ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 19 July 2015

Laman SR DiSekat - MCMC Lebih Hebat Dari PAC Dan Task Force !

Laman SR DiSekat - MCMC Lebih Hebat Dari PAC Dan Task Force !

Monday, July 20, 201520comments



Najib sudah makin gelabah ! 


Itu adalah reaksi pertama saya bila dapat tahu Sarawak Report sudah di sekat oleh MCMC semalam. Jom kita layan alasan yang diberikan oleh MCMC -

"Sekatan berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas," kata SKMM.

"Sehubungan itu, SKMM ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu.

"Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi," kata SKMM
.- Mkini.


Saya setuju sangat jika terbukti SR bersalah sebagaimana di dakwa. Tapi kalau diteliti kenyataan MCMC di atas, sekatan itu adalah sebagai satu langkah pencegahan..... atau mungkin untuk melancarkan siasatan tanpa gangguan .... entahlah.

Jika SR boleh disekat sementara atau dengan kata lain diGANTUNG PERKHIDMATAN sehingga tamatnya siasatan, pastinya ramai yang akan buat satu perbandingan lain - Kenapa Menteri Kewangan juga tidak digantung perkhidmatannya sehingga siasatan Task Force tamat ?

Alasan yang diberikan adalah kandungan SR yang tidak dapat dipastikan kesahihannya ....... alahai, saya dah boleh agak isu akan akan meletup nanti !

Ramai yang akan minta MCMC tunjukkan bukti maklumat SR yang mana yang didakwa sebagai tidak dapat dipastikan kesahihannya ? Apakah MCMC mahu mendahului siasatan Task Force dan/atau PAC ?

Kerana antara sebab kedua jawatankuasa itu ditubuhkan adalah untuk menyiasat segala dakwaan yang dilontarkan oleh SR yang sehingga kini tidak mampu dijawab dengan jelas oleh 1MDB dan Menteri Kewangan ! 

Jika dari awal sudah didakwa maklumat SR itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, untuk apa di siasat lagi ? Saman sajalah SR !

Apakah MCMC ada menjalankan siasatannya sendiri ke atas artikel2 SR ? Apakah pihak MCMC sudah bertemu dan menemuduga pihak SR untuk memastikan kesahihan maklumat2 ?

Saya amat berharap pihak MCMC sudah bersedia untuk kemukakan kepada umum maklumat SR yang mana yang didakwa sebagai tidak dapat dipastikan kesahihannya atau kemungkinan palsu, kerana jika tidak, satu persepsi negatif akan mula bercambah diminda rakyat terhadap kredibiliti dan integriti MCMC. 

MCMC adalah kerajaan. Yang disiasat ( 1MDB dan Najib ) juga adalah kerajaan. Anda boleh agak apakah yang bermain difikiran rakyat seterusnya ..... 

Saya komen secara jujur ni.... itulah sentimen rakyat.  Tanpa bukti yang menyakinkan, saya khuatir tindakan MCMC ini akan backfire.

Keadaan akan menjadi lebih panas bukannya semakin reda.

                                             ******************************

Saya juga melihat tindakan drastik oleh MCMC ini sebagai satu indikasi betapa lemahnya peranan yang dimainkan oleh askar2 Najib dan 1MDB dalam menangani SR.

Mereka ternyata GAGAL dalam membendung pengaruh SR dalam membentuk persepsi negatif di kalangan rakyat dalam isu 1MDB dan Najib Billion2 !

Tindakan MENUTUP MULUT PENGKRITIK adalah langkah terakhir bagi menyelamatkan keadaan yang semakin tidak dapat dikawal. Langkah yang langsung tidak Gentleman ( jika tidak disertai dengan bukti2 kukuh ).

Kenapa tidak pihak kerajaan ( MCMC adalah juga kerajaan ) saman saja SR ? Bukankah itu lebih baik dan efektif malah memberi satu kesan positif dikalangan rakyat yang akan melihat tindakan itu sebagai langkah yang berani ( kerana Benar ) ?

Jika MCMC tidak dapat berikan bukti2 bagi menjustifikasikan tindakan kerajaan yang saya sifatkan sebagai desperate/terdesak itu, ia akan lebih dilihat sebagai satu langkah MENUTUP MULUT SR dari terus mendedahkan salahlaku 1MDB dan Najib !

PS -  Saya tidak hairan jika askar2 Najib akan ikut belakang MCMC dan menjadi batu api supaya mereka yang pro Tun yang vokal dalam menuntut Kebenaran isu 1MDB dan Najib Billion2 juga turut dikenakan tindakan.

Itu sajalah yang mereka mampu lakukan .....  bila dah tak mampu nak berlawan hujah.

PS2 - Baca juga luahan geram dari Datuk Khairuddin atas isu yang sama -KLiK

Apakah asas Menteri Komunikasi dan Multi-media menyekat portal Sarawak Report di negara kita? Yb DS Ahmad Shaberry Cheek nampak sangat kurang cerdik dan takut pada bayang-bayang sendiri!!
 

Kita tak perlu sekat portal Sarawak Report kerana negara kita tertakluk dengan pelbagai akta komunikasi dan multi-media yang mana kementerian boleh ambil tindakan selaras dengan undang-undang negara sekiranya mana-mana portal melanggari peruntukannya. 

Apa yang mengancam keselamatan negara? Sarawak Report sedang mengasut rakyat di negara kita untuk berbalah di antara kaum ke? 

Sarawak Report mempertikaikan hak orang-orang Melayu ke? 

Sarawak Report mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu ke? 

Sarawak Report menyokong pergerakan anasir Isis ke?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...