ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 21 July 2015

Bila Penghina Rasul Pujaan Pro Najib Kantoi 3 Kali !! .. Agak2 Kalau Dia Jadi Saksi Pro Tun, Macamana Agaknya ya ....

Bila Penghina Rasul Pujaan Pro Najib Kantoi 3 Kali !! .. Agak2 Kalau Dia Jadi Saksi Pro Tun, Macamana Agaknya ya ....

Wednesday, July 22, 20150 comments

Hari ini sekali lagi cerita Penghina Rasulullah yang diambil oleh Rahman Dahlan untuk membela Najib dan 1MDB menjadi penghias media bila video keduanya disebarkan. Entah apa yang diceritakan kali ini saya malas nak tonton. Hanya baca apa yang dikomen oleh beberapa portal je.

Paling menarik adalah bila video Penghina Rasul ini kantoi dengan menyiarkan gambar SALAH ORANG yang didakwa mengubahsuai dokumen 1MDB bagi pihak Sarawak Report !

Kali ketiga KANTOI !! 

Terlintas difikiran saya ...... kalaulah Tun Mahathir dalam keadaan sama yakni kantoi 3 kali dalam menggunakan saksi yang sama, agak-agaknyalah, apa reaksi pro Najib ?

Serius tanya ni ..... Kalau Tun guna saksi yang kantoi sebanyak 3 Kali, kita boleh bayangkan bagaimana bentuk serangan pro Najib, dari facebooker, blogger, Menteri Penuh atau Separuh hinggakan Najib sendiri termasuk pihak 1MDB pun akan sebut berulangkali.... kan ?

Tak cukup melalui internet, benda sama akan diulangsebut beberapa hari melalui TV3 lagi .... kan ?

Sekarang ini yang mereka duk ulangsebut hanyalah - Dulu kata hilang RM42 bil, sekarang dah jadi RM27 bil ? Hahahahaha ...... Hanya itulah modal mereka, dari askar hinggalah ke Najib ! Dari dulu hingga sekarang. Sedih rasa ...... simpati pun ada.

Itu pun modal yang bersifat pemahaman bahasa, bagaimana kalau 'kesilapan' itu lebih besar dan nyata seperti apa yang berlaku melalui Penghina Rasulullah yang kini dijaja hebat oleh pro Najib ?

Awalnya kita tak tahu banyak, makanya kita tanya mana perginya RM42 bil.  Askar2 Najib pun bukannya reti apapun. Hanya bila 1MDB mula jawab sikit, mereka pun menyalak sama. Bila diterangkan sikit, kita terimalah aset setakat RM15 bil ( contohnya ), maka tinggallah baki RM27 bil yang masih belum terjawab. Kita tanyalah - Mana pergi RM27 bil ?

Angka itu akan terus berkurangan bilamana 1MDB berjaya jawab dengan menyakinkan. Contohnya kalau boleh jelaskan lagi RM5 bil, maka akan jadilah RM22 bil yang akan kita tanya ke mana hilangnya. Itu maksudnya dari segi pemahaman bahasa.Malangnya pro Najib termasuk Najib sendiri tak reti bahasa ! Makanya diulang2 lah isu ' Dulu kata RM42 bil hilang, sekarang dah jadi RM27 bil pula ....'

Jadi bayangkan jika pihak pro Tun atau Tun sendiri yang kemukakan saksi yang KANTOI 3 KALI !

KANTOI 1 - Saksi merupakan orang yang pernah menghina Rasulullah ! Adeeeh .... dah kantoi benda sebesar itupun masih lagi pro Najib menjunjung mamat tu. Sedihnyalah .... 

Rahman Dahlan sampai keluar kenyataan merayu supaya rakyat lihat pada mesej yang ingin disampaikan oleh Penghina Rasulullah itu, lupakanlah yang dia pernah hina Rasulullah dulu. Itu tak relevan sekarang. Dulu dia hina Rasulullah, sekarang dia dah jadi aset Najib dan 1MDB jadi askar2 Najib pun sokonglah si Penghina Rasulullah itu ......

Bagaimana agaknya reaksi pro Najib sekiranya saksi yang Tun Mahathir sokong merupakan Penghina Rasulullah ?  Bukan setakat internet dan paper, pasti akan dijadikan topik utama untuk dibahaskan dalam rancangan2 ugama di TV3 !!

TAK NAMPAK LAGI KE TANDA2 YANG DIBERIKAN ALLAH ?

KANTOI 2 -Saksi pujaan team Najib yang pernah menghina Rasulullah itu juga mengaku menerima bayaran untuk membuat pengakuan terhadap SR ! 

Malaymailonline

Bagaimana kalau saksi yang pernah menghina Rasulullah itu disokong oleh Tun Mahathir tetiba mengaku yang dia menerima bayaran untuk membuat pengakuan ? Agak2 bagaimana reaksi pro Najib ?

Gegak gempitalah Tanah Melayu ini konon saksi telah dibeli ! Tak boleh pakai ! 

Kemudian akan dikorek habis sejarah silam saksi..... bukan saja pernah menghina Rasulullah tapi juga terkenal sebagai seorang yang penipu, sengkek ( persepsinya akan sanggup buat apasaja demi wang ) dan pelbagai sifat negatif lain.  Saya berani cap jari lah itu yang akan mereka buat !

Tapi bila Penghina Rasulullah yang dibayar itu menjadi saksi membela Najib dan 1MDB, terpaksalah askar2 Najib berbondong2 julang juga ......

TAK NAMPAK LAGIKAH TANDA YANG DIBERIKAN ALLAH ?

KANTOI 3 - Yang terbaru adalah bilamana dikatakan dalam video kedua si Penghina Rasulullah itu, disebut nama orang yang bertanggungjawab dalam memalsukan dokumen2 milik Petrosaudi sebagai James Steward Stephen dan disertakan gambarnya sekali tapi ternyata gambar itu PALSU !

Malaymailonline
Hahahaha ...... Kenapa tak sebut je yang video itu sudah di hack dan gambar palsu itu merupakan satu tindakan sabotaj ! ?

Halo.... siapa yang buat video itu ? Takde siapa ke yang cek kesahihan isikandungan video sebelum disebarkan ?

Tak pasal2 seorang Pengurus Customer Service keretapi British yang bernama James Steward telah menjadi mangsa fitnah si Penghina Rasulullah !

Video itu merupakan bahan bukti UTAMA si Penghina Rasulullah yang dijulang oleh Rahman Dahalan dan askar2 Najib dan di situ pun boleh kantoi !!

Bayangkan jika Tun Mahathir mengemukakan bukti utama dalam bentuk video kemudian didapati ada kesilapan BESAR ..... apa agaknya reaksi pro Najib ?

MASIH TAK NAMPAK LAGI TANDA YANG DIBERIKAN ALLAH ? 

Berlaku jujurlah dalam menjawab ketiga2 soalan di atas ...... jika berlaku kepada pro Tun, pastinya beraya sakan pro Najib kan ? Tapi kenapa bila kena batang hidung sendiri, anda masih juga menjulang si Penghina Rasulullah itu ?

Ni tak habis2 dengan - Dulu kata hilang RM42 billion, sekarang dah jadi RM27 billion ?  alahai .... sedihnya ....

Dah bermacam2 kekantoian berlaku, namun masih lagi dipertahankan 1MDB dan Najib. Biar tak berjawab isu Najib Billion2, tetap juga dipertahankan ..... Memang dah BUTA MATA HATI KALIAN !

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...