ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 7 July 2015

Memalukan negara – Dr Mahathir Mohamad



Memalukan negara – Dr Mahathir Mohamad
Published: 7 July 2015 3:00 PM

1. Saya dicela Anifah Aman, Menteri Luar kerana memalukan negara dengan ditemubual akhbar Amerika “The New York Times”.

2. Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Dato Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street”.

3. Sebuah kajian pakar Barat mendakwa, Malaysia adalah satu dari sepuluh buah negara yang mempunyai tahap rasuah yang tertinggi didunia.



4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakannya.
5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Dato Seri Najib.

6. Jika Anifah tahu malu, diwaktu akhbar-akhbar ini buat laporan dia sepatutnya sudah berasa malu. Dia sepatutnya menyoal Dato Seri Najib akan skandal berkenaan dan laporan akhbar asing. Dia sepatutnya menasihat Dato Seri Najib supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya dari berlagak sebagai hartawan kaya.

7. Di negara lain skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan.

8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Dato Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemoh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang. – chedet.cc, 7 Julai, 2015.

* Tun Dr Mahathir Mohamad ialah bekas perdana menteri Malaysia.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/memalukan-negara-dr-mahathir-mohamad#sthash.xH4w6SBj.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...