ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 5 July 2015

MAHU HERET WSJ KE MAHKAMAH?SILAKAN!


MAHU HERET WSJ KE MAHKAMAH?SILAKAN!

Akhbar terkemuka Wall Street Journal (WSJ) tidak gentar kalau Najib mahu heretnya ke mahkamah. Pihak akhbar punya bukti yang sahih bila mendedahkan penglibatan Najib menerima wang dari berbagai sumber 1MDB yang masuk dalam akaun pribadinya di Ambank. WSJ berkata ia bersandarkan siasatan dan dokumen kukuh.

Menurut Ken Brown, ketua biro WSJ di Hong Kong, dokumen yang ada padanya sudah dilihat oleh Peguam Negara dan juga PM sendiri! Nah, ini kenyataan WSJ.

Bila ditanya apa reaksi dari Pejabat PM? Ia cuma mengatakan PM tidak menggunakan sebarang dana untuk pribadinya. Lalu balaci PM mengatakan musuh politik Najib yang mencipta cerita untuk menyerang PM! Ayoyo! Apa punya jawapan ini! 

Rakyat ingin tahu dari Peguam Negara mengenai undang-undang. Mengapakah Najib tidak digantung jawatannya sebagai PM merangkap menteri kewangan bilamana pihak Peguam Negara dan berbagai agensi kerajaan sedang menyiasat penerimaan USD700 juta dalam akaun pribadi Najib? 

Dalam kes yang melibatkan dua pegawai tinggi MARA Inc pengerusi dan CEO MARA Inc digantung jawatan untuk memudahkan siasatan terhadap mereka? Mengapa ada pilih bulu dalam isu yang sama? Apakah PM itu kebal dari undang2? Sebelum ini pun beberapa orang pegawai tinggi kerajaan dan kementerian yang terlibat dalam rasuah digantung jawatan mereka sehingga mereka didakwa di mahkamah.

Seperti kata Tun M ini kes jenayah. Dari segi etika dan undang-undang tentulah tidak wajar seorang PM yang dalam siasatan Peguam Negara dan agensi-agensi seperti SPRM Polis dan BNM (Bank negara Malaysia) masih berkokok siang malam seolah-olah wang USD700 juta dalam akaun pribadinya itu dibawa oleh jin afrid seperti dalam kisah Aladdin dengan lampu ajaibnya.

TS Muhyiddin sendiri telah memberi arahan kepada semua agensi kerajaan berkenaan menyiasat dakwaan WSJ itu sampai ke akar umbi. Kalau ada bukti kukuh wang tersebut ada dalam akaun pribadi PM maka Najib mesti me njelaskan kepada rakyat jelata bagaimanakah dia memperolehi wang sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun pribadinya? 

Tentulah Najib bukan tauke labu peram ala Pak Man Telo kan? Tun Razak sendiri hanya memberi bintang mas dengan wang USD30,000 kepada Toh Puan Rahah sebagai Hadiah Macsaysay yang dihadiahkan oleh Presiden Filipina mengenangkan jasanya sebagai tokoh keamanan. 

Rakyat tahu bininya pun bukan datang dari keluarga jutawan a la mi segera, malah dari kampung, anak guru sekolah Melayu kampung saja. Apakah Najib dan mama montel membela berjuta toyol untuk membantu masukkan dana sebanyak USD700 juta dalam akaun pribadi Najib? Pengsan beribu toyol hendak mengumpul dana sebanyak itu beb!

Rakyat mahu Peguam Negara bertindak profesional, cepat dan cekap mencari kebenaran dan keadilan. Apa yang diperuntukkan dalam undang-undang negara mesti dilaksanakan tanpa memilih bulu. 

Rakyat dan ahli-ahli Parlimen tidak lupa Najib pernah berbohong di Parlimen kononnya pelaburan 1MDB di Cayman island itu telah disimpan di Singapura. Rupa-rupanya tiada dana sebanyak USD1 bilion lebih yang disimpan. Akhirnya menteri kewangan kedua mendedahkan bukan wang yang disimpan tapi "unit". 

Tidak dijelaskan kepada rakyat apakah jenis "unit" yang disimpan itu. Kalau Najib sanggup kelentong ahli-ahli Parlimen secara bertulis bagaimanakah rakyat hendak mempercayainya lagi? Kata peribahasa Melayu sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi juga. Betul kata nenek moyang kita bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru beb?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...