ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday 12 August 2017

Musibat Masuk Johor





Bangsa Johor sedang ulangi kejatuhan kerajaan melayu 2008?


Tiada kerajaan mampu kekal lama. Samada diperangi melalui penaklukan atau tumbang akibat bahana
perbuatan diri sendiri.  Kerajaan melayu melaka tumbang kerana adanya watak pengkhianat bernama
mendeliar.

Kesultanan melayu di nusantara indonesia tumbang kerana mudah ditipu licik oleh belanda.

Warisan terbesar maharaja jepun yang selama 500 tahun mempertahankan maharaja, iaitu panglima
samurai pun ranap dijanahamkan oleh pemuka dan penasihat raja jepun .

Kerajaan uthmaniah, abasisiyah, tuglug di india semua tumbang kerana percaya pada bisikan
pengkhianat dari dalam.

Orang melayu pernah hampir tumbang pada tahun 1946.
Nasib orang melayu baik bila kesultanan johor memulakan langkah menyatupadukan melayu dalam
membentuk kesepakatan melalui penubuhan parti keramat melayu .

Tahun 2008, kita sekali lagi menghampiri kejatuhan bilamana dalam sistem demokrasi yang
membenarkan undi menjadi penentu kerajaan, kita telah kehilangan 5 buah negeri ke tangan
blok pembangkang yang pada ketika itu amat teruja menjual semuanya mengenai islam dan melayu
atas nama hak asasi dan demokrasi.

Melayu boleh murtad, melayu boleh hentam perlembagaan.

SIAPA DALANG DI SEBALIK KEJATUHAN 2008 ?

Tiada watak lain selain 2 skop entiti penting, pertama golongan pemerintah dan kedua pembisik
kepada golongan pemerintah.

2008 mencatat sejarah sikap arogan,tamak, gila kuasa, bodoh dan diperbodohkan antara elemen
penting kejatuhan kerajaan melayu dalam tahun 2008.

Di kala rakyat bersengkang perut mencari sesuap nasik, perbelanjaan moonson cup yang menelan
belanja 350j setahun dibuat di trengganu.

Di kala rakyat menangung kos bebanan sara hidup, pemerintah dengan selamba menaikkan kadar tol
hingga ada mencecah 100% kenaikan ( tol kesas di selangor asalnya 50sen dinaikkan menjadi 1.20)

Di kala kepentingan strategik akan perlunya satu jambatan baru merentasi tambak johor dan
keperluan menjaga kepentingan pelabohan di johor, kerajaan itu dengan selamba membatalkan
kehendak DYMM Almarhum Sultan Iskandar ( yang seluruh orang melayu cukup sayang )

WATAK

Watak terbesar yang menjahanamkan kerajaan paklah tiada lain adalah patrick lim aka patrick badawi
.

Patrick badawi penjahanam negara, penghasut dalam merosakkan masa depan negara.

Bisikan beliau adalah bisikan syaitan, menghasut pemerintah untuk menjadi orang yang dibenci
rakyat tanpa disedari.

Inilah dia ulangan watak mendeliar.
Inilah juga ulangan watak judas yang mengkhianati isa as.

Bacalah kupasan mengenai siapa patrick lim ini di artikel sebelum ini.

Kini patrick lim sudah dikabarkan berada dalam koridor pemerintahan johor ?

Kelibatnya semakin di lihat di mana-mana program penting bangsa johor ?

Mengapa patrick lim sudah bertapak di johor ?
Siapa arahkan beliau untuk bertapak di johor ?
Untuk apa beliau berada dalam koridor pemerintahan bangsa johor ?

Adakah beliau mahu mengulangi semula cerita beliau berkuasa dalam pemerintahan malaysia
sekitar tahun 2004-2008 hingga menjanahamkan kerajaan melayu ?

Wahai bangsa johor !

MENGAPA ANDA ULANGI KESILAPAN KITA PADA 2008 ?
PMJ : patrick masuk johor

Dalil bagaimana patrick lim menghasut dan memporakperandakan negara .


Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin
meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara.

Bahagian A.

1.Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca.
Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu sangat terhad.

( kelemahan yangg disukai oleh patrick lim )

Pak Lah juga menghadapi masalah selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis.
Pak Lah pernah terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al Quran bersama
DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan
kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal.

2.Masalah peribadi Perdana Menteri yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan tugas
bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan
pintas untuk mendapat perhatian Perdana Menteri.

Maka wujudlah taktik ‘getting the PM’s signature on his way out’ iaitu meminta Perdana Menteri
menandatangani sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar dari mesyuarat.

3.Pak Lah sanggup menandatangani dokumen tanpa membacanya dengan teliti.

Contohnya beliau boleh menandatangani dokumen menyokong syarikat keluarga sendiri mendapat
kontrak ‘Oil For Food’ tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh mengaku tanpa sebarang segan silu
bahawa ‘saya pernah menandatangani banyak surat sokongan’.

4.Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihat orang
yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu
dan beberapa orang lain.

Di sini jugalah patrick lim memainkan peranan besar beliau.

Masalahnya mereka ini semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara Malaysia,
orang Melayu atau parti Umno.

Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihat
yang terdekat seperti patrick lim. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar
menjadi urusan keluarga. 5Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan
ahli keluarga dan sahabat tertentu Pak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik
Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan.
Kecuali Penasihat Agama yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang tidak bermakna itu,
Pak Lah tidak melantik sebarang Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat Kewangan
atau Penasihat lain yang boleh memberi nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri
 untuk membantu beliau menimbang keputusan penting.

5.Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmi
bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk
memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar Kerajaan atau tidak
sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri.

6.Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak
terikat dengan ms sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’ seperti ini.
Tanpa memegang jawatan rasmi mereka boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya.
Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana mereka bukannya penasihat rasmi kepada
Perdana Menteri.

Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan sering tidak mengambilkira kepentingan negara.
Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya.
Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak tegas, kontroversi
dan boleh berubah-ubah.

7.Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata,
 “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain.

Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat
daripada penasihat ‘tidak rasmi’ yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’.

8.Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula.

Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi.

Ini juga mengakibatkan ‘Poor ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat sebarang keputusan.

9.‘Poor ability of judgement’ ini juga menyebabkan beliau tidak dapat menentukan haluan
atau ‘specific direction’ dalam mentadbir Kerajaan dan kurang wawasan untuk
menentukan dasar yang terbaik bagi negara. Jentera Kerajaan hilang kawalan dan ini
memudahkan perancangan patrick lim dan rangkaian budak tingkat 4

10.Pak Lak sendiri telah membuat kenyataan bahawa jika ada perkara penting yang perlu
keputusan segera, mana-mana Kementerian boleh terus mengambil keputusan sendiri tanpa perlu
membawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Ini bermakna beliau sebagai Perdana Menteri tidak lagi mengawal atau ada kawalan ke atas
kementerian-kementerian. Keputusan sesuatu kementerian itu boleh mengikut budi bicara
menterinya sahaja tanpa diketahui oleh Jemaah Menteri ataupun Perdana Menteri.

11.Ini bermakna ‘check and balance’ dalam sistem pentadbiran Kementerian Kerajaan terhakis.
Apabila keputusan itu menimbulkan kontroversi dan masalah kepada negara,
 beliau hanya dapat menjawab: “Saya tidak sedar”, “Saya tidak tahu”, “Saya tidak pasti”
dan lain-lain lagi.

Walaupun Perdana Menteri - beliau tidak ada sistem kawalan
‘Hands on’ ke atas jentera pentadbiran Kerajaan.

12 Para Menteri pula rasa amat senang sebab tidak ada ketetapan arah atau halatuju
yang tertentu untuk mencapai sesuatu matlamat mengikut dasar yang terpilih.
 Menteri berasa cukup bebas membuat keputusan dan mereka menganggap Pak Lah memang
 ‘terbuka dan telus’ kerana mereka senang dengan cara ‘non interference’ atau
tidak masuk campur oleh Perdana Menteri itu.

Mereka seronok sebab boleh buat apa saja keputusan tanpa merujuk kepada Perdana Menteri.

13 Jika mereka rujuk kepada Perdana Menteri pun, Pak Lah tidak akan memberi keputusan yang jelas.
Pak Lah yang tidak suka membaca akan hanya serahkan kepada budi bicara mereka sendiri.

14 Akibatnya sudah ada Menteri yang berani membuat keputusan sendiri tanpa mendapat keputusan
 Jemaah Menteri terlebih dahulu. Keputusan itu kemudian menimbulkan berbagai kontroversi
serta implikasi kepada negara. Contohnya: (i) Ada Kementerian yang mengambil keputusan sendiri
memberi AP yang banyak kepada dua orang individu hingga menjejaskan pasaran Kereta Nasional.

15 Dua individu ini telah menjadi kaya-raya hasil jualan AP dan bukan hasil jualan kereta.
Salah seorang individu itu adalah saudara kepada menantu Pak Lah.
Tindakan ini bercanggah dengan dasar Kerajaan mengenai AP.
Apabila pengeluaran AP yang terlalu banyak menjadi kontroversi, Pak Lah lepas tangan
dan minta Menteri sahaja menjawab.

16 ECM Libra menguruskan penjualan saham kumpulan Hospital Pantai kepada syarikat Singapura.
Penjualan ini menimbulkan kontroversi kerana penjualan itu seharusnya mendapat
 kelulusan Kerajaan dahulu.

Bagaimana penjualan ini boleh berlaku hingga syarikat asing dapat menguasai Hospital Pantai?

Ini bermakna tanpa kawalan, Kementerian berkenaan telah dengan sewenang-wenangnya meluluskan
penjualan tersebut tanpa merujuk kepada Perdana Menteri atau menepati dasar Kerajaan.

Apabila terjadi kontroversi lagi barulah Pak Lah hendak siasat.

Dan apakah cara penyelesaianya? Pak Lah selesaikan isu ini dengan mengarahkan
Khazanah Nasional Berhad menggunakan wang rakyat sekali lagi untuk membeli
balik saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura itu.

Sekali dengar, tindakan Pak Lah itu memanglah baik tetapi keputusan itu sebenarnya terpaksa
dibayar dengan wang rakyat yang berlebihan.

 Sehingga hari ini Pak Lah tidak mahu umumkan berapa banyakkah wang rakyat yang digunakan
untuk membeli balik saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura.

Anggarannya adalah disekitar RM100 juta. Rakyat rugi dua kali apabila banyak wang rakyat
terpaksa digunakan untuk menebus kembali kesilapan awal.

Kita terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dari wang rakyat untuk menutup kesilapan
sistem pentadbiran Pak Lah yang begitu lemah.

Kerugian wang rakyat seperti ini boleh dielak dengan mudah jika terlebih awal lagi diteliti
sebelum kesilapan boleh berlaku.

GLC pun tidak terkawal dan rugi besar

17.Setelah mengikut nasihat orang tertentu ( patrick,kamaludin dan budak tingkat 4),
Pak Lah buat keputusan gugurkan wakilwakil Agensi Kerajaan seperti wakil Kementerian,
wakil EPU dan wakil Perbendaharaan daripada Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik
 Kerajaan atau GLC.

Tempat mereka telah digantikan dengan orang dari sektor korporat. Apakah tujuannya?

18 17Akibatnya Lembaga Pengarah GLC bebas membuat keputusan tanpa input daripada Ahli
Lembaga Pengarah yang mewakili Agensi Kerajaan. Juga sebarang keputusan GLC itu tidak
perlu dimaklumkan kepada Kerajaan melainkan kepada Menteri Kewangan 2 sahaja.

Pak Lah hilang kawalan ke atas GLC dan juga Kerajaan tidak tahu-menahu keputusan yang
dibuat oleh GLC. GLC sekarang sudah jadi taman mainan peribadi Menteri Kewangan 2 sahaja.

Menteri Kewangan Pertama pula (iaitu Pak Lah) tidak mahu ambil tahu.

Buktinya: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan telah memaklumkan di Dewan Rakyat
pada 3hb Julai 2006 yang mengesahkan bahawa pihak GLC beroperasi tanpa kawalan pihak tertinggi
Kerajaan. Jika ada cadangan dari pihak Kerajaan, Lembaga Pengarah GLC berkuasa
menentukan sama ada untuk menerima atau menolaknya.

19 Apakah muslihat menggugurkan wakil Agensi Kerajaan tersebut?
Apakah keputusan ini boleh membaiki lagi pengurusan GLC ataupun ianya boleh memudahkan
 kerja manipulasi pengurusan GLC?

Sebabnya ialah ’nawaitu’ penasihat “tidak rasmi” ( patrick,kamaludin dan budak tingkat 4)
 yang sangat berpengaruh mempunyai agenda tersendiri. Kita perlu fikir masak-masak. Wang yang
digunakan oleh GLC adalah wang Kerajaan dan wang rakyat.

Tetapi cara mana GLC belanjakan wang itu, pihak Kerajaan tidak ada kuasa untuk mengawal
atau meneliti terlebih dahulu. Justeru itu, semua risiko ditanggung oleh Kerajaan dan rakyat.

Jika GLC rugi, penasihat “tidak rasmi” dan pengurus yang bergaji lumayan akan terlepas dari
sebarang tanggungjawab. Kerajaan dan rakyat pula yang akan tanggung risiko dan kerugian.

TNB rugi RM200 juta – Kementerian diam saja Contoh (i) Mengikut laporan Bernama (24/10/06)
apabila TNB mengalami kerugian RM200 juta di Kalimantan, Indonesia baru-baru ini,
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato Che Khalib Che Noh berkata bahawa kerugian RM200 juta
itu tidak menjadi masalah kerana pendapatan TNB melebihi RM20 bilion setahun.

Kerugian itu sebenarnya akibat daripada kecuaian TNB menjalin kontrak.
Tetapi bagi TNB kehilangan RM200 juta wang rakyat seolaholah ‘small change’ atau duit pecah
yang tidak perlu dikhuatirkan! Rakyat kerugian wang tetapi pengurusan TNB terlepas
dari sebarang pertanggungjawaban.

Menteri Kewangan 2 dan Menteri Tenaga langsung tidak membuat teguran atau memberi
katadua untuk meyakinkan rakyat bahawa kecuaian seperti ini tidak
 akan berulang lagi.

 Mereka hanya buat tidak tahu.

Contoh (ii) Khazanah Nasional Bhd membuat keputusan membeli Lippo Bank di Indonesia,
membeli Appolo Hospital di India dan membeli sebuah Syarikat Talipon Selular di Singapura.

Siapakah yang membuat kajian sebelum membelinya? ( Adakah patrick atu EPU )

Pelaburan ini tidak ada input dari EPU atau dari Perbendaharaan.
Kalau Kerajaan sudah kehabisan wang, apakah sebabnya Khazanah Nasional melabur begitu banyak
wang rakyat di luar negara?

Dan Kerajaan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan itu dibuat.
Tanpa wakil Agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah GLC, Agensi Kerajaan berkenaan tidak dapat
membuat kajian dan melaporkan kepada Kerajaan untuk membuat keputusan.

Tanpa wakil agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah, GLC bebas membuat keputusan.

Andainya berlaku kerugian besar dalam pelaburan itu, apakah Kerajaan dengan mudah boleh
lepas tangan? Siapakah yang mengawal pengurusan kewangan Khazanah Nasional Bhd?
Berapa jumlah wang yang telah dibawa ke luar negara untuk tujuan melabur ini?

 Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian daripada aktiviti pelaburan di luar negara itu?
Tanpa kawalan teliti apapun boleh berlaku.


20 Warga Singapura pegang berpuluh bilion wang Rakyat

 Contoh (iii) Khazanah Nasional Bhd telah melantik seorang warganegara Singapura sebagai
 “Director of Investment” (Pengarah Pelaburan) dalam Khazanah Nasional.
Kenapa pula warga Singapura?

Bagaimanakah kita hendak ‘check and balance’ ke atas seorang Pengurus yang diberi
tanggungjawab besar menjaga berpuluh bilion Ringgit wang rakyat jika Pengurus itu bukan
warganegara Malaysia pun?

Tidak adakah rakyat Malaysia untuk memegang jawatan yang sangat penting itu di Khazanah?

 Agaknya itulah sebabnya Khazanah Nasional membuat keputusan jual saham Telekom Malaysia
dan jual saham Proton kepada Temasek Holding Singapura melalui ECM Libra sebagai orang tengah.

Adakah penjualan saham tersebut telah dimaklumkan kepada Kerajaan terlebih dahulu?

Berapa banyakkah keuntungan komisen yang telah diraih oleh ‘orang tengah’ ECM Libra
di mana menantu Perdana Menteri adalah pemegang sahamnya?

21 Sebelum tahun 2004, Proton telah untung dan dapat kumpulkan kelebihan tunai berjumlah
RM 4 bilion. Belanja membina Proton City di Tanjung Malim sebanyak RM 1.8 bilion
boleh dibuat tanpa  pinjaman dan bantuan dari Kerajaan.

Tetapi tanpa wakil agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarahnya, Proton mengambil keputusan
tamatkan perkhidmatan CEOnya yang telah berjaya membawa keuntungan besar kepada Proton.
 Sekarang Proton sudah mengalami kerugian RM50 juta.

Kemudian, Proton membuat keputusan menjual saham kepada Temasek Holdings Singapura.

Keputusan itu dibuat sesudah CEO itu ditamatkan perkhidmatannya.!!!

22 Pak Lah pernah bercakap dalam Perhimpunan Agong Umno 2005 mengenai cita-citanya
hendak membangunkan ‘Melayu Perkasa’ atau ‘The Towering Malays’.
Tetapi kita lihat sahaja ciri ‘Melayu Perkasa’ yang jelas ada pada bekas CEO Proton itu dibunuh
dan dimusnahkan oleh Pak Lah sendiri.

Dalam berita terkini sebuah syarikat kereta China, Nanjing Automotive akan menggunakan
sehingga 100,000 enjin kereta jenis 1,800cc, 2,000cc dan 2,200cc dengan menggunakan enjin
hasil usahasama Petronas F1 dan Sauber.

Projek enjin Petronas Sauber ini adalah hasil kerja Jurutera Perkasa Melayu juga
yang telah dimulakan menerusi penglibatan Proton.

Tetapi sekarang seorang warganegara Singapura pula dilantik menjadi ‘Director of Investments’
 Khazanah Nasional Bhd. Apa terjadi dengan “Melayu Perkasa”?

23 Agusta, Petronas Sauber, Lotus dan Teknoloji Pembuatan Kereta 21Petronas F1 membeli
syarikat Sauber, Proton membeli Lotus dan MV Agusta untuk mendapatkan teknologi enjin kereta
dan motosikal yang terbukti.

Pelaburan Proton dalam Lotus dan pelaburan Petronas dalam Sauber telah menguntungkan negara.

 Lotus masih boleh bertahan di pasaran dunia dan juga memberi peluang jurutera Malaysia
menerokai teknoloji kereta Eropah yang terkini. Petronas Sauber telah menghasilkan enjin
kereta baru yang sekarang akan digunakan oleh syarikat Nanjing Automotive dari China pula.

Tetapi dalam kes ‘lembu punya susu sapi dapat nama’ Pak Lah seronok bergambar dengan
wakil syarikat kereta China itu yang akan membeli 100,000 enjin daripada Petronas Sauber.

Begitu juga Proton meneroka teknologi MV Agusta untuk meningkatkan lagi mutu pengeluaran enjin.

Ini adalah pelaburan strategik yang memerlukan komitmen dan keberanian serta berpandangan jauh.

Perancangan wawasan ini tidak dapat difahami oleh Pak Lah dan seterusnya
oleh pengurusan baru Proton. Pak Lah tidak tahu apa pun mengenai pelaburan strategik.
Kalau tidak ada peluang untuk mencuri idea orang lain, beliau sanggup bergambar mencabut
sayur kangkung.

24 keputusan dibuat untuk jual MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.

Apakah ada muslihat di sebalik penjualan MV Agusta dengan harga yang begitu murah?
Apakah ECM Libra sekali lagi mempunyai peranan dalam penjualan MV Agusta sebagai
orang tengah yang makan komisen – tanpa ambil peduli harga jualannya?

Sebabnya ialah penjualan MV Agusta tidak dibuat secara tender untuk mendapat harga yang
 mencerminkan nilai sebenar.

Tetapi orang tengah tertentu daripada kalangan ‘penasihat tidak rasmi’meraih keuntungan
kerana menjadi agen komisen untuk menjual saham MV Agusta.

Harta negara dijual untuk menguntungkan sahabat dan keluarga.

AP di luar kawalan Pak Lah, penjual kereta bungkus

24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) masih mengeluarkan AP tanpa kawalan kepada
 dua individu tertentu – sehingga pasaran kereta tempatan terjejas.

Kemudian pengimpot kereta pula boleh ‘Under declaration’ duti Kastam.
Pak Lah pernah berkata perkara tersebut hendak dikaji semula oleh National Autimotive Policy
 atau NAP. Tetapi NAP Pak Lah itu memberi implikasi buruk kepada semua pengedar kereta,
semuanya bungkus. Persatuan Pengedar-pengedar Kereta telah kemukakan satu memorandum
 kepada Pak Lah. Beliau berjanji akan membaca memorandum tetapi sebaliknya beliau tertidur.

25 Kemudian Pak Lah tandatangani Free Trade Agreement (FTA) dengan Jepun.

Pasaran Kereta Nasional akan terjejas lagi sebab Jepun boleh eksport kereta ke Malaysia
 tanpa cukai. Malaysia pula boleh eksport kangkung ke Jepun tanpa cukai.
Tetapi berapa banyakkah kangkung yang kita boleh eksport ke Jepun untuk mengimbangkan
 nilai import sebiji kereta Toyota?

26 Persaingan daripada Jepun dan lambakan kereta asing mengancam masa depan Proton.
Pak Lah berjanji akan terus melindungi Proton. Itulah sahaja seruan yang mampu dibuat.
Mulai tahun 2006 Proton telah mula rugi RM 50 juta. Gaya pentadbiran YOYO atau FLIP FLOP
Dalam membuat keputusan pula Pak Lah mengamalkan gaya YOYO dan Flip Flop.

Contohnya:

(i) Presiden MCA kemukakan memorandum minta peruntukan membina SRJKC baru di bawah RMK9.
Khairy Jamaludin, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia terus berkata permohonan itu tidak
 harus dilayan. Pak Lah terus bersetuju dengan Naib Ketua Pemuda Umno itu.

 Kemudian Presiden MCA menjelaskan tuntutan itu selaras dengan Dasar Pendidikan Negara
di mana pendidikan Sekolah Rendah China dan Tamil masih kekal.
 Dengan penjelasan Presiden MCA itu, Pak Lah pun berkata ‘OK boleh. No problem. Permohonan lulus’.

Inilah sistem pentadbiran Flip Flop atau YOYO.

Sebenarnya Pak Lah sendiri salah faham apa ertinya SRJKC itu.

(ii) Apabila Wakil DAP menayangkan klip video di ruang legar Parlimen mengenai seorang wanita
dalam lokap Polis disuruh buat ketuk ketampi, isu ini menjadi heboh apabila pihak
media melaporkan kononnya wanita itu adalah warganegara China.

Tanpa usul periksa Pak Lah terus arah seorang Menteri( nazri aziz yang amat bodoh )
pergi ke China untuk minta maaf. Pak Lah juga terus mencadangkan ditubuhkan satu jawatan kuasa
 penyiasat untuk memantau salahlaku anggota Polis.

 Selepas siasatan dibuat, terbukti bahawa wanita itu sebenarnya adalah Melayu dan
bukan warganegara  China. W

Walau bagaimanapun Menteri berkenaan sudah pergi ke China atas arahan Pak Lah.
Kemudian suruhanjaya yang ditubuhkan untuk siasat Polis pula dibantah oleh semua peringkat
pegawai PDRM. Inilah sistem pentadbiran cara YOYO.

(iii) Rang Undang Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Bill 2005) dipersetujui oleh
Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Pak Lah supaya dibentangkan dalam Parlimen.

Banyak pihak membuat bantahan terutama sekali kaum wanita termasuk Wakil Rakyat Wanita
Penyokong Kerajaan mengenai diskriminasi ke atas kaum wanita jika Rang Undang Undang
itu diluluskan. Pak Lah memberi arahan kepada semua wakil BN mesti sokong supaya diluluskan.
Setelah undang-undang itu diluluskan Parlimen dan ditandatangani Yang DiPertuan Agong,
Pak Lah mengarahkan supaya Undang-undang Keluarga Islam yang telah diluluskan itu tidak
dilaksanakan dengan alasan hendak dikaji semula.

Kalau tidak mahu dilaksanakan kenapa Pak Lah lanyak saja, memberi arahan semua
wakil BN mesti sokong Rang Undang-undang itu?

(iv Pak Lah tidak sedar Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk melarang mana-mana undang undang
 yang telah diluluskan oleh Parlimen supaya tidak  dilaksanakan. Ini adalah kerana
 kedudukan Parlimen adalah lebih tinggi dari Jemaah Menteri dan juga Perdana Menteri.
 Tetapi Pak Lah tak tahu. Ya boleh, tak boleh, memang boleh, kita akan buat,
kita tak boleh buat....

 (v) Sebelum Pak Lah buat keputusan pada 12 April 2006 membatalkan Projek Jambatan
 di Tebrau bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula itu, Pak Lah terlebih
dahulu membuat kenyataan pada 10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial Tun Hussein Onn,
 di Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur seperti berikut:

 “Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru sama ada bengkok,
lurus atau herot”.

Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti berikut:

“Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang
masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan implikasi yang serius.
Sebaliknya pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan  perhubungan Malaysia-Singapura
 lebih baik.”

Demikian kata YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan
 di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor ketika mengulas kenyataan yang dibuat
oleh Menteri Luar Singapura George Yeo di Parlimen Singapura pada 2 Mac 2006.

Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas. Rakyat juga tidak pernah membantah terhadap
projek Jambatan Johor yang sudahpun mula dilaksanakan itu.

Malah rakyat cukup sedar bahawa pembinaan Jambatan itu akan membawa faedah yang besar
kepada negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.

Tetapi 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3 Mac 2006 itu, Pak Lah telah buat
kenyataan yang memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006 seperti berikut:

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan
 Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia
keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.

 Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”

 Putrajaya 12 April 2006 Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu lagi kenyataan iaitu:

 “Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana implikasi
dan komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak dan kalau kita teruskan juga, ia
akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi projek yang
dipertikaikan malah kita buat keputusan, ia keputusan politik.

Kita tidak boleh mengenepikan perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk rakyat.”

Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok pada 12 April 2006 itu
bercanggah dengan pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya 22 hari sebelum itu.

 Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu kemudian mengundang berbagai kontroversi
 terutama sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hingga mencetuskan perbalahan
 yang berpanjangan hingga sekarang ini. ms 26 Kata Pak Lah, pembatalan jambatan itu adalah
 untuk mengelak implikasi dan komplikasi undang-undang yang boleh timbul.

Tetapi sebaliknya pembatalan jambatan itu kini menimbulkan implikasi kewangan dan
 komplikasi yang lain pula. Pak Lah kata pembatalan projek itu boleh menjimatkan kos.

 Ini tidak benar. Kita perlu ambilkira fakta berikut:

(a) Bayaran ganti rugi kepada Syarikat Gerbang Perdana.

(b) Tuntutan Kerajaan Negeri Johor ke atas kawasan tanah yang telah diberi percuma
dengan cara pertukaran atau ‘swap’ dengan kawasan Tambak Johor, tetapi apabila projek
 itu dibatalkan Kerajaan Negeri Johor menuntut balik kawasan tanah atau
 ganti rugi bagi projek yang tidak jadi itu.

(c) Oleh kerana jambatan sudah batal, maka perlu pula membina jejambat baru untuk
menghubungi pusat CIQ yang telah siap dibina dengan Tambak Johor

(jejambat ini tidak perlu jika projek jambatan tidak dibatalkan).

 Ini memakan kos yang lebih tinggi. Tiga perkara ini akan melibatkan kos yang berlipat ganda
lebih tinggi dari kos membina jambatan yang terbatal.

Jejambat baru untuk menghubungi Pusat CIQ dengan Tambak Johor perlu dibina merentasi kawasan
 pembangunan yang padat. Oleh yang demikian, jejambat baru itu melibatkan bayaran ganti rugi
yang sangat tinggi kepada penduduk dan tuan tanah. Laluan jejambat baru itu pula
terpaksa dibina tinggi dan sangat curam sehingga tidak dapat diguna oleh kenderaan berat
 seperti lori. Maka beberapa perubahan struktur perlu, untuk merendahkan ketinggian
 jejambat termasuk pengambilalihan kawasan pembangunan padat di bawah laluan jejambat
secara paksa melalui proses ‘Land Acquisition’ dan menempatkan semula mereka yang menduduki
 kawasan yang terlibat.

 Kemudian semua jenis bangunan di kawasan itu perlu dirobohkan.
Ini melibatkan kos yang lebih tinggi dari kos projek Jambatan Gerbang Perdana yang dibatalkan itu.

DYMMSultan Johor membongkar putar-belit Pak Lah Inilah kerugian yang terjadi ekoran
ari pembatalan Projek Jambatan itu termasuk komplikasi cara mana hendak membina jejambat baru
bagi menghubungi pusat CIQ dengan Tambak Johor.

Pak Lah berpura-pura tidak sedar akan semua kerugian ini.

Pada hari Sabtu, 4hb November 2006, sewaktu merasmikan South Johor Economic Corridor ms 28 (SJEC),
DYMM Sultan Johor telah mengejutkan Pak Lah (orang lain tidak terkejut sedikit pun)
apabila Baginda bertitah bahawa Tambak Johor harus dirobohkan untuk membuka semula Selat Tebrau
'untuk “membiarkan airnya berlalu”.

Baginda bertitah bahawa pembinaan Tambak Johor hampir seratus tahun dahulu oleh “Mat Salleh”
adalah untuk menguntungkan Pelabuhan Keppel di Singapura dan merugikan Johor.

Demikianlah titah DYMM Sultan Johor sendiri. Tetapi Pak Lah pula berkata semua orang Johor
tidak mahu jambatan baru dibina!

Implikasi ini tidak termasuk kesan positif jangka panjang ke atas prospek Pelabuhan Pasir Gudang
 dan Tanjung Pelepas serta prospek keadaan persekitaran Bandaraya Johor Bharu dan lain-lain,
jika Tambak Johor dapat diroboh dan laluan Selat Tebrau dibuka semula.

Flip flop Pak Lah juga telah merugikan Malaysia sebab isu lain dengan Singapura yang belum lagi
selesai dihentikan dan tidak akan dirundingkan lagi.

Sebaik sahaja Pak Lah batalkan projek Jambatan Gerbang Perdana Johor itu, pihak YTL terus
kemukakan cadangan membina sistem keretapi laju  dari Kuala Lumpur ke Singapura yang
akan melalui Tambak Johor.

Keretapi laju hingga ke Singapura akan menguntungkan Lapangan Terbang Singapura berbanding KLIA
di Sepang.

Para penumpang dari Malaysia boleh menggunakan kemudahan keretapi laju ke Singapura untuk
penerbangan ke mana-mana destinasi disebabkan buat masa ini penerbangan ke destinasi dunia
ebih banyak terdapat di Singapura berbanding KLIA.

Projek keretapi laju cadangan YTL itu akan mengancam prospek KLIA di Sepang.

EPU: Tiang Seri Jabatan Perdana Menteri diabaikan 31Sebelum Pak Lah jadi PM,
kajian bagi setiap cadangan projek penswastaan akan dibuat oleh EPU
(Economic Planning Unit atau Unit Perancang Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri.

 Sebagai Tiang Seri Jabatan Perdana Menteri, EPU adalah Agensi Perancangan yang unggul
yang mempunyai ramai pakar berwibawa termasuk dalam bidang ekonomi, kewangan dan
sebagainya yang telah terbukti kebolehan mereka.

Rekod prestasi EPU dalam merancang dan melaksanakan projek gergasi dengan sungguh
berjaya tiada tandingnya.

Projek lebuhraya, pembinaan sistem LRT, pembangunan pelabuhan, stesen janakuasa letrik swasta
atau IPP, loji pembersihan air, keretapi laju ERL ke KLIA,
kawasan wilayah persekutuan (Federal Territories),
kawasan Bebas Cukai atau Duty Free Zones, perancangan lapanganterbang, KLIA, MSC, Cyberjaya,
 Putrajaya, KHTP semuanya pernah ditangani oleh pakar-pakar EPU.

Apakah sebabnya EPU di mana terdapat ramai pakar termasuk pakar ‘Melayu Perkasa’ yang telah
terbukti berjaya dalam merancang pembangunan negara telah diketepikan oleh Pak Lah?

Setelah Pak Lah jadi PM peranan EPU hampir padam. Pakar EPU sekarang tidak ada kerja
dan EPU tidak diberi tugas yang bermakna. Habis siapakah pengganti EPU?

Jawapannya terletak di ‘Tingkat 4 Pejabat Perdana Menteri’.

 Inilah ‘the Fourth Floor’ yang sering disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai sangat berpengaruh
 di Pejabat Perdana Menteri. Perancangan dan keputusan projek sekarang terletak di ‘Tingkat empat.

 Tingkat empat pula mempunyai pertalian rapat dengan syarikat perunding tertentu seperti
Ethos Consulting (yang mempunyai hubungan rapat dengan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno),
Binafikir (syarikat kepunyaan Azman Mokhtar yang juga  menjadi Pengarah Urusan Khazanah
Nasional Bhd) mempunyai peranan luar biasa dalam merancang nasib 25 juta penduduk Malaysia.

Kedua-dua syarikat perunding ini mendapat kontrak lumayan untuk menyiapkan kajian projek tertentu.

Oleh kerana mereka mempunyai ‘inside information’ maka fahamfaham sajalah.

ebagai contoh, seluruh konsep dan dasar National Automotive Policy atau NAP yang sekarang ini
sedang huru-harakan industri kereta Malaysia, bukan hasil kajian Kementerian Pengangkutan,
jemaah Kabinet atau sebarang Kementerian yang lain.

Sebaliknya, keseluruhan National Automotive Policy atau NAP telah dirangka oleh Ethos Consulting.

 Tetapi Ethos pula subkan tugas ini kepada sebuah syarikat perunding British! (Kisah Ali Baba lagi).

Siapakah Ethos Consulting?

Ethos Consulting adalah perunding yang ditubuhkan oleh seorang pemuda China yang menjadi
kawan karib Khairy Jamaluddin sewaktu belajar di Britain dulu.

Nama ‘Ethos’ pun sebenarnya diambil sempena ‘Ethos Magazine’ yang menjadi majalah
Persatuan Pelajar Malaysia di UK dan Ireland di mana Khairy Jamaluddin pernah menjadi Editornya.
Jadi EPU terkubur.

Jika Khairy Jamaluddin boleh dianggap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya
dan patrick badawi sebagai penasihat memanda menteri, Ethos pula adalah timbalannya.

Ethos jauh lebih berpengaruh daripada EPU. Pak Lah pula boleh ‘slamba saja’.

Satu lagi contoh ialah cadangan keretapi laju YTL yang diputuskan oleh Pak Lah supaya dikaji
oleh Khazanah Nasional Bhd. Apakah rasionalnya menyuruh Khazanah Nasional membuat kajian
mengenai keretapi laju?

Apakah Khazanah lebih berkemampuan daripada EPU yang pernah terlibat dalam perancangan keretapi
laju ERL, sistem keretapi LRT, perancangan sistem LRT Putrajaya dan banyak lagi.

Sudah tentu Khazanah pun akan subkan kajian ini kepada perunding tertentu.

udah tentu segala maklumat penting dan rahsia ‘inside information’ akan dilombong habis
oleh perunding tersebut. 32Begitu juga dengan projek Pembangunan Ekonomi Wilayah,
Pak Lah telah umumkan semua jenis projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Utara, Timur,
 Johor Selatan SJER, Sabah dan Sarawak akan dikaji oleh Khazanah dan bukan oleh EPU.

Kenapa perubahan seperti ini?
Apa muslihatnya mengenepikan EPU?
Apakah di bawah pentadbiran Pak Lah peranan EPU sudah tidak ada lagi?

‘Rogues Gallery’ (Galeri Bangsat) Pak Lah Pentadbiran Pak Lah juga memberi tempat
kepada orang yang mempunyai ‘track record’ yang tidak baik ataupun yang pernah menyalahi
undang undang. Mereka ini menjadi ahli ‘Rogues Gallery’ Pak Lah.

Contohnya ialah perlindungan yang diberi kepada Datuk Zakaria Deros di Klang,
ADUN daripada Jasin di Melaka, yang terlibat dalam kes import kayu balak secara
tutup sebelah mata’ dan ramai lagi. Begitu juga beberapa Menteri yang telah terlibat
dalam aktiviti yang mencurigakan, juga diberi tempat oleh Pak Lah.

Lebih mudah bagi Pak Lah mengawal orang seperti ini kerana mereka sangat terhutang
 budi kepadanya. Bank Negara Malaysia pernah mengalami kerugian dalam urusan pasaran
pertukaran wang asing berjumlah RM 17 bilion. Nor Mohd Yakcop yang bertanggungjawab
atas kerugian tersebut kini telah dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua oleh Pak Lah.

Menteri ini juga sekarang mempunyai kuasa mutlak ke atas semua GLC dan semua projek
penswastaan. Kerugian RM200 juta yang dialami oleh TNB di Indonesia, kerugian Proton,
kerugian MAS dan banyak kerugian lagi adalah sewaktu Nor Mohd Yakcop menjadi Menteri Kewangan 2.
Nor Mohd Yakcop diberi  jawatan Menteri Kewangan 2 kerana beliau mudah di ‘control’
seperti juga Norwawi Effendi, Rafidah Aziz dan beberapa Menteri lain yang
 mempunyai ‘sejarah hitam’.

Setiausaha Politiknya adalah Datuk Mohd Norza Zakaria – sahabat karib Khairy Jamaluddin.

 Segala minit mesyuarat dan dokumen yang bakal dibaca oleh Nor Mohd Yakcop
dibaca oleh Norza Zakaria dulu dan dilaporkan kepada Khairy.

Pak Lah tidak perlu risau apa-apa. Kewangan negara berada dalam tangan ahli keluarganya juga.

27 Kemasukan pengaruh Penasihat pro Singapura 34The Straits Times Press atau STP,
satu ketika dahulu telah dikuasai oleh Singapura. Dengan usaha Tengku Razaleigh Hamzah,
Malaysia telah dapat kuasai semula STP dan kemudian ditukar kepada The New Straits Times Press
atau NSTP. Dengan perubahan kuasa itu NSTP telah berjaya melantik ramai warga Malaysia
terutama sekali orang Melayu memegang jawatan penting. Tetapi Pak Lah telah mengubah kedudukan
 di NSTP.

Pak Lah lantik Kalimullah Hassan yang pernah bertugas dengan Singapore Straits Times
menggantikan tempat Dato’ Abdullah Ahmad untuk menerajui NSTP.
Sejak itu, ramai rakyat Malaysia yang bertugas dengan  NSTP diganti dengan orang lain.

Sekarang ini NSTP masih dikuasai oleh orang pro Singapura – terutama sekali adalah Kalimullah
 sendiri. Dan Kalimullah menjadi penasihat terdekat yang sangat dipercayai oleh Pak Lah.

Selepas Kalimullah dilantik menerajui NSTP, berita terkini yang berlaku di Kuala Lumpur
 sering dibocorkan kepada media Singapura terutama sekali kepada Straits Times Singapore.
Satu contoh ialah pengumuman perlantikan Dato Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Akhbar perdana Singapura telah menyiarkan berita itu sebelum sebarang pengumuman rasmi oleh
Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Anehnya,
akhbar NSTP sekarang mengalami kemerosotan yang begitu teruk dalam bilangan pembacanya
 berbanding dengan akhbar lain seperti The Star. Malahan akhbar ‘nyamuk’
seperti The Sun yang diberi percuma kepada orangpun sudah mula bersaing hebat dengan NSTP.

 Kalimullah dan rakan gagal meningkatkan prestasi akhbar NSTP. Penasihat terdekat Pak Lah:

 Gabungan pro Singapura dan menantu Setelah menerajui NSTP Kalimullah diberi peluang menerajui
ECM Libra. Kalimullah dan beberapa rakan Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra bersetuju memberi
 pinjaman mudah sebanyak RM 9 juta kepada Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah untuk membeli
saham ECM Libra bagi membolehkan Khairy dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra.
 Tujuannya supaya ECM Libra mendapat berbagai kemudahan serta faedah dari Kerajaan melalui
 pengaruh Khairy. Dalam masa yang sama Kalimullah dan Khairy menjadi penasihat yang sangat
berpengaruh kepada Pak Lah. Kemudahan pinjaman yang diberikan kepada Khairy itu merupakan
 satu bentuk rasuah kerana mereka mendapat banyak faedah jika Khairy dilantik sebagai Ahli
Lembaga Pengarah ECM Libra.

Banyak business deal dengan Kerajaan terutama sekali Khazanah Nasional Bhd
semuanya dibuat melalui ECM Libra. Urusan jual saham Agensi Kerajaan seperti
EPF juga banyak disalurkan menerusi ECM Libra yang menghasilkan berjuta ringgit
komisen bagi syarikat kepunyaan Kalimullah dan menantu Pak Lah itu.

Permohonan ECM Libra untuk bergabung dengan syarikat milik Kerajaan iaitu
 Avenue Capital diluluskan dengan begitu mudah oleh Menteri Kewangan 2 dan Pak Lah.

Apa yang berlaku ialah Pak Lak telah meluluskan permohonan kepada sebuah syarikat
 di mana menantunya menjadi pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

Untuk mengelirukan rakyat yang mempersoalkan isu gabungan ECM Libra dan Avenue Capital itu,
 Khairy telah membuat kenyataan bahawa gabungan itu telah dibuat mengikut peraturan.
Itu memang benar, sebabnya mana-mana permohonan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan
 terbukti telah mengikut peraturan. Tetapi yang berkuasa meluluskan permohonan itu ialah
Menteri Kewangan. Yang menjadi Lembaga Pengarah syarikat yang memohon itu pula ialah
menantu Menterinya sendiri.

Dalam wawancara dengan TV3 pada 7 Ogos 2006 jam 8.30 malam, Pak Lah berkata,
beliau tidak pernah beri sebarang kontrak kepada Khairy. Itu memanglah betul.
Beliau memang tidak pernah bagi kontrak tetapi beliau bagi lain dari kontrak dan
apa yang beliau bagi itu lebih besar dari kontrak. Kalau dapat kontrak sekejap sahaja,
kerjapun siap. Tetapi kelulusan bergabung dengan Avenue Capital yang  diberikan ini
boleh beroperasi sampai bila-bila.

28 Bila gabungan ECM Libra/Avenue Capital dipersoalkan oleh orang –
tiba-tiba Khairy umumkan beliau telah jual sahamnya dalam Avenue Capital hingga rugi RM 200 ribu.
Kalau semuanya dibuat mengikut peraturan, kenapa terpaksa jual saham dan terpaksa menanggung rugi?

 Sebenarnya, beliau perlu jelaskan, saham yang dijual itu saham miliknya sendiri atau
miliknya menerusi ECM Libra?

Khairy memegang saham ECM Libra, kemudian ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital
dan menguasai saham majoriti.

Kalau beliau jual saham kepunyaan peribadinya dalam Avenue Capital tetapi pegangan
sahamnya menerusi ECM Libra masih kekal, ini bermakna kepentingannya
dalam Avenue Capital melalui ECM Libra masih kekal.

Justeru itu, pengumuman kononnya penjualan sahamnya dalam Avenue Capital
hanyalah satu helah untuk mengelirukan orang.
Kepentingan beliau dalam Avenue Capital masih kekal.

Urusan negara jadi ‘family business’

29 Dalam wawancara TV3 itu juga Pak Lah kata Syarikat Scomi tidak pernah
dapat apa-apa kontrak dari Kerajaan. Jelas bahawa Perdana Menteri Malaysia sanggup
mengabui mata rakyat untuk menjaga kepentingan anak dan ahli keluarga sendiri.
Pengakuan Pak Lah ini terbukti palsu dengan begitu mudah sekali kerana terdapat
terlalu banyak fakta bahawa SCOMI dapat kontrak seperti berikut:

i. Bina 400 buah badan bas untuk Syarikat Prasarana Negara Bhd milik Kerajaan RM 120 juta.

ii. Kerja-kerja menyelenggara gerabak-gerabak keretapi milik KTMB selama 5 tahun RM 60 juta.

 iii. SCOMI beli 51% saham majoriti Syarikat MTRANS dari Kerajaan dengan harga murah RM 30 juta
saja. Pembelian ini menjadi persiapan awal untuk membolehkan SCOMI merebut kontrak
monorel RMK9 bernilai RM 9 bilion untuk membekalkan peralatan monorel di Kuala Lumpur,
 Pulau Pinang dan Johor Bharu.

Mana-mana syarikat yang mendapat konsesi Monorel itu sudah pasti akan terpaksa
membeli gerabak dan peralatan monorel dari SCOMI. Syarikat konsesi untung atau rugi tidak
menjadi masalah. SCOMI tetap untung besar sebagai pembekal gerabak monorel.

iv. SCOMI Marine Services telah dapat kontrak dari TNB untuk membawa 500,000 tan arang
batu dari ms 40 Australia, Indonesia dan Afrika Selatan mulai 1 Oktober 2006.

iv. SCOMI dapat kontrak dari Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd bernilai
 RM 57 juta setahun. Dalam perkembangan terkini Pak Lah tukar taktik sikit.
Beliau sedar kesilapannya menafikan anaknya mendapat kontrak kerajaan. No problem.

 Sekarang Pak Lah kata ‘tetapi anak orang lain pun dapat kontrak’.

Maksudnya “kalau anak orang lain boleh telan duit kerajaan, kenapa anak saya tak boleh?”

Eloklah tu Pak Lah. Esok kalau anak orang lain terjun ke dalam sungai apakah anak kita
pula kena terjun ke dalam laut?

Tetapi semua kontrak ini perlu kelulusan Kementerian Kewangan. Pak Lahlah Menteri Kewangan.
Macamana Menteri Kewangan boleh naïf dan kata ‘Saya tidak tahu’?

Kemudian untuk membuktikan lagi ‘ketelusan’ pentadbirannya, Pak Lah membuat kenyataan
yang beliau akan siasat mengenai perkara ini. Tetapi Pelik bin Ganjil - Pak Lah minta
laporan daripada SCOMI pula. Seperti yang boleh disangka SCOMI segera menyiapkan laporan
yang ‘membuktikan’ bahawa mereka dapat kontrak itu mengikut prosedur yang  betul.

Soalannya di manakah hikmahnya menerima sebagai sah laporan daripada si tertuduh
 SCOMI syarikat kepunyaan anak sendiri – untuk membuktikan ketidaksalahan sendiri?

 Kita perlukan penyiasatan dan laporan bebas dari pihak ketiga dengan cara telus dan terbuka.
Tetapi Pak Lah menjawab kemusykilan rakyat dengan kemukakan laporan dari syarikat anaknya sahaja.

Untuk tutup pekung SCOMI warga asing ditahan ISA 42Satu lagi isu panas yang membabitkan SCOMI:

Atas desakan FBI Amerika, 5 orang Jepun dari Syarikat Mitutoyo termasuk presidennya telah
ditangkap pada Jun 2006 kerana membekalkan mesin membuat komponen senjata nuklear kepada
SCOMI yang dieksport semula ke Libya. Perkara ini menjadi isu besar di Amerika.
Seorang rakyat Sri Lanka bernama BSA Tahir pernah bekerja dengan SCOMI dan banyak
tahu mengenai aktiviti syarikat ini.

Untuk mengelak daripada beliau memecahkan rahsia SCOMI, Hamba Allah ini dikenakan tahanan ISA
sekarang sudah masuk pusingan kedua (sudah melebihi dua tahun) atas alasan pelik beliau boleh
 mengancam keselamatan negara. Waran melanjutkan tahanan BSA Tahir selama dua tahun lagi
ditandatangani oleh ms 42 Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri.

 Apakah warga asing yang bernama BSA Tahir ini benar-benar mengancam keselamatan
 negara Malaysia atau beliau sebenarnya mengancam keselamatan SCOMI dan
 keselamatan keluarga Abdullah Badawi pula?

Sebagai warga asing beliau seharusnya dibuang negeri sahaja.
 Seorang warga asing tidak boleh mengancam ‘keselamatan dalam negeri’
kalau beliau tidak berada dalam negeri kita lagi.

Lagipun kilang SCOMI yang membuat komponen senjata nuklear itu sudah lama ditutup.
Semua mesin pembuat komponen nuklear telahpun dilelong. Dan semua komponen yang dieksport
ke Libya telahpun dirampas oleh FBI. Jadi di mana lagi ancaman BSA Tahir
terhadap “keselamatan dalam negeri” kita sehingga tahanan penjara beliau
perlu dilanjutkan lagi? Tetapi sebenarnya Tahir simpan terlalu banyak rahsia
mengenai penglibatan SCOMI, Syarikat Mitutoyo dan komponen nuklear yang dieksport ke Libya.
Maka beliau dikenakan tahanan ISA.

Tidakkah menganiaya Hamba Allah ini? Dan tidakkah beliau ini dizalimi oleh Kerajaan
Islam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi? Apakah semua ahli Umno sanggup menyokong perbuatan
 zalim dan berdosa ini? Tepuklah dada dan tanyalah iman. Jangan sampai BSA Tahir dijumpai
 mati dalam tahanan pula! Ikut kebiasaan sekarang, tahanan Polis kerap mati dalam lokap.

30 Pak Lah dan Skandal ‘Oil For Food’ - Minyak Iraq masih melekat Nama Pak Lah telah
terlibat dengan isu skandal OIL FOR FOOD Iraq sebanyak 50 juta tong minyak di mana beliau
 ada kepentingan dalam dua syarikat dari Malaysia, Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd.
milik iparnya Noor Asiah Mahmood. Maklumat terperinci mengenai skandal ini terdapat dalam
 laporan rasmi Kerajaan Amerika di bawah ini:

(1) CHARLES DUELFER:- Comprehensive Report of the Special Adviser to the Director of Cenral
 Intelligence on Iraq’s Weapons of Mass Destruction, dated 30 September 2004.

(2) Paul A. Volcker:- Independent Inquiry Committee into The United Nations Oil For Food
Programme (Manipulation of the Oil For Food Programme by the Iraq regime) dated 27 October 2005.

Oleh yang demikian di Washington D.C., Pak Lah berjumpa dengan Presiden Amerika George Bush juga
untuk mendapat ehsan Bush supaya menolak usaha beberapa Ahli Kongres Amerika yang
mahu memaklumkan kepada rakyat Amerika mengenai dua isu besar tersebut iaitu isu SCOMI
dengan komponen senjata nuklear dan isu Oil For Food yang boleh memberi kesan yang serius
kepada imej dan ketelusan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Memang isu ini sekarang telah menjadi senyap di kalangan ahli Kongres Amerika Syarikat.

Walaupun Amerika Syarikat sering mengkritik undang-undang ISA kita, mereka langsung tidak
bertanya sedikitpun mengenai BSA Tahir.

Apakah ‘habuan’ yang Pak Lah terpaksa bayar kepada Bush untuk membeli persetujuan Bush?

Lihatlah sendiri. Malaysia membenarkan kapal nuklear Amerika yang terlibat dalam pengeboman
 negara Islam di Timur Tengah berlabuh di Pelabuhan Malaysia. Untuk apa?
Apakah tujuannya? Ini perlu kita fikirkan sebab ia melibatkan maruah dan kedaulatan negara.
 Pak Lah juga sangat cenderung menandatangani Free Trade Agreement atau FTA dengan Amerika.
Rupanya Pak Lah sudi bersetuju dengan apa jua permintaan dari Bush nanti.

 Syok betul Mat Badui dapat jumpa Bush Pak Lah rasa seolah ianya satu
penghormatan paling istimewa bagi dirinya bila dapat berjumpa Bush.
Lebih-lebih lagi bila Bush puji beliau sebagai seorang pemimpin yang baik, mudah berunding,
mudah bertolak ansur dan mudah bersetuju dengan segala kehendaknya.

Pak Lah begitu seronok dan naik syok sendiri berjumpa dan dipuji oleh Bush,
sampai Pak Lah sendiri mengaku bahawa beliau terlupa bertanya Bush mengenai nasib
dua rakyat Malaysia yang ditahan secara haram oleh Bush di Penjara Teluk Guantanamo.

Kesian betul al kisah dua orang Mat Guantanamo itu. Perdana Menteri mereka terlupa
bertanyakan khabar mereka! Bush sebenarnya melihat Pak Lah sebagai pemimpin ‘clown’
atau badut yang kerdil.

Apakah buktinya? Pandangan rendah Bush terhadap Pak Lah jelas apabila Bush enggan
melawat Pak Lah selepas mesyuarat APEC yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam tidak lama lagi.

Bush telah bersetuju singgah di Singapura dan Indonesia selepas bermesyuarat di Hanoi itu.

Walaupun Pak Lah adalah Pengerusi OIC dan juga Pengerusi NAM (Non Aligned Movement) beliau
tidak dihiraukan sedikitpun oleh Bush. Singapura hanya pulau kecil. Indonesia pula masih
berada dalam keadaan huru-hara tetapi Bush lebih menghormati mereka daripada Pak Lah.

Rupanya pungguk terpaksa rindukan bulan lagi! Nasib malang negara kita Inilah kepimpinan Pak Lah.

Tanpa kualiti kepimpinan dan tahap pengetahuan dan wawasan yang amat terhad beliau jadi
pemimpin yang tidak cukup kebijaksanaan atau ‘not enough wisdom’ untuk memimpin negara
Malaysia yang bermasyarakat dinamik. Pak Lah sebenarnya sangat sedar akan kelemahannya.

Maka beliau terpaksa buat seperti ‘penjual ubat’ kaki lima untuk menutup kelemahan dan
menonjolkan diri.

Maka tercetuslah berbagai slogan ‘jual ubat’ seperti “Kerja dengan saya, bukan kerja untuk saya”,
“Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”, “Melayu Perkasa” atau “The Towering Malays”,
 “Islam Hadhari” dan lain-lain slogan yang tidak bermakna.

Kami sokong! Entah apa pun kami sokong juga!
Beliau juga berusaha giat mencari penyokong yang sanggup mematuhi dan taatinya.
Beliau terpaksa mengambil pendekatan ‘membeli ketaatan’  atau “To Buy The Loyalty.”

Beliau utamakan orang yang ‘bermasaalah’ untuk diberi kedudukan penting dalam Parti

dan juga Kerajaan. (Sila lihat ‘Rogues Gallery’ Bah. 4). Dengan cara ini, orang
yang dilantik itu amat patuh dan taat kepadanya. Contohnya adalah Nazri Aziz yang dilantik
menjadi Menteri Tutup Lampu dan Kipas di bangunan Parlimen –
satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Rafidah Aziz pula perlukan balutan plaster yang sangat besar untuk menutup pekung AP
yang sangat besar. Menteri lain pula seperti Norwawi Effendi perlukan wang sebanyak RM50
juta untuk membayar ‘alimony’ kepada bekas isteri. Jom kita tanam sawi pula!

Pada masa yang sama beliau memberi katadua kepada para Menteri dan para pemimpin
Umno supaya patuh kepada arahannya. Akibatnya tiada Menteri yang berani menegur atau
mengkritik sebarang dasarnya. Contohnya apabila Pak Lah utamakan
Pertanian dan Industri Asas Tani, semua pihak terima dasar itu bulat-bulat.

Suara yang sering kita dengar ialah “Kami sokong Pak Lah”,

“Kami berdiri teguh di belakang Pak Lah.”

Tidak ada siapapun Ahli Parlimen Umno yang berani berhujah, mengkritik dan memberi
pendapat akan cara yang terbaik untuk memajukan Pertanian negara ini.

Contohnya setakat ini langsung tidak ada peruntukan untuk membina Pusat Latihan Pertanian
 di bawah RMK9 untuk melatih para petani dalam bidang pertanian dan industri yang berkaitan.

Tiada usaha memperkasakan organisasi Pertubuhan Peladang. Tidak ada cadangan untuk
mengenalpasti jenis komodoti pilihan atau memajukan industri pertanian.
Pak Lah sendiri hilang arah dan tidak ada fokus untuk mencapai matlamat dasar pertanian beliau.

Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri tidak ada sebarang hasil daripada dasar Pertanian
Pak Lah. Akhirnya muka depan akhbar pengampu merakamkan gambar Pak Lah sedang memetik sayur
kangkung. Pak Lah sudah jadi Perdana Menteri Kangkung. Pi mai pi mai tang tu juga.

 Apakah gambar berikutnya akan menunjukkan Pak Lah menanam sawi?

Oleh kerana Pak Lah seronok menerima pujian dan ‘feel good’,
maka orang di sekeliling beliau jarang memberi ‘feedback’ yang berupa teguran
 atau kritikan terbuka. Tidak ada siapa yang berani menyampaikan perkara yang tidak enak
didengar beliau. Justeru itu beliau tidak mendapat gambaran sebenar mengenai situasi semasa.

Maka Pak Lah sentiasa berada dalam keadaan ‘slumber’ atau ‘complacent’.

Dr Mahathir bukan orang yang kalut. Singapura dapat lagi “Tanah Melayu” secara
precuma Sebenarnya usaha giat yang sedang dilakukan untuk memperkecil dan
mengenepikan segala pencapaian Tun Dr Mahathir selama 22 tahun memimpin negara bertujuan
sebagai satu helah atau mengalihkan perhatian umum.

DYMM Sultan Johor mengeluh bahawa selama lapan puluh tahun Tambak Johor merugikan Johor
dan menguntungkan Singapura. Sekarang orang Singapura boleh terus masuk ke
kawasan khas di negeri kepunyaan Sultan Johor – tanpa perlu sebarang sembah kepada Tuanku.

Siapakah pengasas idea yang sungguh banggang ini? Jawapannya ialah Khazanah Nasional Berhad
dan ‘penasihat tidak rasmi’ seperti patrick badawi,kalimullah yang berada di sekeliling Pak Lah.

Memang pun banyak peluang pekerjaan akan wujud di daerah jajahan Singapura yang
 bakal wujud di negeri Johor ini tetapi pekerjaan jenis apa?
Buruh Indon akan dikerah membina kondo, kedai dan pejabat.
Orang Bangla pula akan bekerja menjadi pembantu kedai dan pencuci tandas.
Orang Nepal pula akan menjadi pengawal keselamatan.

Anak Melayu mungkin dapat kerja di restoran McDonald dan KFC atau menjadi GRO
dan pelayan di kelab. Satu pembohongan bahawa kerajaan tiada duit
Apabila paling ramai kontraktor Bumiputera gulung tikar sebab kekeringan projek,
Pak Lah membuat alasan banyak wang telah dihabiskan oleh Tun Dr Mahathir kerana
membina banyak projek mega. Kemudian diikuti pula dengan kritikan Pak Lah bahawa
Tun Dr Mahathir membangunkan Putrajaya ‘just for popularity’ atau untuk mencari populariti.

Maksudnya projek besar hanyalah pembaziran wang. Tetapi tiba-tiba Dato Najib
mengumumkan bahawa tiga projek gergasi yang melibatkan RM40 bilion akan dilaksanakan
dalam negara kita.

Tetapi Pelik bin Ganjil siapapun tak tahu apakah projek berbilionbilion itu.

 Tanam kangkung ke, buat besi ke, buat lapangan terbang ke?
 Siapapun tidak tahu. Najib pun tidak tahu.
Kemudian Norwawi Effendi (Menteri Second Hand Tiara),
pula mengumumkan bahawa kerajaan akan belanjakan RM100 bilion untuk majukan lagi 20
projek gergasi!

Maksudnya setiap projek itu puratanya bernilai RM5 bilion!

Tetapi apakah 20 projek gergasi itu? Siapapun tidak tahu.

Dulu projek mega Lebuhraya Utara Selatan pun tak sampai RM5.0 bilion.
Apakah 20 projek Norwawi Effendy yang akan menelan duit rakyat RM100 bilion itu?

Kalaulah semua duit Kerajaan sudah habis, macam mana pula Kerajaan tiba-tiba
 boleh jumpa duit beratus bilion ini? Kemudian projek SJER atau South Johor Economic Region
pula memerlukan pelaburan RM50 bilion dalam tempoh lima tahun saja. Cuba bayangkan.

Peruntukan untuk RMK9 selama lima tahun hanya sebanyak RM220 bilion.
Tetapi antara empat projek gergasi Najib, 20 projek gergasi Norwawi dan satu projek gergasi
SJER sahaja sudah telan lebih RM190.0 bilion. Dulu kata tidak suka projek gergasi.
Sekarang Pak Lah pula buat projek gergasi misteri sampai beratus bilion Ringgit.

Siapapun tidak tahu apakah projek-projek gergasi yang akan menelan duit rakyat sebanyak
 RM20.0 bilion setiap satunya. “Masih kah kau ingat, suatu masa dulu....” Ingat lagi lagu
yang berbunyi “Masih kah kau ingat, suatu masa dulu..” ucapan Pak Lah di Dewan Rakyat
 pada September 2005 ketika beliau ms 61 membentang Bajet 2006, Pak Lah telah mengumumkan
penubuhan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dengan modal ‘duit kacang putih’
 sebanyak RM 2 bilion sahaja?

Memandangkan paling sedikit hartanah komersil yang dipunyai kaum bumiputera
di kawasan strategik Kuala Lumpur dan kawasan perbandaran lain maka Yayasan ini
dicadangkan untuk membeli dan memegang hartanah komersil yang boleh disewa ataupun
dijual kepada usahawan bumiputera. Pak Lah juga berkata ‘Maklumat terperinci mengenai
Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera ini akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam
tempoh terdekat’. I say man, tempoh terdekat sekarang sudah jadi dua tahun.

Sampai hari ini maklumat tidak terperinci pun tiada, tidak ada seorang pun Wakil Rakyat
Umno yang telah membawa usul untuk membincangkan perkara ini di Parlimen. Tetapi yang
selalu kita dengar ialah laungan YB bahawa ”Kami sokong Pak Lah, kami berdiri teguh di
 belakang Pak Lah” dan sebagainya. “Masihkah kau ingat, masihkah kau ingat ….”
Sebaliknya Pak Lah dan geng hendak padamkan daripada ingatan kita segala pencapaian
Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Pak Lah tidak mahu kita ingat
 apapun mengenai Dr Mahathir. Tidak ada siapa pun, kecuali orang yang terencat akal
seperti Mahdzir Khalid yang boleh sengaja lupakan pencapaian Tun Dr Mahathir.


KISAH PATRICK DISERBU LHDN TAHUN 2010


Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjejak pejabat Patrick Lim Soo Kit di
Serdang, Selangor,  untuk menyiasat dan mengambil beberapa dokumen dari bilik peribadinya,
menurut sumber yang enggan didedah namanya.

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, Patrick Lim bangkit semasa
zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, malah dikatakan mempunyai
hubungan rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri ini, kini berdepan
dengan siasatan LHDN yang boleh mencungkil pelbagai tafsiran dari segi politik.

Akhbar mingguan, The Edge sebelum ini melaporkan bahawa LHDN
sedang mengadakan siasatan mengejut terhadap beberapa orang usahawan yang
“untouchables” (tidak boleh disentuh) sebelum ini,
berikutan kelewatan dalam pembayaran cukai atau cukai terkurang lapor.

Sebagaimana yang diketahui, unit Intelligence and Investigation di bawah LHDN
kini melancarkan serbuan mengejut dengan waran menggeledah (Search Warrant)
ke atas usahawan-usahawan ini, setelah menguasai maklumat penyelewengan berdasarkan
desk audit yang dijalankan.

Tindakan serbuan ini dijalankan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967,
yang memperuntukkan kuasa kepada pegawai LHDN untuk memasuki bangunan dan
menggeledah dokumen.

Mengikut maklumat yang diperolehi, pejabat usahawan-usahawan yang terbabit ini
akan disiasat pejabatnya oleh satu pasukan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
 15 orang pegawai.  Dua pasukan yang lain akan bertanggungjawab untuk bertemu dengan
juruauditnya, dan menziarahi rumah sesetengah pengarah syarikat.

 Secara keseluruhannya, pasukan penyiasat ini terdiri daripada 30 orang.

Pada April 2010, satu media bahasa Inggeris melaporkan LHDN melancarkan
siasatan mengejut ke atas pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd.
Sebagaimana yang diketahui, siasatan LHDN bermula setelah mendapati maklumat
berhubung pencukaian antara Setia Haruman dengan pihak ketiga.

Tetapi, Setia Haruman menjelaskan kemudian bahawa mereka disiasat kerana
kelewatan dalam pembayaran cukai.

Tindakan LHDN untuk menyiasat mereka yang “tidak boleh disentuh” ini bertujuan untuk
menyampaikan satu mesej, iaitu LHDN akan mengambil tindakan dalam hal pencukaian negara,
 tidak kira sama ada pembayar cukai ini mempunyai lindungan politik atau tycoon.

Hubungan akrab dengan Abdullah-Khairy

Tiada maklumat untuk mengesahkan sama ada Patrick Lim Soo Kit terlibat dalam tax evasion,
 malah sejauh mana besar angkanya.  Namun, menurut sumber maklumat, tindakan ini mungkin
hasil daripada pergelutan kuasa politik, dengan motif untuk mencantas Ketua Pemuda UMNO
Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi.

Pejabat Patrick Lim dimiliki Taman Equine Sdn Bhd, iaitu anak syarikat yang dimiliki
sepenuhnya oleh Equine Capital Berhad.  Patrick Lim adalah pemegang saham Equine Capital,
pernah menjawat Pengerusi dan Pengarah Eksekutif syarikat tersebut.  Namun, beliau meletak
kesemua jawatannya pada Oktober 2008, dan kekal sebagai pemegang saham yang kini memiliki
hampir 14% sahamnya.

MerdekaReview gagal menghubungi jurucakap LHDN, malah staf Taman Equine Sdn Bhd enggan
 mengulas isu ini dengan alasan Patrick Lim bukan lagi pengarah syarikatnya.

Hubungan komersial antara Patrick Lim dengan Khairy adalah rapat.  Kedua-dua mereka
dituduh mengadakan Monsoon Cup Antarabangsa, yang menelan kira-kira RM200 juta semasa
zaman Abdullah menjawat PM.  Suara pertikaian tersebar luas kerana aktiviti ini
dikatakan melibatkan wang royalti minyak, sehingga Patrick Lim digelar sebagai
“Patrick Badawi” pada ketika itu.

Selain itu, Patrick Lim mendapat banyak projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor
Utara (NCER) menerusi Equine Capital, termasuk pembangunan tanah Crescentia Park
yang bernilai RM800 juta dan pembangunan semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang bernilai RM25 bilion. Antaranya, syarikat Abad Naluri Sdn Bhd di bawah Equine Capital telah memperolehi projek pembinaan semula padang lumba kuda.

Meskipun Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Perancangan Pembangunan
belum meluluskan projek membangunkan Penang Global City Centre (PGCC) di padang
lumba kuda, namun Patrick telah berjaya mengundang Abdullah Ahmad Badawi untuk
merasmikan projek PGCC di Bukit Gantong.

Akibat hakisan kuasa Abdullah

Patrick Lim menafikan dirinya memperolehi projek PGCC kerana hubungannya dengan
 kuasa politik ketika ditemuramah akhbar mingguan The Edge.  Namun, pertikaian
tidak reda lantaran penafian ini.

Pertikaian yang tercungkil termasuklah mengapa syarikat kecil seperti Equine Capital
mampu memperolehi projek hartanah yang bernilai RM25 bilion?  Malah, syarikatnya
membeli tanah keemasan ini dengan harga RM43/kaki persegi, padahal harga tanah ini
bersamaan dengan harga tanah di Mont Kiara yang lebih daripada RM250 / kaki persegi.


Bagaimanapun, PGCC diketepikan setelah kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh ke
tangan Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12.  Equine Capital telah menjual 25% saham
Abab Naluri Sdn Bhd (yang bertanggungjawab ke atas PGCC) kepada Kiara Ikhtisas Sdn Bhd
 dengan RM 2 juta pada 20 Oktober 2008.

Lebih-lebih lagi, kuasa Abdullah Ahmad Badawi semakin terhakis selepas “tsunami politik”.
  Patrick Lim meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat dan Pengarah Eksekutif
pada 10 Oktober 2008, malah mengurangkan pegangan sahamnya dari 28.89% pada
10 September 2008 kepada 13.93% pada 14 Oktober 2009.

Patrick Lim semakin low profile selepas itu, sehingga media tempatan melaporkan
bahawa beliau bersama rakannya membeli ProMatch Tour Ltd daripada F10 Holdings Ltd,
 menerusi syarikat mereka di HongKong, iaitu Regal Faith Ltd, barulah beliau menjadi
 tumpuan pasaran semula.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.
 Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel asal yang
 disiarkan pada 26 Mei 2010.

Bagaimana patrick lim melakukan rasuah dan menjahanamkan kerajaan 2008 ?


Rasuah jambatan ke 2 pulau pinang.

Saya tahu pembinan jambatan itu akan di sabkontrak kepada beberapa syarikat Cina di tanah besar .
Akan tetapi nilai sepenuhnya kontrak itu ialah US$650 juta bersamaan dengan RM2.32 bilion ringgit. Jadi kenapakah Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan projek itu bernilai RM3 bilion? Siapa yang akan dapat peruntukan yang bocor?Kontrak Jambatan Penang itu telah disabkontrak secara reka dan bina kepada China Road & Bridge Construction Group, yakni syarikat pembinaan jambatan yang ;paling besar dan dimilikki sepenuhnya oleh Negara China. Reka bentuk jambatan itu dibuat oleh China Railway Bridge Survey and Design Institute dengan sedikit penyertaan UEM (sebagai memenuhi syartat)

Harga yang ditawarkan oleh UEM. Kali terakhir saya mendengarnya  ialah kontrak
itu bernilai US$600 hingga 650 juta .

Koizumi telah menemui Abdullah dan meminta beliu memberi pertimbangan kalau boleh
menggunakan sabkontraktor Jepun. Abdullah Badawi telah memberi jawatan yang jelas kepada Koizumi
bahawa dia sudah buat keputusan menganugerahkan kontrak itu kepada China.

Equine Group telah diberikan satu kawasan tanah yang luas berdekatan Batu Kawan setahun sebelum
itu.


siapakah Equine ?

Equine adalah satu kumpulan syarikat milik seorang peniaga Cina Pulau Pinang yang dikenali
sebagai Patrick Lim. Tun Dr. Mahathir memanggil beliau dengan nama Patrick Badawi
kerana ada sebabnya. Patrick Lim a.k.a Patrick Badawi adalah insan yang mengendalikan
Terengganu Monson Cup yang menelan belanja RM300 juta ringgit setiap tahun.

Beliau juga merupakan ‘penasihat ekonomi;’ yang membuat keputusan
bagaimana RM1 bilion setiap tahun daripada Wang Royalti Minyak Terengganu ataupun Wang Ehsan
harus dibelanjakan.

Mengikut beberapa ‘orang dalam’ lain di Terengganu, Patrrick Lim menghadiri mesyuarat negeri
walupun beliau bukanlah seorang anggota Kerajaan Negeri Terengganu.

Mesyuarat negeri itu semuanya TIDAK dipengerusikan oleh Menteri Besar Terenggan, Idris Jusoh
seperti yang sepatutnya.

Sebaliknya mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang bertindak sebagai
‘de fakto’ Menteri Besar Terengganu.

Ini memudahkan Patrick Lim merancang bagaimana membelanjakan RM1 bilion setahun
dan kalau Idris Jusoh bertanya sesuatu ataupun cuba mendapatkan penjelasan,
Perdana Menteri potong cakap dia dan berkata bahawa Patrick Lim tahu apa yang perlu dibuat
 -- jadi eloklah serahkan segala butiran kepada beliau.

Apa yang Patrick Lim perlu buat ialah kemukakan bajet dan apa yang deperlukan oleh bajet itu.
Tidak ada lagi butiran lain yang diperlukan.

Ada satu peristiwa bilamana Patick Lim menyerahkan beberapa dokumen untuk ditandatangani
oleh Idris Jusoh, tetapi Idris enggan berbuat demikian kerana dia mahu tahu apakah projeknya.
Dalam masa satu jam Idris Jusoh menerima satu panggilan telefon daripada jabatan Perdana Menteri
memberi arahan agar dia menandatangni dokumen itu.Walau bagaimana pun gelagat Patrick Lim
di Terenganu dan kuasa besar yang dimilikkinya untuk mencengkam negeri itu
melalu pejabat Perdana Menteri, bukanlah merupakan satu berita baru dan ramai orang yang
mengetahuinya sampailah kaum nelayan di perkampungan nelayan di Terengganu.

Apa yang ramai orang tidak tahu ialah rakan niaga keluarga Abdullah Badawi ini
akan meraih durian runtuh daripada projek pembinaan jambatan Penang yang kononnya
bernilai RM3 bilion.

Faedah langsung projek ini sudah tentu pergi kepada UMNO,
pemilik syarikat yang telah diberikan konsessi untuk membina dan menguruskan jambatan.
Secara kilat UMNO akan meraih keuntungan sebanyak RM700 juta.
Ini merupakan perbezaan antara harga kontrak dan harga sabkontrak,
yang diberikan kepada syarikat China. Kemudian timbul satu kawasan tanah yang luas bersekitaran
kawasan jambatan yang mengikut penyampai rahsia telah diperolehi oleh Patrick Lim satu tahun
sebelum mereka mengumumkan projek jambatan itu.

Sesungguhnya ini adalah dianggap satu konsep ‘insider trading’ (niaga dalaman) yang sudah
pasti dianggap haram; dan kalau di sesetengah negara keseluruhan konspirator
boleh disumbat ke dalam penjara.

Akan tetapi di negara ini anda tidak perlu masuk penjara kerana membunuh.
Adalah tidak mengejutkan kalau perkara ini dianggap remeh dan tidak ada sesiapa yang akan terhukum.


Saya berani bertaruh ramai yang tidak pernah mendengar nama Equine sebelum ini,
walaupun nama Patrick Lim mungkin dapat diingati.

 Jika demikian teruskan membaca dan lengkapkan diri anda dengan lebih banyak maklumat
bagaimana Keluarga Pertama Negara merobek negara ini dan menyamun di siang hari .

Ya, Jambatan Kedua Penang itu bertujuan untuk melegakan aliran lalulintas dari
dan kepada Pulau Pinang ataupun apakah ia bertujuan untuk mengisi poket mereka yang berada
di serambi kuasa ? Anda adililah perkara ini laksana seorang hakim.

Equine Capital Berhad (http://www.equine.com.my/)
Equine Capital Berhad
No. 1, Jalan Putra Permai 1A
Taman Equine
Seri Kembangan 43300
Phone: (03) 8941 7878

Rumusan
Perniagaan Equine Capital Berhad sebuah syarikat pelaburan.
Syarikat ini beroperasi melalui tiga segmen:
pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan pelaburan induk.

Anak syarikat utama Equine termasuklah Taman Equine (M) Sdn Bhd,
Syarikat Tenaga Sahabat Sdn Bhd,
Kuala Lumpur Industries Berhad dan Kuala Lumpur Industries Holdings Berhad.

Sumber pendapatan syarikat ialah daripada pelaburan hartanah yang datang dari Wisma KLIH ,
satu bangunan pejabat 13 tingkat di Bukit Bintang.

Setakat 31 Mac, 2006, kadar pengguna bangunan ialah 38% daripada ruang yang boleh disewakan
seluas 5,129 meter padu. Semasa tahun fiskal berakhir 31 Mac 2006,
Syarikat telah melancarkan ‘The Sovereign ‘ di Permai Park mengandungi 102 unit
‘rumah teres semi-detached’.

Anak syarikat Tenaga Sahabat Sdn Bhd telah pun melancarkan satu lagi campuran rumah kediaman
dan tempat komersial di Taman Mestika dan Aman Megajaya di atas tanah seluas 23 ekar
terletak di Cheras.

Pengerusi Lembaga Pengarah ialah Soo Kit Lim (Patrick Lim)

Ketua Pegawi Ekskutif Yik Fai Fung.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...