ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 24 July 2015

KENAPA PASPORT JHO LOW TAK DITAHAN???


KENAPA PASPORT JHO LOW TAK DITAHAN
Saya dari mula telah membuat laporan polis terhadap syarikat 1mdb serta jho low. Tetapi apa yang menghairankan saya ialah kenapa jho low tidak pernah dipanggil oleh pihak polis di raja malaysia untuk proses siasatan?!
Sehingga kini kenapa pdrm dan pihak 'task force' tidak pernah menahan passport serta melarang pergerakan jho low?! Cukup menghairankan kerana saya telahpun membuat berbagai laporan polis terhadap beliau!!
Namun apa yang menghairankan lagi pihak polis di raja malaysia begitu pro aktif dan beria-ia benar untuk menyiasat justo. Malahan ketua polis negara sendiri telah mengambil inisiatif secara peribadi untuk pergi ke bangkok bagi menemui justo.
Jho low banyak dikaitkan dengan penyelewengan urus niaga 1mdb tetapi pihak polis di raja malaysia, sprm, bank negara ataupun 'task force' belum nampak melipat-gandakan usaha untuk menyiasat serta menahan jho low!! Mengapa agaknya?!
Dalam isu justo pihak ketua polis negara begitu serius untuk menanganinya. Saya rasa ketua polis negara mesti turut meletakkan keutamaan yang sama untuk menyiasat mahupun menahan jho low.
Sikap berat sebelah pihak polis di raja malaysia amat dipertikaikan oleh rakyat jelata. Kini, isu pokoknya ialah pihak berkuasa yang diterajui oleh 'task force' mesti menyiasat kes penyelewengan dan skandal 1mdb.
Sepatutnya, semua pihak yang telahpun saya buat laporan polis harus disiasat secara komprehensif dan pasport mereka sepatutnya ditahan. Keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb pun sepatutnya digantung tugas tetapi malangnya mereka masih bebas berada di pejabat syarikat tersebut.
Dalam ertikata yang lain, mereka berkemungkinan boleh melakukan berbagai manipulasi terhadap bebagai dokumen-dokumen syarikat 1mdb ketika proses siasatan berjalan. Ini risikonya sekiranya semua yang dilaporkan terlibat dengan kes skandal 1mdb masih dibiarkan bebas berada di pejabat 1mdb.
Saya juga ingin mendapatkan sedikit pencerahan dari ketua polis negara samada dato sri najib tun razak, datin sri rosmah mansor serta riza aziz telah dipanggil untuk hadapi proses siasatan?!
Apa statusnya dengan wang sejumlah rm2.5 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi dato sri najib serta rm2 juta yang dimasukkan dalam akaun peribadi datin sri rosmah mansor?! Apakah matlumat-matlumat ini juga ada kaitan dengan matlumat yang diberikan oleh justo?! Pada hemat peribadi saya rasa ianya tiada kaitan langsung dengan matlumat palsu yang kononnya diberikan oleh justo!!
Pihak berkuasa khususnya pdrm dan sprm mesti bertindak secara bebas, adil, telus, saksama tanpa memilih bulu sebagai mendokongi pelaksanaan keluhuran undang-undang yang berteraskan kepada perlembagaan negara.
Undang-undang negara mestilah dilaksanakan secara adil dan hukum-hakam Allah swt juga mesti ditaati oleh semua pihak serta dilaksanakan secara teramanah yang mungkin berteraskan al-quran serta as-sunnah.
Kita tidak harus takut sesama manusia tetapi mestilah takut dengan perintah Allah swt!!

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...