ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 8 July 2015

Anak Pengasas AmBank :Ayah saya mati kerana hendak KANTOI kan jenayah seseorang.

 Anak Pengasas AmBank :Ayah saya mati kerana hendak KANTOI kan jenayah seseorang. 

Artikel ini 100% diterjemah dari Sarawak Report. Kalau nak puji, puji mereka, kalau nak saman, saman mereka. Dalam terjemahan ini, tambahcheese.com takkan tambah apa-apa cheese kerana ini soal hidup mati, kami lapor apa yang dilapor mereka.

Bismillah.



Selepas berhari-hari spekulasi, anak Pengasas AmBank , Hussain Ahmad Najadi mengiyakan spekulasi dan berkata dia percaya ayahnya kerana ayahnya tahu sesuatu tentang penyelewengan yang berlaku dalam akaun-akaun bank AmBank.

Najadi dibunuh kejam dengan di tembak di tempat letak kereta 29 Julai tahun 2013 , kononnya sehari selepas beliau membuat report polis tentang perkara ini. Pascal Najadi , yang sekarang  tinggal di Moscow, bercakap dengan Sarawak Report tentang hal ini.


"Saya sanggup diambil kenyataan oleh pihak berwajib. Tak masuk akal semua ini. Pembunuhan ayah saya ada dirancang. Cerita tentang tokong yang menyebabkan kematian ayah saya tak masuk akal. "

Ayah saya dah cerita dah pasal ini kali terakhir kami bertemu.

Najadi lari dari Malaysia pada 8 March tahun lepas , hari yang sama MH370 hilang. Dia rasa dia dan keluarga tidak lagi selamat di sini.

"Saya ke Moscow 25 Julai kerana bisnes. Hari sebelum itu, kami ada makan-makan bersama keluarga di Restoran Ciao, di Selangor Golf Club. Ayah saya bercakap tentang jenayah rasuah yang besar. Dia juga cakap  jenayah rasuah mereka tidak terkawal lagi. Mereka satu saat pun tak berfikir tentang generasi hadapan.

Ayah saya orang yang baik, tak pernah terima rasuah. Dia, saya dan mak sama, kalau kami jumpa jenayah, kami akan lapor cepat-cepat."

Bagaimanapun, Pascal Najadi berkata dia tak pernah diberitahu sesiapa akan report polis yang dibuat ayahnya pada hari kematian ayahnya itu.

"Itu bukan stail dia, sebab dia tahu susah Polis Malaysia nak  terima report macam ni, saya percaya dia akan pergi terus kepada pemimpin senior untuk bagitahu akan jenayah ini. Dia juga beritahu saya dengan bangganya  dia telah halau beberapa pegawai kerajaan yang menawarkannya untuk tutup mulut tentang perkara ini dan dia akan diberikan sedikit tanah KLCC . Ayah saya memang lantang bersuara, ini mungkin sikap yang membuat dia terbunuh , sikap bercakap benar , pada bila- bila masa, di mana jua. "



Selepas kematian ayahnya , dia menerima panggilan dari seorang pegawai polis yang cakap English pun lintang pukang. Selepas panggilan itu,  mereka tidak  dihubungi lagi.
Pembunuh ayahnya kemudian ditangkap, dia mengaku diupah RM20000 dan menamakan pengupahnya.

"Polis Malaysia tak kejar pun pengupah itu. Saya tak percaya ada motif lain untuk pembunuhan ini kecuali pasal rasuah ini , dan pengupah itu sudah lari ke Sydney. Malaysia tak kejar pun mastermind itu menggunakan Interpol. Dia orang Malaysia, dia boleh pula dibenarkan naik kapal terbang ke Sydney walaupun dia suspek utama. Polis  Australia kejar dia sampai ke Shanghai , tapi Polis Malaysia tak kejar lansung." 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...