ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday 23 July 2015

Pro Najib Melompat Bila Justo Kena Kencing USD2 Juta Jual Maklumat Kepada Clare ! ?

Pro Najib Melompat Bila Justo Kena Kencing USD2 Juta Jual Maklumat Kepada Clare ! ?

Friday, July 24, 20151comments


Tetiba je bloglist saya menunjukkan beberapa blog pro Najib ada berita gempar! mengenai Justo. Mesti hangat ni, semalam baru Ketua Polis Negara pi jumpa Polis Thailand, hari ni dah keluar berita gempar.

Rupanya mereka semua merujuk kepada interview Strait Times Singapura dengan Justo di mana Justo dikatakan menjual maklumat Petrosaudi kepada Clare Brown dengan harga USD2juta tapi kena kencing dengan editor Sarawak Report itu.

"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya. 

Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.  

Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".Agendadailydan NST.


Saya tak pasti mana satu yang buat mereka melompat2 .... adakah kerana Justo jual maklumat atau bab cubaan jatuhkan kerajaan atau bab rancangan ubahsuai dokumen ...


Sepantas kilat juga Tong Kooi Ong dari TheEdge balas di TMI.

- ahTong mengaku kencing Justo !  
- ahTong tak mengaku bab nak jatuhkan kerajaan
- ahTong tidak mengaku ubahsuai maklumat yang diberi oleh Justo. Semuanya sudah diserahkan kepada Task Force baru ni.

So.... nak komen apa ya ? 

Tak nampak pula tang mana yang gempaknya ? Samada betul atau tidak ada ubahsuai maklumat, itu kena dibuktikanlah. Kenalah tunjuk maklumat mana yang telah diubahsuai.

Tang nak jatuhkan kerajaan..... itu dakwaan Justo.  Kenalah dibuktikan dulu.  Apakah pendedahan mengenai 1MDB itu boleh disamakan dengan usaha menjatuhkan kerajaan ?

Tang Justo kena kencing tu, biarlah Justo yang saman pengencing. 

Saya masih tercari2 point kenapa pro Najib teruja sangat dengan pengakuan Justo. 

Adakah dari pengakuan itu membuktikan bahawa dakwaan WSJ tentang billion2 yang masuk akaun peribadi Najib itu palsu ? Kalau palsu, kenapa dah lebih dua minggu Task Force duk menyiasat dan MAS Singapura siap bekukan 2 akaun yang disabitkan dalam transaksi itu ? Dan kenapa sampai sekarang Najib masih tak berani tampil menafikan transaksi itu ?

Semalam MCMC sendiri mengaku masih belum jumpa bukti yang menunjukkan Sarawak Report ada memalsukan maklumat Petrosaudi/1MDB walaupun akses kepada portal itu sudah disekat.

Serius ni, kita nak tahu sesangat ni maklumat mana yang telah SR dan TheEdge palsukan !  

Kenapa pro Najib melompat, ek ?

PS - Kita bukan nak pertahankan sesiapa baik Justo atau SR atau Theedge dalam isu ini tapi kita nak tahu Kebenaran je. Point utama adalah ubahsuai maklumat. Setakat yang heboh cuma dakwaan ubahsuai tapi sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang tunjukkan maklumat yang telah diubahsuai itu. 


Dari TMI -


 
Yes, we misled him. But that was the only way to get hold of the evidence to expose how a small group of Malaysians and foreigners cheated the people of Malaysia of US$1.83 billion (RM6.97 billion).

 
His statement confirmed what we have said earlier i.e. we never paid anyone.

 
As for Justo's allegations that we told him we intended to tamper with the documents and that our objective was to bring down the government, surely if we had such intentions we would not tell it to someone we were meeting for the first time. All the more so when we know he will be upset with us because we will eventually not pay him what he wants.

 
There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disc that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not tamper with it.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...