KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PERSEPSI ORANG BODOH
Untuk menyatakan konspirasi sedang wujud untuk jatuhkan kerajaan serta Perdana Menteri adalah pemikiran puak bangang kaki bodek minda lemah berotak udang!!
Segelintir dari kalangan kaki bodek minda lemah dah buntu serta tidak tahu lagi bagaimana nak pertahankan kepimpinan yang terpalit dengan berbagai skandal serta telah mengkhianati aspirasi rakyat jelata yang telah memberi mandat untuk mereka mentadbir negara ini secara teramanah yang mungkin!! Malangnya, kepimpinan masakini yang diterajui oleh dato sri najib telah gagal untuk pikul amanah di antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia!!
Konspirasi tahi minyak apa?! Hampir majoriti daripada rakyat jelata secara terbuka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan masakini!! Rakyat marhein seperti saya lawan kemungkaran kepimpinan dato sri najib secara terbuka!! Jadi teori konspirasi ini ujud dan datangnya dari mana?!
Saya hanya lawan kemungkaran serta penyelewangan kewangan yang ujud di tanahair kita demi kepentingan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini.
Saya buat beberapa laporan polis mengenai skandal 1mdb dan terhadap Perdana Menteri mahupun keluarganya!! Bila saya lapor pada pihak polis bererti saya ikut lunas undang-undang negara. Saya serahkan kepada proses undang-undang untuk menyiasat skandal 1mdb, Perdana Menteri, datin sri rosmah mansor, riza aziz, gabenor bank negara serta semua ahli lembaga pengarah 1mdb termasuk arul kanda kandasamy!!
Konspirasi kepala otak apa bila saya ikut perlembagaan dan keluhuran undang-undang negara?!
Saya juga telah sarankan kepada keseluruhan ahli-ahli parlimen untuk membawa usul undi tidak percaya pada dato sri najib bila beliau tipu parlimen pada bulan mac 2015!!
Sekali lagi saya ikut saluran perlembagaan negara!! Konspirasi kepala otak apa konon adanya gerakan untuk nak jatuhkan kerajaan!!
Andaikata saya berkempen ke seluruh negara untuk memohon rakyat anjur tunjuk perasaan untuk rampas kuasa tanpa ikut proses undang-undang; barulah teori konspirasi itu ada asasnya!!
Kini, saya sedang lawan kemungkaran kepimpinan dato sri najib secara terbuka. Saya patuhi dan hormati 'rule of laws' jadi saya cukup tak faham dengan tohmahan puak kaki bodek minda lemah ini!!
Menteri-menteri yang berotak udang tolong jangan pamerkan sifat dungu mereka kepada rakyat secara keterlaluan!!
Dalam isu 1mdb mereka boleh guna pelbagai reka cerita untuk alih pandangan tetapi akhirnya kalangan ini akan gagal untuk menegakkkan benang yang basah!!
Isu 1mdb adalah adalah satu skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah di negara kita!! Sesiapa saja akan gagal untuk alih pandangan rakyat dari kesahihan skandal 1mdb kerana saya perjuangkan kes ini demi untuk menyelamatkan negara kita daripada menghadapi keruntuhan ekonomi yang akhirnya akan membebankan keseluruhan warganegara malaysia!!
Tun dr mahathir adalah tokoh negarawan yang hanya meletakkan kepentingan bangsa serta negara di atas segala-galanya. Tun dr mahathir tidak pernah menipu rakyat. Tun dr mahathir tiada agenda kepentingan peribadi. Tun dr mahathir hanya mahu lihat negara kita maju dan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera. Sifat patriotisma tun dr mahathir telalu tebal. Tun dr mahathir berpegang secara utuh pada hukum Allah swt berteraskan al-quran serta as-sunnah. Tun dr mahathir tidak akan kompromi dengan kemungkaran yang mengkhianati rakyat ataupun negara!!
Tun dr mahathir adalah tokoh negarawan yang boleh berdiri sendiri untuk berjuang. Pengaruh tun dr mahathir terlalu kuat di peringkat akar umbi.
Politikus kerdil macam saya hanyalah haprak bagi tun dr mahathir. Tun dr mahathir tidak perlu orang macam saya untuk berkonspirasi. Tun dr mahathir tak perlu melayan seorang ahli politik yang terlalu kerdil macam saya kerana saya bukan taraf beliau. Ilmu politik saya bagaikan langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan ilmu politik tun dr mahathir yang bertaraf dunia!!
Malahan ilmu politik dato sri najib pun sebesar zarah saja jika nak dibandingkan dengan tun dr mahathir!! Ilmu politik kita tidak setaraf sama sekali dengan tun dr mahathir mohamad!!
Saya nak sarankan kepada dato sri najib dengan budak-budak beliau yang bangang agar jangan kurang ajar!! Dato sri najib mungkin mampu menipu jutaan rakyat buat sementara saja tetapi Perdana Menteri akan gagal menipu Allah swt!!
Kalau sifat amanah dah tak ujud lagi di dalam jatidiri serta jasad dato sri najib; secara jujur serta ikhlas saya ingin cadangkan agar Perdana Menteri berundur lah secara terhormat!!
Teori konspirasi tidak pernah ujud!! Perjuangan untuk menegakkan kebenaran secara terbuka bukan satu konspirasi!! Perjuangan untuk tegakkan kebenaran secara terbuka hanyalah semata-mata wadah perjuangan untuk melawan kemungkaran tokoh pemimpin yang korup!! Ianya bukanlah wadah perjuangan untuk tumbangkan kerajaan!!
Takutlah pada Allah swt dan jangan sama sekali takut pada sesama manusia termasuk Perdana Menteri yang tidak amanah!!
No comments:
Post a Comment