ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 10 June 2015

TIADA JALAN LAIN KESURGA, MELAINKAN BERCAKAP BENAR DAN JUJUR.


NASIHAT PERCUMA UNTUK PM

YAB Dato’ Sri Najib,

Jutaan serangan berbentuk peribadi ke atas Tun Mahathir tidak akan berkesan.

Jutaan ringgit untuk pembaik pulihan imej Dato’ Sri sebagai pendinding kepada Tun Mahathir tidak akan berkesan.

Tun telah mencapai satu tahap yang hampir sama seperti mendiang Lee Kuan Yew di Singapura di mana seperti mana anda dan saya tahu, tiada sesiapa yang mampu lakukan serangan peribadi ke atas LKY dan selamat daripada kesan balas politik.

Ini adalah fakta. Bukan saya yang buat peraturannya.

Saya pergi ke Saudi dan bila saya kata saya daripada Malaysia, mereka akan kata “Mahathir Good..!!”

Orang Jepun juga amat memandang tinggi kepada beliau.

Pemimpin Mat Salleh juga gerun terhadap beliau.

Di negara kita, penyokong Tun juga lebih aktif dan hidup dalam media social.

Mereka menyambut beliau seperti seorang bintang rock. Saya tahu kerana saya pernah saksikannya dengan kepala mata saya sendiri.

Satu-satunya cara untuk melawan Tun adalah dengan menjawab soalan-soalan beliau.

Sebanyak mana pun wang yang dilaburkan untuk membaiki imej Dato’ Sri atau untuk menyerang Tun akan berkesan.

1 artikel blog daripada Tun untuk Lim Kok Wing sudah cukup untuk buat beliau lari menyorok.

Dan mungkin untuk 1 artikel, Tun hanya perlu satu jam untuk menulisnya.

Jikalau Tun tulis 2 artikel, Lim Kok Wing pula kena keluarkan duit untuk membaiki imejnya tempias daripada tulisan Tun itu.

Saya ulang..

Satu-satunya cara untuk menghentinkan serangan Tun adalah dengan menjawab semua tuduhan-tuduhan dan persoalan yang beliau bangkitkan.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk Dato’ Sri belanja jutaan riggit untuk pembaikian imej tetapi penasihat-penasihat Dato’ Sri tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut.

Sangat membazir.

Mereka ada PhD.

Saya telah simpulkan. Nasihat percuma daripada saya sebenarnya bernilai ratusan ribu ringgit.

Saya berikan percuma kepada Dato’ Sri.

Kalau Dato’ Sri seorang pahlawan seperti yang didakwa.

Silalah bertindak seperti seorang pahlawan juga.

Ikhlas,
Reza Zainal.

1 person reached

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...