ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 9 July 2015

1MDB belum serah semua dokumen kepada Ketua Audit Negara


1MDB belum serah semua dokumen kepada Ketua Audit Negara
Hilal Azmi, Astro Awani | Kemas kini: Julai 09, 2015

Facebook Twitter Email Google
1MDB belum serah semua dokumen kepada Ketua Audit Negara
Sesi pendengaran laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang kini berlangsung di Parlimen. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) belum menyerahkan beberapa dokumen penting untuk siasatan seperti penyata bank dan dokumen perjanjian kepada Ketua Audit Negara, kata pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dokumen berkenaan telah diminta oleh Ketua Audit Negara untuk laporan awal yang diserahkan kepada PAC awal pagi tadi.

"1MDB perlu beri kerjasama sepenuhnya terutama dalam hal dokumentasi agar laporan ini dapat dimuktamadkan hujung tahun ini.

"Banyak maklumat kini mendapat pengesahan daripada Jabatan Audit, cuma beberapa dokumen penting siasatan masih belum sepenuhnya disediakan pihak 1MDB," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pagi tadi telah menyerahkan buku laporan awal audit ke atas 1MDB kepada Nur Jazlan di Parlimen.

Laporan awal itu adalah hasil audit yang dijalankan antara 10 Mac sehingga 15 Jun lalu dan telah mula dibentangkan pada kira-kira jam 10.30 pagi di hadapan panel PAC. Sesi itu dijangka diteruskan sehingga jam 4 petang.

Sebelum sesi itu dimulakan, para petugas media dibenarkan mengambil visual.

Hari ini merupakan pendengaran berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diadakan di Parlimen.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

PAC dilaporkan telahpun memulakan prosiding siasatan pada 19 Mei berkenaan isu kontroversi yang melibatkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Susulan mesyuarat khas pada 30 April lepas, PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...