ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 9 August 2015

JANGAN SAMAKAN PEMECATAN MUHYIDDIN DENGAN ANWAR



JANGAN SAMAKAN PEMECATAN MUHYIDDIN DENGAN ANWAR
Anwar dipecat dari kabinet dan UMNO kerana kes homoseknya. Dia cuba menggulingkan Mahathir dua kali. Pertama waktu Soros menyerang mata wang negara-negara Asia pada tahun 1997 bila dia bekerjasama dengan IMF untuk memburukkan lagi ekonomi negara dengan harapan rakyat akan menumbangkan Mahathir sebagai PM, digantikan dengan Anwar. Mahathir singkir Anwar dan memulihkan balik ekonomi negara dengan cepat dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain. 
Kali kedua Anwar menyuruh Zahid Hamidi, balacinya yang menjadi Ketua Pemuda, mengemukakan undi tidak percaya terhadap Mahathir dlm perhimpunan Agung UMNO. Ini juga gagal bila Mahathir mendedahkan secara terbuka senarai kroni-kroni Anwar, termasuk Zahid, yang mendapat berbagai projek kerajaan bbernilai beratus juta ringgit..

Muhyiddin dipecat hanya kerana meminta penjelasan dari Najib mengenai 1MDB. Dia juga menyoal Najib tentang duit RM2.6 bilion yang ada dalam akaun pribadi Najib di Ambank Private. Ini saja kesalahan Muhyiddin maka dia dipecat oleh pahlawan Bugis yang super korup itu. Muhyiddin tidak berkomplot hendak menjatuhkan Najib. 
Dia tidak menggunakan balacinya seperti Anwar memperalatkan Zahid yang jadi Ketua Pemuda untuk menumbangkan Najib. Dia mencari kebenaran, ingin memperkasakan UMNO bagi menghadapi PRU 14. Muhyiddin dan seluruh ahli UMNO sedar rakyat membenci Najib kerana skandal 1MDB yang tidak telus. Akibatnya UMNO dikecam hebat oleh rakyat, dan akan menjejaskan peluang UMNO menang pada PRU 14 akan datang kalau Najib masih berkuasa.

Dengan kata lain Muhyiddin menjadi mangsa kerakusan Najib yang cuba mempertahankan kuasanya dengan berbagai cara yang menimbulkan kemarahan rakyat. Najib dan bininya tidak menjadi aset kepada UMNO.Suami isteri ini menjadi laibiliti kepada BN untuk menang dalam PRU 14. Buat masa ini UMNO Johor berdiri di belakang Muhyiddin, dan besar kemungkinan UMNO di negeri-negeri lain akan turut serta menyokong mantan TPM yang lebih berhemah, berwibawa dan dihormati rakyat dibandingkan Najib. Kalau ahli-ahli UMNO masih berpegang pada tali Allah, berjuang untuk bangsa, ugama dan negara maka mereka mesti berani menyokong Muhyiddin dan menolak Najib dengan kabilah para kroninya segera.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...