ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 24 July 2015

Pencerahan Keturunan Tun M


Pencerahan Keturunan Tun M
Dalam celahan pembentukan Negeri Kedah Darulaman pada 1881, Lahirlah Mohamad Bin Iskandar di Pulau Pinang.
Mohamad, Bapa kepada Tun M bukanlah lahir di Kerala India, walaupun beliau sendiri mengakui dari ada darah keturunan dari (datuknya) India tapi tak dinyatakan daerah mana, jauh sekali seorang Mu'alaf apatah lagi dari Kasta itu dan ini.
Ibu Mohamad, isteri kepada Iskandar, seorang Melayu tulin bernama Siti Hawa dan berasal dari Johor.
Ibu Tun M pula bernama Wan Tempawan Bt Wan Hanafi, seorang Melayu tulin yang merupakan keturunan Anak tunggal Mahsuri bernama Wan Hakim.
Ayahanda Tun M merupakan seorang tokoh masyarakat di Malaysia dan merupakan Pengasas Maktab Sultan Abdul Hamid,Kedah pada 1908 dan merupakan Pengetua yang Pertama di Maktab berkenaan.
Wan Tempawan berasal dari Kampong Kulut (Kolot), Bukit Lada Kubor Panjang Kedah.
Ibu Tun M,Wan Tempawan berasal dari keturunam Wan Mohamad Saman,menteri besar Kedah yg pertama.
Nenek Tun M bernama Wan Nek mmg berasal dr Bukit Lada Kbr Pjg.
Dari sinilah asal Wan Tempawan.
Ayah kepada Tun M yang tersiratnya juga seorang Agamawan Arifbillah.
"ORANG YG KATA SAYA. NYANYUK SEBENARNYA DIA MENIPU DIRI" -Tun M
Disini juga merupakan Kampong kelahiran Syed Syeikh Abdullah Fahim Bin Syed Ibrahim (Nenda Pak Lah)
Letih membaca tohmahan dan tuduhan salasilah keturunan Tun M. Ada muzium tak mahu lawat, dok kata Tun M mamak india. Ramai dah lama tahu tentang ini. Dan kita patut respek akan ayahndanya.
Ada yang menganggap Perdana Menteri Malaysia hanya dipilih sekadar suka-suka atau sekadar memiliki ringgit yang banyak tanpa meneliti salasilah dan jurai Keturunan.
Onn Jaafar, Almarhum Tunku, Tun Abdul Razak dan Pak Lah adalah dari jurai-jurai Melayu lama yang penuh rahsia.
Mereka menyangka pemilihan ini hanya datang dari jawatan Presiden UMNO yang dipilih secara suka-suka. Tidak pernah ambil tahu,kenapa ada yang menjadi arang, berusaha sehabisnya memburu cita-cita sebagai PM tetapi penghijungnya hanya sia-sia
Nota penting: Satu lagi perlu tahu. Tun M bukan pemimpin yang suka-suka bagi projek pada saudara mara dan rakan taulan. Salah satu punca Kedah tumbang ketangan PAS pada PRU 12 ialah peranan saudara mara dan rakan taulan selain melihat seorang Anak Kedah yang berjasa dihina dan diperlekehkan
Terima masih pada: Key Marzuki & para sahabat yang lain

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...