ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 22 August 2015

INI KISAH USAHASAMA IMDB DENGAN AABAR DARI ABU DHABI SEBELUM WANG DERMA RM 2,600 JUTA ITU WUJUD.




INI KISAH USAHASAMA IMDB DENGAN AABAR DARI ABU DHABI SEBELUM WANG DERMA RM 2,600 JUTA ITU WUJUD.
Usahasama 1MDB-Aabar
Najib Tun Razak dan Tun Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan (dua dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara 1MDB dan Aabar Investment di Putrajaya, semalam. Aabar diwakili Khadem Al Qubaisi (kiri) dan 1MDB diwakili Lodin Wok Kamaruddin. - BERNAMA
PUTRAJAYA 12 Mac - Perkongsian strategik antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Aabar Investment (Aabar) dari Abu Dhabi dalam Tun Razak Exchange (TRX) di ibu negara akan diuruskan secara usahasama 50:50.
Syarikat berkenaan akan melabur dalam projek-projek ekonomi dan sosial secara berasingan melalui nasihat daripada kerajaan masing-masing.
1MDB dalam kenyataannya berkata, perkongsian strategik dengan nilai berjumlah RM18 bilion itu akan merangsang pelaburan berbilion ringgit melalui projek jangka panjang di negara ini.
"Abu Dhabi juga akan mengambil langkah seterusnya dengan membawa masuk modal yang diperlukan bagi melaksanakan pembangunan bernilai berbilion ringgit itu. Ini menjadikannya sebagai pelabur multinasional utama yang pertama.
"Kerja-kerja infrastruktur bernilai berbilion ringgit ini dijangka dianugerahkan mulai penghujung Mac ini dengan 1MDB akan kekal sebagai pemaju induk TRX," kata syarikat itu di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Tun Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan menyaksikan majlis pemeteraian perkongsian strategik 1MDB dengan Aabar di Bangunan Perdana Putra.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi.
TRX merupakan inisiatif bagi merangsang pertumbuhan dalam bidang-bidang baharu dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, perdagangan dan perkhidmatan global.
Kenyataan itu berkata, 1MDB akan menerajui perkongsian pintar dan menyediakan peluang bagi pemaju tempatan dan pemain global untuk memacu pertumbuhan baru.
"TRX dijangka dapat menjana nilai pembangunan kasar sebanyak RM26 bilion, menarik kemasukan 250 syarikat antarabangsa terkemuka selain mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan baharu bagi pekerja berpengetahuan," katanya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...