SKANDAL NAJIB, MUHYIDDIN BOLEH JADI SAKSI
Najib, super rakus, super korup, seperti harimau tua pencen luka terperangkap.Dia pecat TS Muhyiddin dari kabinet tanpa memikirkan risikonya terhadap parti, kerajaan dan dirinya sendiri. Dalam pertemuan Muhyiddin dengan sahabat handai yang simpati terhadapnya di kediamannya, selepas dipecat dari kabinet, Muhyiddin mendedahkan bahawa Najib sendiri mengaku memiliki RM2.6 bilion dalam akaunnya di Ambank Private. Kenyataan Muhyiddin tersebar dalam video yang tersebar luas dalam facebook.
Nah, apa yang didedahkan WSJ bahawa Najib mempunyai dua akaun pribadi di Ambank Private dengan wang sebanyak USD700 juta (RM2.6 bilion) itu adalah benar. Bukan saja Najib menceritakan perkara ini kepada Muhyiddin sewaktu Muhyiddin masih TPM tetapi PM yang tidak bijak ini juga pernah membuat kenyataan akhbar tidak menafikan punya dua akaun pribadi tersebut dengan wang sebanyak itu. Dia cuma menafikan tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan dirinya saja! Inilah kebijaksanaan yang tidak bijak anak Tun Razak yang menjadi PM keenam yang banyak membawa bala kepada dirinya, rakyat, UMNO dan negara.
Kononnya Najib hendak menyaman WSJ yang "memfitnah" malu terhadapnya dianggap kentut di angin lalu. Dia gempaq kosong untuk menipu rakhyat kononnya dia menjadi "mangsa" WSJ. Sekarang Muhyiddin boleh menjadi saksi sekiranya kes korupsi Najib diheret ke mahkamah.
Menurut sumber tertentu Peguam Negara Gani Patail sudah mempunyai bukti yang cukup untuk menangkap Najib dalam skandal 1MDB ini. Kononnya ada "hantu" dalam pasukan "Empat Abdul" yang memberitahu Najib. Sebelum sempat Peguam Negara bertindak Najib terlebih dulu memecatnya. Bla Gani ditanya wartawan apakah benar dia dipecat kerana "sakit" dia sendiri tidak tahu mengapakah dia dipecat dengan tiba-tiba dengan alasan dia sakit! Yang "sakit" sekarang ialah Najib bukan Gani Patail, kata beberapa orang pemimpin UMNO.
Najib terpaksa memecat Muhyiddin dan Gani Patail serta merta kerana dia tahu skandalnya dalam 1MDB itu tidak boleh disembunyikan lagi. Bangkai gajah terlalu busuk dan besar untuk ditutup dengan retorika dan pembohongannya. Dia tahu tali hayat politiknya semakin pendek. Dia juga tahu bala yang lebih besar akan menimpanya sekiranya dia ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan korupsi, menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dalam skandal 1MDB ini.
Hari ini perombakan kabinet dianggap mrakyat sebagai "Najib Fan Club", semuanya hamba pecacai yang akan menjadi penyokong membawa rebah. Dengan memecat Muhyiddin, Shafie Apdal dan menyintuklimau Zahid Hamidi sebagai TPM tidak akan dapat sokongan dan kepercayaan rakyat lagi. Bala lebih besar akan menimpa Najib dan kabilah pecacainya bila Gani Patail, Peguam Negara, dipecat secara tidak hrmat oleh PM yang menjadi desperado kini.Di bawah pimpinan Najib Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara paling korup di dunia. Kini nilai ringgit semakin merosot. Ada kemungkinan ringit Malaysia akan merosot sampai RM4.20 sen untuk USD1 pada akhir tahun ini.
No comments:
Post a Comment