PERANAN UTAMA ARWAH JAMALUDIN JARJIS ANTARA AMERIKA DENGAN NAJIB.
ke Washington. Katanya dia mempunyai tanggungjawab penting diberi Najib untuk mempengaruhi Rumah Putih dan para senator dan wakil rakyat di Capitol Hill menerima Najib sebagai sahabat Amerika. Dengan kata lain JJ hendak melobi Presiden Obama dan mempengaruhi pelbi-pelobi Zionis di Capitol Hill dan Rumah Putih menerima Najib sebagai sahabat sang setia US serta menolak Anwar Ibrahim.
JJ sahabat karib Najib sejak Najib menjadi MB Pahang sedang bercinta dengan Rosmah Mansor yang waktu itu masih menjadi isteri orang lain. JJ dikatakan sebagai penasihat kanan Najib sehingga beliau mati dalam kecelakaan halikopter bersama dengan wanita cantik dari salah sebuah negara bekas Soviet. Depan saya JJ pernah bercakap dengan Najib melalui talifon memberitahu Najib tentang perjumpaannya dengan duta Amerika.. Memang JJ hebat.
Memang Najib berkiblat ke Washingon untuk menjadi "sahabat luarbiasa" Amerika.Sebagai anak didikan British sejak kecil lagi Najib merasakan nilai-nilai budaya Barat itu sesuai dengan jiwanya.JJ memang berjaya membawa Obama ke Malaysia dan beberapa orang ahli kabinet Obama juga.Sekarang timbul persoalan apakah ada kemungkinan Najib meminta suaka politik di US sekranya BN kalah dalam PRU 14? Besar kemungkinan Najib akan diheret ke mahkamah atas beberapa tuduhan jenayah dan rasuah kelak kalau BN hlang kuasa nanti.
Apakah JJ membuka jalan bagi Najib mempunyai hubungan akrab dengan para pemimpin US dari Demokrat dan Republikan untuk memberi suaka politik kepadanya? Ingat apa yang berlaku pada Marcos dan Imelda bila mereka diusir rakyat Filipina dalam demonstrasi yang menghancurkan kekuasaan diktator Marcos? Walaupun US tahu Marcos korup, zalim namun, sebagai sahabat US, dia dan keluarganya diberi peluang untuk hidup dalam buangan di Hawaii.
Bila diminta pendapat beberapa orang pemimpin politiki UMNO, termasuk bekas menteri, mereka berpendapat lebih baik Najib minta suaka politik di luar negara sekarang supaya UMNO boleh dipulihkan untuk mendapat sokongan rakyat kembali sebelum PRU 14. Banyak orang berpendapat TS Muhyiddin boleh memulihkan kembali semangat UMNO 1946 dan membuat perombakan besar-besaran dalam kepimpinan parti kelak. UMNO yang korup lemah dan dibenci rakyat mesti dioverhaul segera sekiranya UMNO mahu kembali mendapat sokongan rakyat kelak.
No comments:
Post a Comment