Bank Negara LHDN tahu RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib, kata BNBBC
Published: 8 August 2015 9:44 AM
Akmal yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia mengajukan soalan berkenaan di laman Facebook beliau pada Selasa dan jawapan Shahrir itu disiarkan di laman BNBBC semalam.
Berikut disiarkan soalan Akmal pada Selasa dan jawapan Shahrir sebagaimana disiarkan laman pro BN berkenaan.
Shahrir: Bukan sahaja Datuk Seri Najib tahu tapi Bank Negara Malaysia (BNM) pun tahu.
2. Akmal: Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?
Shahrir: Penyiasatan sudah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik perdana menteri/presiden Umno/pengerusi BN.
3. Akmal: Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
Shahrir: Untuk politik, iaitu Umno dan BN.
4. Akmal: Jika duit tersebut sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?
Shahrir: Selama saya duduk dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno atau Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT Umno dan Perhubungan Negeri.
5. Akmal: Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
Shahrir: Samalah dengan jawapan untuk nombor 4.
6. Akmal: Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
Shahrir: Sama jawapan seperti nombor 4.
7. Akmal: Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?
Shahrir: Perdana menteri sudah dinyatakan derma itu buka untuk peribadi dan rujuk jawapan 8.
8. Akmal: Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan.
Shahrir: Adakah menteri besar dilarang mencari dana politik?
9. Akmal: Adakah perlu duit derma tersebut perlu diisytiharkan kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
Shahrir: Sejak bila derma politik dan dana politik perlu didedah kepada semua pihak. Namun, keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang supaya dana politik harus telus. Buat masa ini, tidak ada undang-undang lagi. Saya sokong diadakan kerangka undang-undang untuk dana politik sesuai dengan transformasi yang dicadangkan di bawah program transformasi kerajaan.
10. Akmal: Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
Shahrir: Tentulah BNM sedar dan tahu tentang pergerakan duit ini.
11. Akmal: Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang diterima Datuk Seri Najib?
12. Akmal: Jika ya, adakah Datuk Seri Najib membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
Shahrir: LHDN tentunya sedar kerana penderma tidak dikecuali daripada cukai pendapatan tetapi penerima tidak kena bayar cukai ke atas derma yang diterima. (11 &12).
13. Akmal: Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
Shahrir: Elaun menteri, perdana menteri dan menteri besar tidak dikecualikan daripada cukai. Yang dikecualikan cukai pendapatan ialah elaun wakil rakyat sahaja.
14. Akmal: Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
Shahrir: Derma politik tidak dikenakan cukai tetapi penderma tidak dikecualikan daripada cukai. Hanya selepas 1 April 2015, derma lebih daripada RM500,000 dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi tidak jelas sama ada derma politik dikecualikan.
15. Akmal: Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Shahrir: Tidak ada siapa pun yang mengatakan derma itu untuk tujuan kerajaan. Jadi tidak timbul soalan ini. – 8 Ogos, 2015.
No comments:
Post a Comment