ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 26 July 2015

1MDB - Muhyiddin Buat Comeback !! Gempak ....

1MDB - Muhyiddin Buat Comeback !! Gempak ....

Monday, July 27, 20150 comments


Wooooh, selepas gempak dengan aksi video di Janda Baik dua bulan lalu, tetiba Muhyiddin buat comeback !  Menarik beb ...... Boleh bikin team Najib tarik brek ni haha ....

Terbaru TMI ada laporan yang dipecahkan kepada beberapa artikel mengikut topik berlainan -



"Dalam suasana negara yang dihadapi kini saya rasa agak tergamam apa yang patut saya cakapkan, tapi saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam perhimpunan agung tahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu mereka menang undi popular.

 
"Dan walaupun kita menang namun pada waktu itu jika undi popular berterusan turun sebanyak 2 % maka ia akan menyaksikan BN kalah dalam PRU akan datang.

 
"Juga saya ada bertanyakan dalam pertemuan retreat dengan pimpinan Wanita Umno di Putrajaya. Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," katanya semasa ucapan penutup mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini. - TMI.


Dari segi asasnya, kenyataan di atas lebihkurang sama dengan artikel saya sebelum ini ( KLiK ), baca juga luahan para pengomen mengenai Najib, Umno dan PRU14. 

Pendek kata, baguslah kalau Muhyiddin sedar akan sentimen yang tidak memihak kepada Umno dikalangan rakyat ketika ini, Dan ianya berkait rapat dengan Najib Rosmah. 



"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea.

 
"Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan .

 
"Jadi berhentilah hentam Dr Mahathir, beliau adalah bekas perdana menteri, lagi anda hentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," - TMI.
.

Nasihat yang bernas buat Najib dan askar2nya ......  

Makin diungkit isu2 basi zaman Tun Mahathir jadi PM dulu, makin kuat orang buat perbandingan dengan Najib. Semakin jelas pandangan rakyat yang melihat sekeliling mereka ....... semuanya datang hasil zaman Tun Mahathir. 

Zaman Najib ? Gempak jer lebih, slogan tak putus2 ..... hasil yilek. 1MDB dengan RM42 billion adalah contoh terbaik. Apa hasilnya ? LELONG harta negara nak bayar hutang. Ambil hutang untuk beli aset yang kemudiannya dilelong untuk bayar hutang itu balik ...... HEBAT !



"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge

 
"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul," TMI.

.
Yang ini paling menarik ! Termasuk yang di bawah ini juga. Amat sesuai untuk kita buat sedikit analisa. Sila baca dua tiga kali untuk selami apa yang boleh kita terjemahkan disebalik kenyataan ini.


"Saya beritahu beliau untuk lepaskan jawatanya dalam 1MDB tapi beliau tidak mahu dengar.

"Saya tidak punyai niat jahat, niat saya baik untuk tolong beliau," TMI.



 
OK, Kenapa Muhyiddin minta Najib lepaskan jawatan dalam 1MDB kalau 1MDB tidak ada masalah ? Kenapa minta Najib cuci tangan ?


Kenapa Muhyiddin baca The Edge semata2 untuk mendapatkan maklumat tentang 1MDB ?Apakah Muhyiddin juga tidak baca dan tidak faham buku penerangan mengenai 1MDB yang diedarkan kepada kabinet ?

Apakah orang nombor 2 dalam kerajaan juga tidak ada akses kepada 1MDB ? Apakah yang Muhyiddin tahu mengenai 1MDB SEBELUM isunya menjadi panas ?

Jadi benarlah 1MDB ini bergerak secara senyap2 tanpa pengetahuan kabinet ! Kenapa ?  Nak sorok apa ?

RM42 billion duit rakyat diperjudikan tanpa pengetahuan kabinet ???  


Ketika ini ramai yang duk bising dengan isu ubahsuai maklumat siap ngan pak Menteri juga sebut tentang tindakan2 tegas terhadap mereka yang disyaki terbabit. Gantung permit dan sekat portal kerana di SYAKI ubahsuai maklumat.

Nah sekarang Muhyiddin juga bertanya  - Orang cakap laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul !


Lawak lah tengok wakil2 kerajaan kita tiap2 hari duk melalak pasal isu ubahsuai maklumat. Tunjukkanlah mana satu maklumat yang sudah diubahsuai itu dan tunjukkan yang betulnya macamana !

Takkan itu pun nak tubuh jawatankuasa untuk siasat ? ?

Serius beb ..... The Edge dah lapor mengenai isu 1MDB ini hampir 2 tahun, dan selama ini kita duk pung pang pung pang berbalas hujah dengan 1MDB dan wakil kerajaan termasuk Najib, TIDAK SEKALI PUN mereka sebut tentang salah maklumat. 

Alih2 si Justo sebut tentang KEMUNGKINAN maklumat yang dijualnya diubahsuai, baru pro Najib pun ikut sama melalak isu ubahsuai maklumat !! Pelik ......

Selama ini 1MDB dan kerajaan TAK TAHU ke apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR itu salah ? 

Ni apa punya syarikat billion2 ni ?

Sekarang bukan saja 1MDB dan Najib yang kena perjelaskan persoalan2 mengenai urusniaga 1MDB, tapi kerajaan juga telah diheret sama dalam isu kredibiliti !


Bagi ramai rakyat yang mengikuti isu ini, kita tak kisah kalau The Edge dan SR didapati bersalah, maka hukumlah mereka. No hal. Tapi kita nak tahu mengenai 1MDB dan akaun Najib.


Oya, selepas beberapa minggu berlalu sejak pendedahan WSJ mengenai deposit RM2.7 billion ke dalam akaun peribadi Najib, saya rasa pihak Task Force kena jawab apakah benar dakwaan itu.

Task Force ni sebenarnya SIASAT APA ? kalau tidak ada kes, kenapa berminggu2 duk siasat, duk tahan suspek bagai ...... apa kes ? 

                                                ********************************

Saya cek maksud MONEY LAUNDERING, iaitu salah satu tuduhan yangdi mainkan oleh beberapa pihak sejak akhir2 ini -  

Money laundering is the process of making illegally-gained proceeds (i.e. "dirty money") appear legal (i.e. "clean"). Typically, it involves three steps: placement, layering and integration. First, the illegitimate funds are furtively introduced into the legitimate financial system. Then, the money is moved around to create confusion, sometimes by wiring or transferring through numerous accounts. Finally, it is integrated into the financial system through additional transactions until the "dirty money" appears "clean."[3]

hmmmm ..... yang lebih sesuai dengan maksud Money Laundering adalah dakwaan terhadap 1MDB dimana wang dipindah2kan ke beberapa akaun, ditukar2 bentuk bagi tujuan mengelirukan. Begitu juga dengan dakwaan billion2 deposit ke dalam akaun peribadi Najib.

Setakat jual beli info ...... errr.... itu cuma satu urusniaga direct.  Info curi itu kesalahan lain, bukannya money laundering.

Jadi terimakasih kepada mereka yang memperkenalkan terma Money Laundering itu ! 

PS - Kalau kita mengambilkira lawak Tunai-Aset-Just Unit, mungkin boleh diterima jugalah kalau 1MDB dan kerajaan terpaksa menunggu dakwaan Justo mengenai isu ubahsuai maklumat terlebih dahulu sebelum melalak sama ...... agaknya sebelum Justo bersuara, mereka pun tak terfikir kemungkinan maklumat yang disiarkan TheEdge dan SR telah diubahsuai..... cuba klik balik artikel2 lama mengenai isu 1MDB, ada sesiapa pernah sebut tentang ubahsuai tak sebelum ini ?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...