JADIKAN MALAYSIA NEGARA MAJU BUKAN MUNDUR KE BELAKANG

Sekiranya Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) mengambil pendekatan untuk menutup facebook bagi menyekat penyebaran kebocoran matlumat atau atas dasar apa sekali pun ianya bakal mengundang pelbagai implikasi negatif terhadap imej kerajaan mahupun negara di kacamata dunia luar.

Siasatan mengenai 1mdb pun belum selesai; Putrajaya dah membuat kenyataan seolah-olah semua isu-isu yang dibangkitkan adalah palsu belaka!! Ini kenyataan prapenghakiman!!

Macamana dan mengapa MCMC takut sangat dengan 'facebookers' yang kononnya menyebar matlumat-matlumat palsu mengenai siasatan skandal kewangan 1mdb?! Kenapa Putrajaya takut sangat dengan persoalan rakyat mengenai skandal kewangan 1mdb?!

Apa bukti MCMC ada untuk menyatakan bahawa matlumat-matlumat mengenai 1mdb itu semuanya palsu?! MCMC dah tahu ke hasil siasatan mengenai 1mdb oleh pihak berkuasa di negara kita?!

Apa yang sepatutnya MCMC buat ialah sesiapa saja yang menyebar matlumat palsu dengan bukti yang kukuh memang patut diambil tindakan. Itu kita tak pernah pertikaikan tetapi kalau sebaran matlumat itu tepat serta mempunyai asas yang kukuh; adakah kalangan facebookers ini pun harus dihukum?!

Kenapa dato seri ahmad shaberry cheek ( menteri komunikasi dan multi media malaysia ) berfikiran begitu kolot!! Saya nak nasihati menteri komunikasi dan multi media agar jangan takut pada bayang-bayang sendiri!!

Kita mempunyai pelbagai undang-undang serta berbagai akta komunikasi dan multi media untuk menyekat, membendung ataupun mengambil tindakan undang-undang terhadap siapa saja yang melanggari undang-undang siber.

Jadi tak perlulah takut pada bayang-bayang sendiri dan janganlah marah nyamuk kelambu pulak nak dibakar!!

Dato seri ahmad shaberry cheek ni dulu adalah budak dan ahli parti Semangat 46. Ketika beliau dalam parti Semangat 46 cakap berapi-api mengenai prinsip perjuangan. Tetapi apa yang menyedihkan ialah bila menjawat jawatan menteri; dato seri shaberry cheek dah cakap lain serta buat lain!!

Inilah masalah dengan manusia yang berprinsip tipis. Kalangan ini mudah berubah bila mereka menjawat jawatan tinggi. Pemimpin-pemimpin yang begini mesti ditolak dan tak harus diberi undi di masa akan datang!!

Putrajaya nampak sangat seolah-olah takut pada bayangan sendiri. Pelik betul!! Namun geli hati pun ada!!

Rakyat tidak bodoh dan jangan cuba nak menyekat hak rakyat dalam kemajuan era siber di tanahair kita.

Perdana menteri dok bercakap mengenai mencapai status negara maju tetapi dasar Putrajaya kini sedang undur ke belakang. Janganlah cakap tak serupa bikin!!

Putrajaya kena bersikap telus terhadap rakyat jelata sekiranya mahu mengekalkan kuasa pemerintahan mereka. Kalau Putrajaya terus menekan rakyat yakinilah pada PRU 14 kelak umno dan BN bakal hilang kuasa mereka buat selama-lamanya!!