukan seseorang yang terpercaya keilmuan dan agamanya sehingga ia dapat mengambil fatwa agama darinya.

Seperti yang di katakan oleh salah seorang ulama salaf:

"Sesungguhnya yang di maksud ilmu di sini adalah ilmu agama. Oleh kerana itu perhatikanlah dari siapa engkau mempelajari agamamu! "

Ilmu tersebut menjadi pedoman dan sebagai jalan menuju Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengatakan di dalam kitabnya,{ Al-Fatawa Al-Hamawiyah}, orang-orang dahulu sering berkata:

"Tidak ada yang merosak agama maupun dunia kecuali empat jenis manusia, yaitu:

1. TEOLOGI YANG SETENGAH-SETENGAH.

2. AHLI FIQIH YANG SETENGAH-SETENGAH.

3. AHLI BAHASA YANG SETENGAH-SETENGAH. dan,

4. DOKTOR YANG SETENGAH-SETENGAH. "

Penjelasan:

1. Seorang TEOLOGI YANG SETENGAH-SETENGAH, akan menghancurkan agama dan keyakinan. Mereka berani berbicara walaupun ilmu kalamnya hanya sedikit dan belum menyentuh puncaknya, sehingga merekapun menjadi takbur sombong dan angkuh kerananya. Sebaliknya para teologi yang telah sampai ke puncaknya, mereka mengetahui inti permasalahan sehingga merekapun kembali kepada kebenaran.

2. Seorang AHLI FIQIH YANG SETENGAH-SETENGAH, akan merosak negara karena ia berani memutuskan sebuah hukum tanpa ilmu, sehingga negarapun hancur. (Ia memberikan hak si fulan kepada orang lain dan hak orang lain kepada si fulan).

3. Seorang AHLI BAHASA YANG SETENGAH-SETENGAH, akan merosak bahasa sebuah masyarakat, karena ia mengira dirinya telah menguasai tata bahasa Arab, tetapi ia salah ucap sehingga merosak sebuah bahasa.

Dan jenis manusia yang ke empat ini, yaitu seorang DOKTOR YANG SETENGAH-SETENGAH, ia akan merusak tubuh seseorang karena tidak mengetahui ilmunya. Karena di mungkinkan ia meracik obat yang sebenarnya adalah racun atau ia tidak tepat memberikan obat sehingga si pesakit meninggal dunia.

Walhasil, seseorang tidak boleh mengeluarkan fatwa kecuali jika ia memang menguasai ilmunya dan berkemampuan dalam memberikan fatwa.

Apabila Allah Ta'ala menghendakinya menjadi imam bagi masyarakat, mengeluarkan fatwa dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus, maka ia akan menjadi seorang pemberi fatwa yang sesungguhnya.

Tetapi, jika Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak menghendaki demikian, maka keberaniannya mengeluarkan fatwa tidak akan bermanfaat apa-apa baginya.

Allah Ta'ala berfirman:

قل ما أ سلكم عليه من اجر و ما أ نا من المتكلفن •

(insya Allah, artinya):
"Katakanlah( hai Muhammad) : "Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku; dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mengada-adakan." {Qs. Shaad: 86}.

Haditsnya:

و عن مسرو ق قال:
دخان عل عبد الله بن مسعو د رضي الله عنه فقل:
ي ايحنس من الم شيا فليقل به و من لم يعلم فليقل:
الله اعلم فان من العلم ان تقو ل لم لا ةعام:
الله اعلم. قل الله تعال لنبيه صل الله وسلم:
{قل ما ا سا لكم ء ليه من اجر وما أ نا من المتكلفين}
(رواه البخري)

Insya Allah, artinya:

Dari Masruq ia berkata, kami pernah menemui Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu Anhu, pada saat itu ia berkata, "Wahai sekalian manusia, siapa yang mengetahui sesuatu, maka sampaikanlah, dan barang siapa yang tidak mengetahui, maka ucapkanlah, Allahu A'lam. Karena termasuk ilmu jika engkau tidak mengetahui kemudian engkau berkata Allahu A'lam." Allah Ta'ala berfirman kepada Nabi-Nya, "Katakanlah (hai Muhammad) : "Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku; dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mengada-adakan."
{Shahih Al-Bukhari, hadits no. 4809 dan Shahih Musim, hadits no. 2798}.

Apa fungsi Ulama' disini Umara'.... Sebenarnya

1.Jika ulama melihat ada unsur2 yang boleh merosakkan aqidah ummah dalam pentadbiran dan aktivitinya Umara'... Menjadi wajib keatas mereka menegur dan menegah perkara itu......Ada mereka buat selama ini.....?

2.Jika ulama melihat dan mengetahui dgn jelas bahawa umara' tidak melaksanakan hukuman Allah swt sepenuhnya....menjadi kewajipan keatas mereka menegur dan menegah perkara itu...Ada mereka buat...?

3.Jika ulama melihat dan mengetahui punca perpecahan ummah hari ini disebabkan fahaman kepartian politik masing2.. Menjadi wajib keatas mereka menegur dan menegah akan perkara itu....Adakah mereka buat....??

3 Perkara ini amat pening disini Agama Islam bila Umara' sepatutnya meminta pandangan bernas Ulama berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah Rasullullah saw...ada mereka buat....??

3 Perkara ini sedang berlaku dengan rakusnya merenggut keimanan ummah...mengguris A'qidahnya ummah...memecahbelahkan kekuatan ummah...dan adakah mereka bertindak menegur dan menegah perbuatan keji lagi mungkar ini.......

Dan dimana kedudukannya ulama kita hari ini disini umara' yg memerintah...
Adakah mereka sekadar pak turut dibelakang tabir semata2....?

Adakah ulama kita tidak lagi berani bersuara lantaran golongan Umara' telah mengongkong mereka secara keji dan Kotor.....?

Ataupun ulama kita hari ini lebih cenderung menjaga periuk nasi dahulu dari agamanya dan ummah....

Hanya mereka yg jujur sahaja berani bertindak kerana Allah swt dan Rasulnya....

Secara amnya Abc masih tercari-cari Ulama yang benar-benar tegas dalam menegakkan hukum dan berani mencegah kemungkaran sejati iaitu Ulama Agama.

Thursday 14 April 2016

POLITIK BERLANDASKAN AJARAN ISLAM.


AHMAD Baharom Collection shared their post.
3 hrs
BERPOLITIK... BOLEH BERPOLITIK, TETAPI PANDUAN AGAMA MESTI KITA IKUTI.
JIKA SOKONG UMNO SELAGI NAJIB DAN SEKUTUNYA BERKUASA BERMAKNA KITA MEMBENARKAN SEGALA PERBUATAN MEREKA DAN LALAI DENGAN PANDUAN AGAMA.
SARANAN INI BUKAN SAHAJA TERTUMPU KEPADA NAJIB DAN UMNONYA, TAPI MELIBATKAN PEMIMPIN DARI SEMUA PARTI.
SEBENARNYA KITA SEBAGAI RAKYAT YANG WAJIB MUHASABAH DIRI SUPAYA BENCANA DAN KACAUBILAU SEPERTI YANG ADA SEKARANG TIDAK BERULANG LAGI.
JANGAN BIARKAN AHLI POLITIK MENJADIKAN KITA RAKYAT MENDERITA DAN BERPECAH BELAH.
ABC SAH TAK AKAN SOKONG UMNO SELAGI NAJIB BERKUASA.
AHMAD Baharom Collection added 3 new photos.
SETELAH MENELITI DAN MEMBUAT KAJIAN BERKENAAN NAJIB DAN SEKUTUNYA, ABC TIDAKLAH DAPAT MENYEBELAHI MEREKA. INI BUKAN SEKADAR BERKENAAN POLITIK, TETAPI AMALAN DAN PERBUATAN MEREKA AMAT MENJATUHKAN NILAI DAN MARUAH AGAMA ISLAM.
4 CIRI-CIRI ORANG/PEMIMPIN MUNAFIK
Ciri-ciri Orang Munafik
Tarikh: Dec 04, 2003
Riwayat: Riwayat Ahmad
Kategori: Akidah
Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...