ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 22 August 2015

AZMIN SEDIA DISIASAT. TERNYATA SEKALI NAJIB MEMANG BACUL DAN NAK SELINDUNGI SESUATU. DEIG sedia disiasat SPRM, PAC


BERANI BUAT BERANI TANGGUNG.
ADA TELOR, BARU BOLEH GENTEL.
AZMIN SEDIA DISIASAT.
TERNYATA SEKALI NAJIB MEMANG BACUL DAN NAK SELINDUNGI SESUATU.
DEIG sedia disiasat SPRM, PAC
[KEMASKINI] ISU Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) menjadi topik perbualan hangat minggu ini, dan hampir sepanas isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Isu DEIG mula dibangkitkan Adun Pelabuhan Klang, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun yang lalu apabila beliau mempertikai ketelusan DEIG yang kegiatannya didakwa disorok di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana takut diaudit.
Penubuhan itu turut dipertikai oleh pemimpin BN, khususnya di Selangor, yang bimbang dana milik kerajaan negeri disalah guna oleh DEIG. Menurut Menteri Besar Selangor, MOHAMED AZMIN ALI, semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masih belum ada sebarang transaksi dibuat dan DEIG masih sebuah syarikat bernilai RM2.
Ikuti temu bual eksklusif oleh wartawan Sinar Harian, ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD, HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN dan NIZAM ZAIN serta jurufoto, JAZALY AMRY JAAFAR bersama Mohamed Azmin di Kompleks Media Karangkraf, semalam.
Ramai yang mempersoalkan kewujudan DEIG, boleh YAB jelaskan tujuannya?
Prinsip utama ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan aset dalam MBI yang memiliki 12 anak syarikat bernilai RM6.3 bilion dalam bentuk tanah dan hartanah. Dulu kita ada State Secretary Incoprated (SSI) yang menguruskan aset kerajaan negeri.
Bagaimanapun, pada tahun 1994 kerajaan negeri tak berupaya, maka SSI dipindah kepada MBI dan matlamat masih sama. Sepanjang penubuhan MBI kesemua anak syarikat gagal beri pulangan dan bayar dividen pada kerajaan negeri.
Apakah ini perlu diteruskan dalam keadaan mereka punya aset besar tetapi tidak boleh bagi pulangan kepada kerajaan negeri, sedangkan pulangan itu penting untuk kita teruskan pembangunan negeri.
Oleh sebab kita lihat mereka gagal cipta nilai baru dan nilai tambah pada hartanah tersebut, ia kerugian besar pada negeri. Matlamat kita menubuhkan DEIG adalah untuk menguruskan pelaburan dari 12 anak syarikat itu secara profesional dengan tujuan mencipta nilai tambah pada aset sedia ada.
Daripada 12 anak syarikat di bawah MBI, tidak ada satu ke yang boleh dibangunkan kerajaan negeri sehingga terpaksa tubuhkan entiti baru?
Setakat ini, itulah keadaannya, kerana berlaku pertindihan dari segi fokus perniagaan mereka. Saya sudah jelaskan dalam Dewan Negeri, salah satu contoh Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang dimiliki oleh MBI di bawahnya ada Unisel yang perniagaan utamanya pendidikan.
Sepatutnya mereka melakukan sesuatu untuk menjana pendapat lebih tetapi itu tidak berlaku, akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung kos pembaikan di Unisel, tahun lepas sahaja sebanyak RM62 juta telah dibelanjakan.
Apa peranan anak syarikat? Patut mereka yang mencipta nilai dan beri pulangan. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan dalam kita ada aset yang besar tetapi tidak mampu beri pulangan.
Mungkin YAB boleh jelaskan lebih perinci peranan DEIG apabila berdepan dengan situasi itu?
DEIG entiti baru yang berperanan untuk terlibat dalam pelaburan aset kerajaan negeri. Sebagai contoh ada tiga anak syarikat di bawah MBI dalam bidang yang sama iaitu hartanah. Sudah tentu ada persaingan, maka kita gabungkan menjadi entiti di bawah DEIG dan dibentuk dalam beberapa kluster.
Salah satunya adalah hartanah , pendidikan, kesihatan dan unisel akan diletak bawah pendidikan, anak syarikat berkenaan akan terlibat untuk dapatkan hasil untuk biayai universiti. DEIG akan diuruskan secara profesional.
Adakah DEIG sudah beroperasi, dan komen YAB mengenai dakwaan dua pemegang saham dalam syarikat tersebut?
DEIG belum beroperasi hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016, DEIG tidak ada aset maka dakwaan DEIG syarikat RM2 uruskan aset RM6.3 bilion adalah satu pembohongan dan fakta yang salah.
DEIG ditubuhkan Mei 2015, pada peringkat awal memang ada dua pemegang saham iaitu CEO dan COO MBI kerana akhirnya DEIG akan dimiliki oleh MBI. Dalam mana pembentukan syarikat memang perlukan dua orang pemegang saham, untuk daftar nama syarikat.
Dua bulan kemudian, pada Julai 2015 DEIG telah menjadi milik penuh MBI. Fakta pertama saya nak tegaskan adalah tidak benar DEIG dimiliki oleh dua individu kerana saya telah serah sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS). Faktanya sekarang DEIG dimiliki penuh oleh MBI.
DEIG belum beroperasi, jadi apakah yang sedang dilakukan ketika ini?
Kita hanya akan beroperasi tahun depan, kerana matlamat kita dari tahun penubuhan hingga hujung tahun ini kita akan perkemaskan urus tadbir korporat kerana kita mahu DEIG ini diurus dengan prinsip ke bertanggungjawab, ketelusan dan mesti diikat dan dikawal dengan peruntukan undang-undang yang jelas.
Kita sedang berbincang dengan penasihat undang-undang segala aktiviti dan penyata kewangan DEIG boleh diteliti dan disemak oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC). Saya juga sudah umumkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Negeri boleh memanggil pada bila-bila masa panggil DEIG untuk beri keterangan.
DEIG dimiliki oleh MBI maka sebarang aktiviti dan pelaburan kemudian akan terkandung dalam akaun yang disatukan di bawah MBI dan di bentang pada sidang Dun. Itu antara contoh perbezaan kita dengan Khazanah milik kerajaan.
Di peringkat Persekutuan ada MOF Inc dan ada Khazanah, beza nya laporan Khazanah tidak dibentang di Parlimen tetapi beza dengan DEIG akaunnya akan di bentang di Sidang Dun.
Prinsip utama kerajaan tidak boleh terlibat dalam perniagaan, tetapi dalam bidang tertentu kerajaan mesti ambil peduli.
Contoh perumahan, kalau serah sepenuhnya pada swasta mereka hanya akan fikir keuntungan mereka tidak akan peduli rumah kos rendah, banyak tanah terbiar tidak dibuat kos rendah akhirnya tapak itu tidak dibangun, itu satu kegagalan aset kerajaan.
Jadi kerajaan perlu terlibat, bagaimana nak terlibat, maka disitulah fungsi kluster hartanah di bawah DEIG itu. Contoh Khazanah, Temasek yang dimiliki Singapura, antara syarikat milik kerajaan paling baik urus takbirnya, Khazanah miliki urusan baik dalam aset kerajaan kita perlu akui.
Maka kita perlu akuinya, MBI akan kekal entiti kerajaan dalam program sosial. Manakala DEIG akan bertindak memberi dividen kepada MBI untuk uruskan program sosial kepada rakyat negeri ini.
YAB melihat apakah yang menjadi kebimbangan ramai pada sidang Dun yang lalu mengenai pembentukan DEIG?
Tidak benar, pembentukan DEIG dihalang. Apa yang ditekan pembahas soal urus takbir DEIG mesti telus dan amanah sebab nak urus nilainya yang besar.
Saya tidak ada masalah, sebab itu saya beri jaminan DEIG tidak dimulakan sekarang dan perlukan enam bulan ini untuk perkukuhkan soal governans termasuk dari segi tata kelola yang baik. Fitnah dalam media sosial adalah tidak benar belaka kerana tidak ada aset dan tidak ada transaksi sekarang.

1 comment:

  1. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...