ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 14 July 2015

Afidavit bersumpah aliran wang dari akaun AmBank Najib kepada BN akan didedah!!


Afidavit bersumpah aliran wang dari akaun AmBank Najib kepada BN akan didedah!!

SUARAKAMI 23:47 BLOGGER


Afidavit bersumpah akan didedahkan kepada umum minggu ini bagi menjelaskan bagaimana jutaan ringgit disalurkan kepada Barisan Nasional (BN) daripada akaun peribadi perdana menteri untuk digunakan semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), kata badan bukan kerajaan Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Penaung dan jurucakap kumpulan tersebut, peguam Md Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider, dokumen itu apabila didedahkan, akan menunjukkan kesalahan yang dilakukan pentadbiran kini.

"Apabila didedahkan, ia akan menunjukkan bagaimana wang tersebut masuk dan keluar dari akaun PM, dan bagaimana keseluruhan proses itu berjalan.

"Ia akan menyambung semua titik dan menyelesaikan teka-teki selama ini," katanya. CAGM mendakwa pada Ahad, jutaan ringgit dari akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur disalurkan kepada parti komponen BN menjelang PRU13 yang diadakan pada Mei, 2 tahun lalu.

Zainal memberitahu The Malaysian Insider semalam, afidavit bersumpah tersebut sebahagian daripada dokumen mahkamah yang difailkan seseorang daripada industri perbankan dalam saman terhadap perkara lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata sudah mendapatkan kebenaran plaintif untuk mendedahkan dokumen bersumpah tersebut.

"Kita mempunyai beberapa dokumen, termasuk afidavit bersumpah ini yang digunakan individu tersebut untuk mendapatkan bantuan undang-undang.

"Kini kita hanya perlu menyelesaikan beberapa isu, seperti kemungkinan didakwa menghina mahkamah, dan kita akan mendedahkannya kepada umum dalam masa beberapa hari," katanya.

Tujuan CAGM mendedahkan dokumen tersebut ialah bagi menimbulkan kesedaran awam mengenai wujudnya kaedah pembiayaan politik tersebut yang dijalankan selama ini.

Ketika mengumumkan mengenainya pada Ahad, CAGM menggelar kaedah pembiayaan politik itu sebagai satu 'sistem melancar' dibuat kerajaan memerintah dan jentera pilihan rayanya.

Ia juga berkata sistem ini diwujudkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia membantu memastikan BN kekal berkuasa.

"CAGM boleh mengesahkan yang berdasarkan dokumen yang ada pada kami, berjuta-juta daripada akaun AmBank Najib sebenarnya digunakan untuk 'menyokong' parti komponen BN menjelang PRU13," kata Zainal dalam kenyataannya pada Ahad.

Beliau mendakwa parti komponen BN diperuntukkan purata antara RM30 juta dan RM50 juta setiap satu. Dana juga disalurkan kepada lebih 12 parti pro-BN dan NGO, yang setiap satu menerima antara RM1 juta dan RM8 juta.

Akaun bank Najib di AmBank menjadi tumpuan selepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pada 2 Julai, sejumlah kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan kepadanya.

Bahagian yang terbesar daripadanya – AS$681 juta dipindahkan pada Mac 2013, sebelum pilihan raya pada Mei.

Akhbar perniagaan tersebut kemudiannya menerbitkan dokumen di Internet yang menunjukkan aliran wang masuk ke akaun Najib, bagi menyokong laporannya.

Najib menafikan mengambil dana bagi kegunaan peribadi tetapi tidak secara langsung menjelaskan mengenai penyaluran wang ke 2 akaunnya yang ditutup pada Ogos 2013 dan 9 Mac tahun ini.

Diminta mengulas kenyataan CAGM itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan tersebut sepatutnya membawa bukti mereka ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang kini sedang menyiasat dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya tidak pasti jika mereka ada bukti itu. Jika ada, saya cadangkan mereka kemukakannya kepada pasukan penyiasat PAC dan mendedahkan bukti mereka kepada umum.

"Sekiranya ia benar, ia akan menyebabkan pilihan raya itu tidak sah kerana dana awam digunakan untuk campur tangan dalam PRU13," katanya.

Maria berkata, sementara Malaysia tidak mempunyai undang-undang mengenai pembiayaan politik, calon pilihan raya harus mematuhi had perbelanjaan apabila berkempen semasa pilihan raya.

Bagaimanapun, tiada had yang dikenakan terhadap perbelanjaan parti politik.

"Terdapat kelemahan di sini yang perlu diteliti Suruhanjaya Pilihan Raya, kerana ia sebahagian daripada pembiayaan politik berlebihan oleh parti politik dan calon yang tidak dipantau," kata Maria.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...