Bila 1MDB Tuduh TheStar Sloppy, Tapi Jawapan Yang DiBeri Lebih Sloppiest !
Sunday, July 12, 20150 comments
Lama juga ya kita duk tumpukan pada side issue 1MDB yang dibangkitkan oleh WSJ. Jadi bagus juga bila 1MDB kritik Thestar atas laporan yang disifatkan sebagai "sloppy".
Artikel asal Thestar ( KLiK ) merujuk kepada maklumat seorang penyiasat antara lain -
- “Even assets that are being held for sale cannot be easily liquidated,” Investigators also say the financial position of 1MDB is unsustainable and it faced liquidity problems.
Aset RM13 bil yang boleh dijual sebenarnya tidak mudah dijual. ( tidak cair ) Prestasi kewangan 1MDB tidak mampan dan berdepan masalah kecairan.
- The investigators also said the external auditors who had been examining 1MDB’s books did not verify the value of the assets held by 1MDB PetroSaudi Ltd before issuing their report giving the accounts of the fund a clean bill of health.
Tidak ada pengesahan dibuat ke atas aset 1MDBPetrosaudi ( mungkin merujuk kepada aset USD2.7 billion milik Petrosaudi yang dibawa masuk sebagai saham )
- The external auditors also did not disclose material information on 1MDB’s loans taken to finance its investments. The gains from investments were not verified.
Auditor tidak jelaskan maklumat pinjaman2 yang dibuat oleh 1MDB, Pulangan dari pelaburan juga tidak disahkan.
- Investigators also revealed that between 2009 and 2014, 1MDB had to replace two of its external auditors due to disagreements with the management over the valuation of its assets.
Dua auditor 1MDB terpaksa digantikan antara tahun 2009 dan 2014 kerana tidak ada persetujuan atas isu penilaian aset.
1MDB hanya jawab 2 isu -
1. KECAIRAN ASET - For example, The Star states that “Even assets that are being held for sale cannot be easily liquidated”. This is clearly wrong as the notes to the 30.03.2014 financial statements of 1MDB, as audited without qualification by Deloitte, describes how USD1.22 billion (approx. RM 4.6 billion) of these assets had in fact been liquidated and cash proceeds utilised.
1MDB merujuk kepada dana bahagian pertama yang telah ditebus dari Cayman sebagai bukti aset yang dimiliki punya kecairan tinggi.
Tapi untuk mendakwa transaksi itu sudah diaudit oleh Deloitte .... saya kurang setuju. Tranche pertama dana Cayman ditebus dalam tahun 2014 selepas akaun berakhir 31 Mac 2014. Jadi ia dimasukkan dalam akaun berakhir 31 Mac 2015 yang mana masih belum di audit lagi !
Satu lagi, tidak ada sebarang maklumat langsung mengenai dana yang telah ditebus itu. Kita hanya diberitahu ia telah ditebus dan sudah habis digunakan buat bayar kos kewangan dan menebus Option Aabar.
Bayar kepada siapa dan berapa ?
Malah kalau dirujuk kepada kenyataan Tan Sri Lodin pada 23/12/2014, amaunnya juga berlainan ! Beliau sebut USD1.4 bil bukannya USD1.22 bil !
However, the company has already redeemed a significant portion, US$1.4 billion, of the fund and expects to redeem the remaining amount in the coming months.
1MDB |
1MDB |
In fact, the first tranche of USD1.22 billion fund units was redeemed in cash in 2014 and the cash proceeds were used to pay for termination of options relating to the energy business, granted to Aabar, working capital and interest payments - as outlined in the company’s publicly available financial accounts.
Bagi saya, bukan saja kecairan aset ( dalam kes sini Unit ) itu saya ragui, malahan kewujudan aset itu sendiri saya tak yakin !!
Sebab satu lagi, jika benar aset 1MDB mudah cair, kenapa tidak dicairkan buat bayar option Aabar, tanpa perlu buat satu lagi pinjaman dengan konsortium Deutsch Bank ? Kemudian bila kantoi pinjaman itu, kenapa tidak ditukarkan juga aset mudah cair itu untuk bayar hutang itu tanpa perlu merayu Aabar minta tolong bayarkan ?
Itu belum ambilkira kes tertunggak beberapa kali pinjaman RM2 bil IPP Ananda yang terpaksa buat pinjaman lain nak bayar kemudian ditambah pula dengan bail out hampir RM1 bil oleh kerajaan ....... di mana perginya aset mudah cair 1MDB itu ?
Banyak lagi contoh keadaan di mana kita boleh pertikaikan kecairan aset 1MDB sebagaimana yang didakwa oleh 1MDB.
2. PENILAIAN ASET - The Star further states that "there was no document related to the existence of assets and valuation of PetroSaudi Holdings (Cayman)". This is blatantly incorrect. There was a valuation report prepared when the investment was made and 1MDB has in fact submitted the same report to the lawful authorities for their review.
Hmmmm .... kita sendiri berpeluh nak buktikan aset USD2.7 bil yang didakwa dimiliki oleh Petrosaudi Cayman itu ! Mungkin 1MDB boleh beri pencerahan ......
Apakah aktiviti dan aset yang dimiliki oleh Petrosaudi sebelum 2009 kerana dari laman webnya sendiri, seolah syarikat minyak itu dormant / tidak aktif dari mula ditubuhkan tahun 2005 dan hanya aktif ketika nak sain JV dengan 1MDB tahun 2009 ( KLiK )
1MDBPetrosaudi didaftarkan pada 18 September 2009 dan JV di sain pada 28 September 2009 ...... tak sampai 10 hari ( KLiK ) dah boleh siap Laporan Penilaian ?
Bukan Deloitte yang buat penilaian itu tapi pihak ketiga. Siapa pihak ketiga yang buat Penilaian Aset Petrosaudi USD2.7 bil itu ? Begitu cepat sekali ...... dan lebih pantas adalah kelulusan pihak 1MDB menerima bulat2 laporan itu !
Itulah maksud bila kita tanya apakah 1MDB sudah lakukan due diligencedalam mengesahkan aset itu. Duit yang mahu dilaburkan itu adalah hasil jualan bon Islam atau Sukuk di tanahair sebanyak USD1 bil, itu duit rakyat !
Salahkah kita tanya bab ketelusan pihak 1MDB bila banyak perkara yang kita ketahui amat meragukan ?
Jawapan 1MDB Kepada Thestar |
Jawapan 1MDB kepada TheStar di atas juga seperti biasa adalah AMAT LONGGAR. Bukan soal maklumat itu diperolehi The Star dari seorang penyiasat yang harus dipertikaikan tapi maklumat itu sendiri yang harus dijawab dengan tuntas oleh 1MDB.
Sejak akhir2 ini, maklumat2 yang diperolehi oleh pelbagai pihak seperti TheStar, SR mahupun WSJ ternyata ada kebenarannya !
Contohnya, kenapa Najib sampai sekarang BELUM lagi menafikan ada billion2 masuk akaun peribadinya seperti yang didakwa WSJ ?
Kita bukan tanya Najib guna untuk apa ..... well, nak tahu jugalah tapi itu selepas Najib buat pengakuan transaksi itu terlebih dulu.
Sama juga dengan kes akaun Rosmah, masa mula2 keluar pendedahan itu ramailah yang pertikaikan kesahihan akaun itu milik Rosmah tapi ternyata BENAR ! Dan kita nak tahu benarkah ada wang juta2 masuk akaun beliau, kita tak tanya dari 1MDB atau dari siapa.
TheStar sudah pasti yakin dengan sumber maklumat mereka sama juga dengan SR dan WSJ. Ya, kita boleh pertikaikan sumber pemberi maklumat tapi sejak akhir2 ini, banyak maklumat mengenai 1MDB, Najib dan Rosmah ternyata ada kebenarannya.
Dan dalam konteks artikel ini, maklumat Thestar lebih dipercayai dari penjelasan 1MDB ! Yang lebih tampak SLOPPY adalah 1MDB.
****************************
Bagaimana pula dengan dakwaan yang Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009. ? - KLiK.
ATAU dakwaan "Pasukan audit menyifatkan ia seolah-olah lembaga itu telah diketepikan atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain," atau "Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan pelaburan," ? KLiK.
Harap Najib dan 1MDB serta penyokong2 buta Najib faham maksud kenyataan dari Musa Hitam yang minta mereka jawab soalan yang ditimbulkan, BUKANNYA menuduh penyoal sebagai mahu menjatuhkan Najib atau kerajaan - TMI.
Ini bukan soal sokong Tun Mahathir atau sokong Najib ..... sebab Musa Hitam sendiri kita tahu sering tidak sebulu dengan Tun Mahathir, tapi ini soal mencari KEBENARAN.
PS - Bila task force sudah menyiasat akaun Najib, tidakkah itu bermakna Najib sendiri sedang di siasat ? Maka, sewajarnyalah Najib bercuti sehingga siasatan selesai !Jika tidak, orangramai akan pertikaikan ketelusan siasatan.
No comments:
Post a Comment