ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Tuesday, 7 July 2015
6 akaun bank dibekukan pasukan petugas khas 1MDB selepas pendedahan WSJ
6 akaun bank dibekukan pasukan petugas khas 1MDB selepas pendedahan WSJ
Published: 7 July 2015 2:02 PM
Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil dokumen berkaitan daripada 17 akaun daripada 2 bank selepas pendedahan The Wall Street Journal. – Petikan skrin WSJ, 7 Julai, 2015.
Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil dokumen berkaitan daripada 17 akaun daripada 2 bank selepas pendedahan The Wall Street Journal. – Petikan skrin WSJ, 7 Julai, 2015.
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini sudah membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan pada 6 Julai lalu.
Dalam satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan berkenaan turut mengambil dokumen berkaitan daripada 17 akaun daripada 2 bank.
"Perintah pembekuan 6 akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini dikeluarkan pada 6 Julai, 2015.
"Selain itu, pasukan petugas khas juga mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari 2 buah bank bagi membantu siasatan," kata kenyataan bersama itu.
Sabtu lalu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan pasukan petugas khas sudah memulakan siasatan selepas The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pasukan petugas khas juga dalam kenyataan itu menyatakan mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menamakan bank berkenaan.
"Siasatan masih berjalan, justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan." – 7 Julai, 2015.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/6-akaun-bank-dibekukan-pasukan-petugas-khas-1mdb-selepas-pendedahan-wsj#sthash.7QR5Rrzm.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment