ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday 18 July 2015

Persoalan Paling Hangat Raya Ini - Betul Ada Atau Tidak Ada Duit Billion2 Masuk Akaun Najib ?

Persoalan Paling Hangat Raya Ini - Betul Ada Atau Tidak Ada Duit Billion2 Masuk Akaun Najib ?

Saturday, July 18, 20150 comments


Hari ini ramai yang merujuk kepada artikel NST mengenai perkembangan terkini kes Justo dimana dikatakan Polis Thailand mengesahkan terdapat dokumen2 yang telah diubahsuai bla bla bla.... dan heboh juga mengenai 10 orang yang telah menemui Justo dalam urusan membeli maklumat bla bla bla....

Saya lebih suka menunggu laporan resmi dari PDRM atau maklumat resmi dari Polis Thai kerana ada disebut bahawa Polis Thai akan hanya berkongsi maklumat siasatan sekiranya ada permintaan melalui kabel diplomatik. 

"We have told them we can't share such data because it is part of our ongoing investigation. But if they really want it, they should use diplomatic channels by approaching the Ministry of Foreign Affairs,"...KLiK.

Yang menghairankan, dia punya gempak seolah kes Justo ini bakal membersihkan nama 1MDB dan Najib !  Blogger APANAMA melihat aksi pro Najib kali ini lebih kepada usaha untuk mengalih tumpuan dan menutup cerita sebenar yang berlaku - KLiK.

Hmmmm .... mungkin angkara Justo yang telah menyebabkan ini - 

KLiK

Langkah ketara yang dilaksanakan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerusi pelan rasionalisasinya akan mengurangkan hutang syarikat dengan ketara, dan dalam jangka masa panjang, memastikan kemampanannya

Apa dia cakap, ek ? Bahasa mudah yang saya faham adalah - Jual aset dan saham untuk bayar hutang !

So.... apakah angkara Justo yang menyebabkan 1MDB terpaksa jual aset dan juga sahamnya demi untuk melepaskan diri dari cengkaman hutang yang terlalu tinggi ?

1MDB menyalahkan pengkritik2 termasuk Tun Mahathir yang telah menganggu proses bayar hutang mereka dan ini termasuk merosakkan pelan penyenaraian IPO Edra Global Energy ! - malaymailonline.

Hebat sekali Tun Mahathir punya penangan sehingga mampu mengugat bisness syarikat billion2 .......  ada rakan beritahu antara syarat untuk disenaraikan adalah perlu menunjukkan untung 3 tahun berturut2, tak betul kot. 

Kalau betul sudah pasti 1MDB akan sebut itu sebagai alasan utama IPOnya kantoi. Lagipun, mustahil sebuah syarikat billion2 mempertaruhkan wang rakyat atas sesuatu yang belum pasti (IPO) sebagai syarat utama kemampanannya.... kan ?

Pusing lagi ....selagi boleh pusing !

                              ********************

Hari ini senyap pulak bab mamat penyelamat maruah 1MDB yang juga merupakan orang pernah menghina Rasulullah tu ? 

Dilaporkan Polis sudah menemubual Lester Melanyi - Malaymailonline.

Editor SR Clare Brown pula dikatakan akan membalas 'serangan' Melanyi dengan mendedahkan emel2 Melanyi - Malaymailonline.

Kita layan jerlah nanti ....

                                      **************

Apapun jangan lupa, sebagai peringatan di sebalik segala kehebohan isu Melanyi dan Justo, hanya tinggal 4 hari saja lagi tempoh yang diberikan oleh peguam Najib kepada WSJ untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan.

We demand a reply within fourteen (14) days of the date hereof and please let us know whether you have appointed solicitors in Malaysia to accept service of legal proceedings on your behalf and on behalf of the reporters who wrote the Articles in the event that legal proceeding become necessary.

.
Itu pada 8 Julai lalu..... selepas hari Rabu nanti, apakah tindakan selanjutnya ? Peguam Hafarizam kata itu kena tunggu arahan daripada Najib.

Mungkinkah selepas hari Rabu nanti Najib akan tampil menafikan deposit RM2.6 billion yang didakwa masuk ke akaun peribadinya ?

Harap2 begitulah..... kerana itulah yang dinanti2kan oleh rakyat. Itulah juga topik utama dikalangan rakyat sepanjang cuti Raya ni !

Betul ke ada orang masukkan duit RM2.6 billion ke dalam akaun Najib ? Najib tak nafikan pun..... Najib cuma cakap dia takde gunakan wang untuk kepentingan peribadi. Masuk atau tidak masuk itu... wallahualam.

Duit RM2 juta yang masuk akaun Rosmah pulak macamana ? 

Entah. Itu pun tak dijawab juga ..... betul ke tidak ada masuk ?

Yang pasti, rakyat nampak pasangan Najib Rosmah ni jenis payah nak mengaku dengan jelas bab duit masuk akaun peribadi.

Adakah persoalan itu sesuatu yang penting buat rakyat untuk tahu jawapannya ?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...