TUNGGU AUDIT! Sudah Jadi TUNGGU SIASATAN!
Monday, July 27, 20155comments
PM Pun Blur ! |
Seharian duk layan komen2 di media mengenai ucapan Muhyiddin ..... Paling menarik adalah komen2 dari pro Najib yang menghentam beliau ke tahap menuntut Muhyiddin meletak jawatan kerana dikatakan tidak menyokong Najib.
Hebat juga Muhyiddin ni ya. Sesekali dia buat ringan mulut, terbatuk2 pro Najib hehehe .... Bila difikir2kan segala kritikan terhadap Muhyiddin itu, saya rasa ucapan beliau terasa pedih kerana ia membongkar sikap hipokrit atau topeng yang selama ini dipakai oleh pro Najib.
Apa yang diucap oleh Muhyiddin merupakan satu pendedahan tentang apa yang SEMUA orang rasa/fikirkan dan ini termasuk pro Najib. Bila dah terdedah begitu, maka untuk menutup malu, Muhyiddin dijadikan sasaran kritikan ..... untuk cover malu sendiri !
Bila Muhyiddin buat pengakuan yang beliau ( mewakili kabinet dan kepimpinan Umno ) juga sebenarnya tidak faham tentang 1MDB dan terpaksa merujuk kepada maklumat yang didedahkan oleh The Edge, ia adalah satu hakikat yang BENAR.
Beritahu siapa lagi pemimpin yang faham dan mampu menjawap isu 1MDB, kalau ada ? MANA ADA !!
Dalam jawapan yang dikeluarkan oleh PMO ada disebut sekali lagi mengenai dokumen Fact Sheet 1MDB yang diedarkan kepada kabinet. Ya, ia diedarkan tapi sejauhmana Kebenaran yang didedahkan ? Hanya kerana ada satu fact Sheet, tidak semestinya ia telah menjawap segala persoalan.
Mengambilkira komen Muhyiddin semalam, besar kemungkinan Fact Sheet itu tidak lebih hanyalah maklumat2 yang semua orang boleh dapat melalui laman web 1MDB terutamanya artikel penjelasan oleh Pengerusi 1MDB bulan Disember lalu.
Persoalan2 yang kita kemukakan banyak yang merujuk kepada info laman 1MDB sendiri !
Disebabkan Fact Sheet itu bersifat Rahsia, maka kita tidak boleh sesenang itu mendakwa semuanya sudah dijawab dalam sheet itu. Mereka yang duk sebut2 Fact Sheet, bagaimana mereka tahu semuanya sudah dijawab ? Mereka dah baca sheet itu ?
Kenapa ramai ahli kabinet juga blur dan tidak dapat jawab isu 1MDB ?
Kemudian PMO juga minta "Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan..
Dulu minta TUNGGU AUDIT! ..... berbulan kita tunggu, bila siap interim report, tak mahu disiarkan ! Rahsia, kata kerajaan. Habis tu yang suruh TUNGGU AUDIT! tu apa kejadahnya ?
Final Report mungkin hujung tahun siap ..... nak suruh rakyat tunggu lagi sampai hujung tahun ? Apakah akan kekal rahsia juga atau kerajaan beri jaminan akan siarkan ? Rakyat sokong saranan supaya Interim Report itu dihebahkan kerana kita rasa di tipu ..... hari tu suruh tunggu audit, bila siap tak mahu tunjuk. Kan menipu namanya tu .......
Ni hasil siasatan Task Force yang menyiasat isu Najib billion2, apakah kerajaan boleh beri jaminan yang ia akan dihebahkan ? Atau bakal dirahsiakan juga ?
Minta rakyat tunggu hasil siasatan tapi kenapa ramai pemimpin2 kerajaan sendiri yang duk melalak kata 1MDB dan Najib bersih ? Kenapa mereka sendiri tidak mahu tunggu hasil siasatan ?
Setakat ini kita tidak tuduh apa2 lagi tapi lebih kepada BERTANYA. Pertanyaan pula lebih bersifat FAKTA yang tidak memerlukan hasil siasatan. Contoh, kita tanya/minta bukti Just Unit itu bernilai USD1.103 bil dan ia mudah cair, apakah itu perlu tunggu hasil siasatan ?
Kemudian kita tanya apakebendanya OPTION yang dimiliki oleh Aabar sehingga 1MDB terpaksa bayar berbillion untuk tebus hingga bergolok bergadai, itu juga tidak perlu tunggu siasatan.
Begitu juga bila kita tanya kenapa beli IPP dengan harga yang jauh terlalu tinggi berbanding harga pasaran, dijawabnya kerana memandangkan potensi masadepan IPP ..... itu bukan jawapan. Kalau beli ikut harga pasaran pun, potensinya tetap sama ! Potensi masa depan tidak bergantung pada harga belian.
Begitu juga kita minta Najib buat pengakuan ADA atau TIDAK ADA RM2.7 bil didepositkan ke dalam akaun peribadinya, pengakuan itu juga tidak perlukan siasatan.
Semua itu bersifat FAKTA yang tidak akan berubah sebelum ataupun selepas siasatan.
Oya, Fact Sheet itu diedarkan zaman Tunai atau zaman Just Unit ?
Akhir sekali PMO turut menyalahkan Tun Mahathir - "Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang terus membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas termasuk kehilangan RM42 billion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh Kerajaan turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap Kerajaan dan parti," - astroawani.
Adooooi ...... Tun terus bertanya kerana penjelasan itu tidak jelas !
Macam Fact Sheet juga, hanya kerana sudah ditulis Fact Sheet atau kerana kerajaan sudah beri penjelasan, tidak semestinya persoalan sudah dijawab. Kerajaan patut tanya lagi, apakah penjelasan itu sudah cukup atau masih tidak jelas.
Makanya kita berulangkali minta diadakan satu sessi pertemuan antara 1MDB/kerajaan dengan wakil2 media dan rakyat dan kita bebas bertanya mengenai 1MDB. Biar sessi berjalan secara dua hala.
Sehingga hari ini, ISU 1MDB BELUM DIJELASKAN SEPENUHNYA. ISU AKAUN NAJIB JUGA BELUM ADA PENGAKUAN.
*****************************
Dilaporkan MT Umno akan bincangkan isu 1MDB Jumaat ini. - Mkini. Wooit ? Bukankah dah beberapa kali dibincangkan dan dijelaskan ? Masih tak faham2 lagi ke ?
Ni satu lagi berita yang kontradik antara satu sama lain ...... ada antara MT yang menganggotai kabinet, dan kenyataan PMO sebut tentang Fact Sheet. Nah, ternyata Fact Sheet itu tidak lengkap !
Yang jadi ahli kabinet yang dah faham melalui info Fact Sheet itu, kenapa tidak tolong jelaskan kepada kawan2 dalam MT lain ? Kerana mereka juga sebenarnya tidak faham walaupun selepas baca Fact Sheet !!!
Jadi bukan Muhyiddin saja yang tidak faham ..... rasa2 Najib faham tak 1MDB ? Hahahaha ......
Oya, JANGAN LUPA! Bincangkan juga soal deposit RM2.7 billion dalam akaun peribadi Najib.
*****************************
Last sekali saya nak komen mengenai deposit RM2.7 billion akaun Najib. Nampak gayanya memang Pahlawan Bugis takut nak buat pengakuan.
KATAKANLAH memang wujud deposit seperti yang didakwa dan KATAKANLAH memang wang itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi tapi digunakan untuk parti ..... ini bermakna wujud pertukaran tangan wang itu dari akaun Najib kepada kepimpinan Umno, kan ?
12. There is no denial that money was deposited in the private account. The explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied. Don’t they know that Government money cannot be used to help a political party to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion Ringgit? No answer.
Itu dakwaan Tun Mahathir yang menariknya, TIDAK DINAFIKAN oleh sesiapa pun dari Umno !
Nah, kenapa kita tidak minta KETUA2 BAHAGIAN pula yang jawab, ada atau tidak mereka menerima wang dari akaun peribadi Najib ( mungkin dalam bentuk cek ) dalam jumlah yang besar sebelum PRU13 ?
Jika benar seperti yang didakwa Tun Mahathir, mereka yang tahu dan ada menerima wang itu, adalah menjadi tanggungjawab untuk buat pengakuan atau mereka juga boleh disabitkan sebagai bersubahat ! Seperti kata Tun Mahathir -
8. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang enggan mendedah maklumat. Bagaimana pula dengan orang-orang yang menyembunyikan salah laku yang mereka tahu. Bagaimana pula dengan mereka yang menyelindungi.
9. Undang-undang menyatakan mereka yang menyelindungi, menyembunyikan bukti jenayah akan dianggap sebagai aksesori untuk jenayah. Mereka akan dianggap membantu dan bersubahat dengan penjenayah. Mereka juga harus didakwa, dibicarakan dan dihukum.
Jawapan mudah juga ditagih dari mereka - ADA atau TIDAK ADA ?
Semuanya kerana kita punya pemimpin no 1 yang payah nak buat pengakuan ...... sampai rakyat pun jadi tension dibuatnya .....
No comments:
Post a Comment