ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 14 July 2015

Orang Najib, Pak Lah dikaitkan dengan skandal cetak wang, lapor akhbar Australia


Orang Najib, Pak Lah dikaitkan dengan skandal cetak wang, lapor akhbar Australia
Published: 14 July 2015 6:16 PM


Sydney Morning Herald melaporkan permintaan Canberra untuk maklumat dari Putrajaya membabitkan dua firma Bank Rezab Australia, tidak dipenuhi. –

Ketika sedang disiasat berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikaitkan dengan satu lagi skandal rasuah, kali ini melibatkan kontrak mencetak wang kertas polimer, lapor akhbar Sydney Morning Herald (SMH).

SMH melaporkan permintaan Canberra untuk maklumat dari Putrajaya membabitkan dua firma Bank Rezab Australia, tidak dipenuhi.

Memetik sumber, harian itu mendakwa pegawai-pegawai kanan kerajaan Australia maklum akan maklumat risikan yang mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kes itu.



Malaysia, kata laporan itu, tidak mempedulikan permohonan bantuan rasmi dari Jabatan Peguam Negara Komanwel untuk memberikan maklumat yang disifatkan sensitif, berkenaan urus niaga kewangan sekumpulan orang tengah.
Kes ini mencetuskan pendakwaan terhadap beberapa ahli perniagaan Australia yang bekerja dengan Percetakan Wang dan Matawang Keselamatan Australia, laporan SMH dipetik.

Menurut laporan itu, pegawai Malaysia didakwa disogok dua syarikat itu bagi memperolehi kontrak menukar wang kertas kepada polimer di antara tahun 1999 sehingga 2009.

Sebahagian daripada orang tengah yang korup itu dikatakan rapat dengan pejabat Najib dan Abdullah, laporan itu menambah.

Menurut SMH, wakil perundangan Najib menolak dakwaan itu dan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang.

Selain itu, Wikileaks juga dituduh menerbitkan satu perintah larangan Mahkamah Agung Victoria yang menamakan Najib.

Kumpulan anti-kerahsiaan itu dilaporkan disiasat kerana melanggar arahan itu.

Perintah itu mencegah sebarang penerbitan maklumat yang "mendedahkan, mengandaikan, mencadangkan atau menuduh" Najib pernah "menerima atau cuba menerima rasuah atau bayaran tidak sesuai" di samping menamakan Abdullah dan ahli politik lain dari Indonesia dan Vietnam.

Namun awal hari ini, Mahkamah Agung Australia menghapuskan perintah itu yang diperolehi Jabatan Perdagangan dan Hal Ehwal Luar Australia pada tahun lalu.

SMH melaporkan walaupun mahkamah maklum Najib dan Abdullah bukan yang menerima rasuah, namun pejabat kedua-dua mereka tersabit dalam urus niaga korup itu. – 14 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-dikaitkan-satu-lagi-kes-rasuah-kali-ini-kontrak-cetak-wang-lapor-akhb#sthash.R61mhFpl.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...