ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 26 August 2015

Deepak Yakin Pegawai Najib/Rosmah Berada Ditempat Altantuya Dibunuh


Deepak Yakin Pegawai Najib/Rosmah Berada Ditempat Altantuya Dibunuh

SUARAKAMI 12:09 BLOGGER


Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.

“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya.
Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak.

“Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat,” kata Deepak.
Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya.

“Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus,” katanya.
Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh.
“Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka,” kata Deepak.

Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka.

Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu.

Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Deepak juga mendakwa mempunyai bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara.

Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT).
Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri.

“Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran,” tegas usahawan permaidani itu.

Menurutnya, selepas siri pendedahan ‘top-secret’ olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...