ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 3 August 2015

HALALKAN WANG SUMBANGAN BAKAL HALALKAN RASUAH


HALALKAN WANG SUMBANGAN BAKAL HALALKAN RASUAH
Apabila umno dan sprm halalkan wang sumbangan politik maka di masa akan datang sekiranya terdapat banyak wang dalam akaun seseorang pemimpin itu jawab sajalah 'wang sumbangan politik!!'
Senanglah nak amalkan rasuah di masa hadapan!! Mana boleh wang yang begitu banyak masuk akaun peribadi Perdana Menteri sprm boleh mengesahkan sebagai wang sumbangan politik!!
Sprm kena maklum pada rakyat secara terperinci dari sumber mana dan siapakah penderma wang sebanyak itu kepada najib tun razak? Siapakah identiti penderma tersebut?! Sprm dah siasat ker apa motif penderma tersebut yang menderma rm2.6 biliion?! Untuk apa sebenarnya kegunaan wang tersebut?!
Sumbangan rm2.6 billion kepada najib tun razak dari negara luar itu melalui bank negara ker?! Bank negara ada kah rekod kemasukan wang sumbangan tersebut?! Pihak bank negara telah meluluskan kemasukan wang tersebut sebagai sumbangan kepada Perdana Menteri atau parti umno?! Rakyat nak tahu apa yang dicatatkan di dalam rekod bank negara mengenai pengaliran masuk wang tersebut?!
Kalau itu wang sumbangan untuk umno bagi membiayai kos pilihanraya umum yang ke 13 lalu; kenapa tak masuk dalam akaun parti umno secara terus saja?! Kenapa mkt umno tidak melantik bendahari mkt saja sebagai pemegang amanah?! Apakah mkt umno dah buat resolusi untuk melantik presidennya sebagai pemegang amanah untuk simpan wang rm2.6 billion itu?! Adakah dicatitkan dalam minit mesyuarat bulanan mkt umno?!
Adakah suruhanjaya pilihanraya (spr) turut dimaklumkan oleh umno secara rasmi bahawa mereka akan guna wang tersebut untuk perbelanjaan kos pilihanraya umum ke 13 yang lalu?! Bolehkah kita memohon penjelasan sikit dari spr mengenai isu ini?!
Saya juga nak tanya suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (sprm) apa status siasatan terhadap kumpulan wang amanah pencen (kwap) bernilai rm4 billion?!
Di manakah perginya wang sejumlah rm4 billion dari tabung kwap itu berada pada masa kini?! Wang tersebut disimpan di mana serta dalam akaun syarikat mana?! Ataupun disimpan dalam akaun peribadi seseorang juga?! Sprm tolong bagi pencerahan!!
Hakikatnya, apa saja justifikasi dan alasan yang direka cerita disogokkan kepada rakyat yakinilah rakyat tidak bodoh macam segelintir pemimpin-pemimpin umno yang bangang itu!!
Sama-sama kita berdoa kehadrat Allah swt agar tunjukkan kebenaran secepat yang mungkin dan tumbangkanlah semua pemimpin-pemimpin mungkar dengan sebeberapa segera yang termampu bagi menyelamatkan negara malaysia dari terus menempa kehancuran!!
Pemimpin yang baik harus dipertahankan tetapi pemimpin mungkar wajib ditolak secara habis-habisan!!

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...