ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 11 August 2015

KITA HANYA MINTA NAJIB BERCUTI UNTUK MEMBOLEHKAN SIASATAN DIJALANKAN...INI JUGA DIKATAKAN NAK MENGGULINGKAN????


NAJIB MESTI BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI
Najib tun razak harus bercuti sehingga siasatan polis dan sprm selesai keatas dirinya!! Ini kaedah yang terbaik untuk pulihkan sedikit keyakinan rakyat kepada umno mahupun kerajaan.
Perdana Menteri tidak harus berdolak-dalik lagi agar segala bentuk siasatan terhadapnya dapat dijalankan secara bebas, telus serta komprehensif tanpa dibelenggui oleh pengaruhnya langsung!!
Imej perdana menteri amat teruk kini!! Kita sedang hadapi krisis keyakinan yang paling teruk dari kalangan rakyat terhadap kerajaan dan umno!! Najib tun razak jangan syok sendiri dengan mengatakan seramai 3 juta ahli-ahli umno menyokong beliau. Ini kenyataan yang tidak berasas sama sekali!!
Kemarahan dan kebencian rakyat terhadap najib tun razak sedang memuncak kini!! Kalau najib tun razak begitu yakin dengan sokongan padu 3 juta ahli-ahli umno maka saya ingin sarankan kepada presiden umno agar jangan tunda pemilihan parti. Teruskan saja pemilihan parti umno mengikut jadual dan sama-samalah kita lihat keputusannya nanti!!
Bukalah facebook perdana menteri dan lihatlah komen-komen rakyat terhadapnya; amat memalukan!! Takkan najib tak baca facebook beliau bagi mengukur hakikat popularitinya?!
Saya juga merasa lucu dengan kenyataan khairy jamaluddin yang menyatakan bahawa umno perlu berubah!! Apakah budak hingusan ini baru sedar bahawa umno perlu berubah?! Saya sudah sedar begitu lama bahawa umno kena berubah!! Sebab itulah saya bertindak nekad lawan kemungkaran seperti kes skandal 1mdb secara habis-habisan!! Atas dasar ini jugalah saya tentang kepimpinan mungkar najib tun razak!!
Sudah sampai masanya suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (sprm) diletakkan di bawah parlimen dan sprm juga mesti diberi kuasa untuk mendakwa setiap pesalah-pesalah tanpa memerlukan kelulusan dari peguam negara!! Sprm mesti diberikan hak otonomi untuk bertindak secara lebih berkesan!!
Penjawat awam mesti melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah!! Jangan tunduk kepada perdana menteri!! Apa saja bentuk kemungkaran mesti diambil tindakan mengikut asas undang-undang secara bebas demi untuk menyelamatkan masa depan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...