ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 17 July 2015

Polis Thai: Ahli Umno beli dokumen curi PetroSaudi

Polis Thai: Ahli Umno beli dokumen curi PetroSaudi


Seorang ahli Umno adalah antara 10 orang yang dikatakan telah membei dibeli data PetroSaudi International yang didakwa dicuri oleh bekas pengarahnya,  Xavier Andre Justo, demikian menurut laporan Straits Times Singapura.

Jurucakap polis Thai, Prawuth Thavornsiri berkata Justo mendakwa dia telah menjual maklumat itu kepada mereka selepas dia gagal memeras ugut PetroSaudi untuk mendapatkan 2.5 juta franc Swiss sebagai pertukaran untuk tidak mendedahkannya.

"Ramai, kira-kira 10 orang, dari media dan dari kalangan politik, malah dari parti yang sama dengan perdana menteri (Malaysia)," Prawuth dipetik memberitahu akhbar harian Singapura itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga adalah 
presiden Umno.

Menurut laporan itu, Prawuth enggan menyatakan 10 orang berkenaan tetapi berkata rundingan untuk membeli maklumat dari Justo itu berlangsung di Singapura dan Thailand.

Prawuth berkata menurut apa yang ditemui dalam transkrip WhatsApp Justo, sebaik sahaja kumpulan itu mengesahkan fail Justo mengandungi maklumat yang mereka mahu, mereka membincangkan cara untuk membayarnya.

"Mereka bercakap dengan satu sama lain banyak kali melalui WhatsApp, kami ada buktinya, mereka bercakap tentang membayar seperti ini dan itu, untuk berpura-pura mahu membeli dan menjual," beliau dipetik berkata.

Beliau berkata kaedah pembayaran adalah sama dengan teknik pengubahan wang haram yang digunakan oleh geng-geng.

Prawuth dilaporkan menawar untuk berkongsi maklumat yang pihak polis Thai miliki dengan pihak berkuasa Malaysia dan Singapura.

Maklumat PetroSaudi yang dijual oleh Justo termasuk komunikasi emel antara PetroSaudi dan 1MDB.

Maklumat dalam emel adalah salah satu bahan yang digunakan oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report untuk mendakwa dana 1MDB yang dimaksudkan untuk usahasama dengan PetroSaudi, telah disalurkan kepada syarikat yang dikuasai oleh jutawan Jho Low, yang rapat dengan keluarga Najib.

Prawuth enggan menyatakan sama ada Sarawak Report adalah antara 10 pihak yang membeli maklumat dari Justo.

Bagaimanapun, beliau berkata sebuah blog berita yang dikendalikan oleh seorang warga British kelahiran Malaysia terlibat dan mendakwa portal itu telah mengubahsuai maklumat tersebut.

Sarawak Report mempertahankan laporannya  dan mencabar pengkritik menyamannya.

[Baca berita penuh/asal]

 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...