SARAWAK REPORT DIBLOK
APAKAH SKANDAL 1MDB SUDAH SELESAI?
APAKAH SKANDAL 1MDB SUDAH SELESAI?
Tindakan SKMM memblok Sarawak Report tidak bijak.Dunia maklumat sekarang, dengan teknologi modern, menjadikan dunia sebuah perkampungan yang besar. Tidak ada sempadan bagi berita maya. Ada berbagai jalan hendak ke Mekah.
Begitu juga dalam penyebaran berita yang betul melalui alam maya. Manusia yang menghargai kebenaran dalam perjuangan akan tetap direstui Allah walau pun ada halangan di tengah jalan.
Dongeng yang dijaja oleh Najib dan para kabilah pecacainya yang bertaraf kaldai upahan dengan menteri yang uzur intelek, kitar semula, ialah Sarawak Report menyiarkan berita2 mengenai skandal 1MDB yang palsu.
Dongeng yang dijaja oleh Najib dan para kabilah pecacainya yang bertaraf kaldai upahan dengan menteri yang uzur intelek, kitar semula, ialah Sarawak Report menyiarkan berita2 mengenai skandal 1MDB yang palsu.
Akibatnya, menurut para pecacai, boleh menggugat keselamatan negara. Skandal 1MDB ini sudah didedahkan oleh Sarawak Report dan WSJ berbulan yang lalu. Rakyat terkejut dengan pendedahan bahawa 1MDB yang menjadi syarikat milik kementerian kewangan mengalami kerugian RM42 bilion dalam masa enam tahun ia lahir ke dunia! Tun M sendiri pernah menyoal Najib mengenai 1MDB ini.
Najib yang mengangkat dirinya sebagai pahlawan Bugis sesat, tidak berani bersemuka dengan Tun M, dan tidak menjawab segala pertanyaan dari mantan PM tersebut. Dalam forum "Nothing to hide" Najib sendiri kecut perut, tidak berani hadir bila tahu Tun M, juga seorang blogger, ada sama.
Sebagai PM yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB menurut fasal 117 M&A syarikat itu Najib sanggup berbohong di Parlimen mengenai simpanan 1MDB sebanyak USD1 bilion lebih di Singapura, walhal wang itu tidak ada!.
Sekarang dia melantik "Empat Abdul" pasukan petugas khas mengkaji skandal 1MDB. Juga mengarahkan Jabatan Audit Negara dan PAC menyiasat hal 1MDB. Laporan sementara (interim) dari Jabatan Audit Negara telah dikemukakan kepada PAC dan kementerian kewangan. Menteri kewangan kedua, kerana hendak menjadi hulubalang kitar semula, terus membuat kenyataan kononnya 1MDB tidak mempunyai apa-apa masalah menurut laporan Jabatan Audit Negara..
Apakah dia tidak faham itu laporan sementara, dan ia tidak boleh diumumkan dulu. Apa jenis menteri yang tidak faham erti "embargo" ini? Menurut PAC ia masih menunggu berbagai bahan bukti lagi dari 1MDB dan juga dari kementerian kewangan.
Sebenarnya Najib menjadi semakin tertekan lahir batin dengan berbagai pendedahan dari WSJ dan Sarawak Report. Sarawak Report juga mendedahkan Rosmah Mansor punya akaun di Affin Bank dengan kemasukan wang sebanyak RM2 juta dalam masa 2 1/2 bulan sahaja pada tahun ini. Dari mana dia memperolehi wang itu? Apa bisnes yang sangat menguntungkannya itu? Apakah duit itu pemberian syinta abadi dari suaminya yang takut bini? Atau dari sumber toyol atau rasuah? Rakyat hendak tahu.
Sampai hari ini Najib terus menafikan dia tidak terlibat dengan 1MDB. Dia tidak menafikan dua akaun pribadinya di Ambank yang punya duit USD700 juta (RM2.6 bilion) yang disimpan sebelum PRU 13 yang lalu. Dia cuma berkata dia tidak gunakan duit itu untuk dirinya! Dia sudah terperangkap dalam jerat bikinannya sendiri. Apakah duit RM2.6 bilion digunakan untuk PRU 13? Tak ada jawapan. Kalau dia tak guna duit itu untuk PRU 13, dan dia tak guna untuk dirinya, kemana gaibnya duit sebanyak itu? Najib tak berani menjawab. Apakah duit itu disembunyikan dalam gua di Pekan atau di Swiss bank? Membisu.
Walaupun SKMM memblok Sarawak Report tidak bermakna rakyat tidak boleh mendapat berbagai maklumat mengenai skandal 1MDB dan penglibatan Najib dari sumber2 lain. Persepsi rakyat terhadap Najib dan UMNO negatif sekarang. UMNO akan hancur hilang kuasa selepas PRU 14 kalau Najib terus memimpinnya. Media propaganda tidak bermaruah boleh mencanang rakyat sokong Najib. Orang tidak percaya. Orang hanya menunggu PRU 14 untuk menolak Najib dan BN. Hari i ni Malaysia semakin terkenal di dunia sebagai sebuah negara yang paling korup.
Allah telah memberi banyak petunjuk untuk menyedarkan para pemimpin dan pegawai2 tinggi yang korup agar insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Banjir besar, gempa di Gunung Kinabalu, kehilangan MH370 dan kemusnahan MH17 sepatutnya diinsafi sebagai bala dari Allah. Malangnya Najib dan kabilah kabinet kitar semula dan para pegawai tinggi tidak insaf. Jangan menipu rakyat kerana rakyat lebih bijak dari Najib dan para pecacainya. Kamu boleh blok Sarawak Report tapi kamu tidak dapat blok ombak penentangan rakyat terhadap Najib yang dianugerah bala oleh Allah Ta'ala.
No comments:
Post a Comment