ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 12 July 2015

Lembaga Pengarah 1MDB Tidak Gembira Dengan Urusniaga Tergesa Gesa 1MDB.


Lembaga Pengarah 1MDB Tidak Gembira Dengan Urusniaga Tergesa Gesa 1MDB.
Berikut adalah penemuan awal siasatan ke atas 1MDB seperti yang di siarkan oleh akhbar The Star semalam di bawah artikel bertajuk 'The Board Unhappy Over Hasty Deal'. Terjemahan oleh Mohd Hanizam Yunus a.k.a Bluee Oocean.
1. Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu menahu tentang wang USD 700 juta (RM2.6 billion) yang sepatutnya di laburkan ke dalam syarikat kerjasama dengan Petrosaudi telah di lencongkan (divert) ke akaun syarikat lain yang tiada kena mengena dengan perjanjian kerjasama tersebut.
2. Ahli lembaga pengarah juga 'tidak gembira' dengan cara tergesa gesa perjanjian untuk menubuhkan kerjasasama 1MDB-Petrosaudi di tandatangani pada 28 September 2009.
3. Ahli lembaga pengarah merasakan perjanjian untuk menubuhkan syarikat kerjasama tersebut telah di tandatangani secara tergesa gesa yang menjadi punca perletakan jawatan beberapa ahli kanan Lembaga Pengarah 1MDB.
4. Lembaga Pengarah juga di maklumkan pada 18 Sept 2009 mengenai kewujudan sebuah perjanjian kerjasama bersama PSI dan penilaian yang akan di lakukan ke atas aset minyak dan gas di Turkemenistam dan Argentina.
5. Bagaimanapun pada 28 September sebuah perjanjian telah di tandatangani dengan Petrosaudi Holdings (Cayman) Ltd yang di miliki sepenuhnya oleh Petrosaudi.
6. Penemuan awal siasatan menunjukan tiada sebarang dokumen untuk membuktikan kewujudan aset mahupun laporan penilaian aset milik syarikat Petrosaudi Holding (Cayman).
7. Di bawah perjanjian tersebut 1MDB telah membayar Petrosaudi Holdings (Cayman) USD 1 billion bagi 40% pegangan di dalam kerjasama tersebut.
8. Penyiasat di beritahu bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak di maklumkan mengenai pinjaman berjumlah USD700 juta yang di berikan kepada kepada syarikat kerjasama Petrosaudi Holdings (Cayman) pada 25 September 2009 tiga hari sebelum perjanjian kerjasama tersebut di meterai.
9. Pinjaman tersebut di berikan dengan syarat ianya perlu di lunaskan sepenuhnya selewat lewat nya 30 September 2009.
10. Menurut siasatan juga, ahli lembaga Pengarah telah meluluskan perjanjian bernilai RM3.5 billion tersebut dan wang tunai untuk di pindahkan kedalam syarikat kerjasama tersebut.
11. Namun pada 30 September 2009, hanya sejumlah USD300 juta (RM1.05 billion telah di pindahkan ke akaun syarikat kerjasama tersebut manakala USD700 juta telah di lencongkan ke akaun syarikat lain yang tiada kaitan dengan perjanjian tersebut.
12. Ahli Lembaga Pengarah tidak gembira perjanjian tersebut di tandatangani tanpa sebarang aset di sumbangkan oleh Petrosaudi kedalam kerjasama tersebut juga berkenaan pemindahan wang USD700 juta yang di maksudkan untuk kerjasama tersebut ke sebuah syarikat lain yang tiada kaitan dengan kerjasama tersebut.
13. Lembaga pengarah kemudian telah mengarahkan wang USD700 juta tersebut di kembalikan kepada syarikat kerjasama tersebut tetapi malang nya tidak di endahkan oleh pihak pengurusan 1MDB.
14. Ini menjadi sebab atau punca utama perletakan jawatan Pengerusi 1MDB Datuk Mohd Bakke Salleh dan seorang ahli Lembaga Pengarah, Tan Sri Azlan Zainol yang di katakan tidak gembira dengan keengganan pihak pengurusan 1MDB mematuhi arahan Lembaga Pengarah supaya wang tersebut di kembalikan.
15. Bakke meletak kan jawatan pada 19 Oktober 2009 manakala Azlan pada 11 Januari 2010.
16. Pada 31 Mac 2010 keseluruhan 40% pegangan 1MDB di dalam kerjasama tersebut yang di nilai (pada nilai semasa) USD 1.2 billion telah di tukar menjadi kertas pinjaman Murabaha kepada Petrosaudi.
17. Pada tahun 2010 1MDB telah memberi dua lagi pinjaman tambahan kepada Petrosaudi berjumlah USD500 juta (RM1.5 billion) dan USD300 juta (RM1.02 billion).
18. Pada 2012 kertas pinjaman Murabaha telah di tebus yang secara tidak langsung telah meningkatkan pegangan 1MDB di dalam Petrosaudi Oil Services Ltd kepada 49%. Nilai keseluruhan pegangan tersebut ialah USD2.2 billion (RM6.8 billion).
19. Pada bulan Ogos tahun yang sama keseluruhan pegangan tersebut telah di jual kepada sebuah syarikat pelaburan Bridge Partners International Ltd MDB dan menerima Nota Perjanjian (Promissory Notes) berjumlah USD2.3 billion (RM7.18 billion) dari Bridge Partners.
20. Pada bulan yang sama 1MDB melalui anak syarikat nya Brazen Sky Ltd telah melaburkan kertas pinjaman tersebut kedalam Bridge Global Absolute Return Fund SPC dan Bridge Partners Investment Management Company (Cayman) .
21. Sebahagian dari pelaburan tersebut yang bernilai USD1.22 billion (RM4.03 billion) telah di tebus manakala baki nya masih tersimpan di dalam pelbagai portfolio pelaburan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...