ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday 25 June 2015

Tun Mahathir mahu Najib di hukum semasa Pilihanraya


Tun Mahathir mahu Najib di hukum semasa Pilihanraya

SUARAKAMI 09:06 BLOGGER , FEATURED


Apakah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah mula tawar hati untuk terus menyerang Najib Razak berkaitan 1MDB? Atau adakah beliau kini semakin merasakan 1MDB bukanlah senjata yang cukup tajam untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya?Ini adalah antara beberapa persoalan yang mula menjadi percakapan ramai sejak kebelakangan ini apabila Tun Mahathir didapati mula mengendur dan tidak seagresif dulu lagi mengkritik Perdana Menteri.

Sementara ada yang mengaitkannya dengan suasana bulan Ramadan yang mungkin menyebabkan beliau menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya, yang lain pula melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu barangkali juga disebabkan oleh keengganan serta ketakutan pimpinan UMNO sendiri untuk bersama dengannya

Selain mengamalkan gaya kepimpinan berdasarkan kepercayaan "cash is king", Najib juga terlihat berjaya memujuk wujudnya sebarang pemberontakan terhadapnya dengan menggunakan pendekatan "tunggu audit" oleh Ketua Audit Negara dan hasil siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC.

Dalam hal ini Najib nampaknya benar-benar telah belajar daripada pengalaman Tun Abdullah yang berjaya disingkirkan sebelum ini di mana selain menyerang balas kritikan Tun Mahathir, beliau juga menyediakan benteng untuk mengukuhkan lagi kedudukannya.

Menyedari keadaan tidak lagi memihak kepada dirinya untuk terus menekan Najib meletakkan jawatan, Tun Mahathir akhirnya seperti sudah mengaku kalah dan mahu membiarkan saja Najib dan UMNO dihukum dalam pilihanraya nanti.

Dalam respon terbarunya mengenai hasil siasatan PAC terhadap 1MDB, Tun Mahathir jelas sudah hilang keyakinan dan tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap kemampuan badan itu menyelongkar kesalahan dalam syarikat pelaburan yang bermasalah dan sarat hutang itu.

Di samping meletakkan puncanya kepada siasatan PAC hanya bersandarkan akaun yang boleh dimanipulasi, Tun Mahathir juga menyifatkan PAC sebagai berat sebelah.

Katanya, PAC bersifat berat sebelah kerana salah seorang anggotanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua cenderung kepada pembangkang manakala ramai yang lain memihak kepada UMNO.

Dengan itu, tambahnya, semua boleh dikira sebelah juga.

Sehubungan itu, katanya lagi, lebih baik tidak perlu diadakan audit atau pendengaran PAC dan UMNO serta Perdana Menteri boleh terus kekal berkuasa sehingga pilihanraya akan datang.

Walaupun nadanya ini seperti menyindir peguam UMNO, Shafee Abdullah yang mencadangkan Tony Pua disingkirkan daripada PAC kerana terlalu kritikal menyerang 1MDB atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen DAP tetapi dalam masa yang sama menganggotai PAC, tidak dinafikan ia juga menggambarkan rasa hati bekas Perdana Menteri itu terhadap apa yang mungkin berlaku nanti.

Baginya, oleh kerana Najib terlalu ingin bergayut pada kerusi Perdana Menteri itu dan hasil siasatan PAC nanti barangkali turut memihak kepada kerajaan, maka biarlah hukuman sebenarnya diterima dalam pengadilan rakyat dalam pilihanraya nanti.

Dengan kemungkinan besar wujudnya nafas lebih segar dalam Pakatan 2.0 yang disokong oleh sebuah parti Islam baru dan NGO-NGO sebagaimana yang ditegaskan keyakinannya oleh Anwar Ibrahim, menghukum Najib dalam pilihanraya akan menjadi lebih mudah kerana ia kini turut dikongsi rasa bersama Tun Mahathir.

Lagi lama Najib mahu bertahan, bukan saja rakyat makin menolaknya, bahkan semakin ramai pengundi BN sendiri makin meluat kerana hari demi hari hampir tiada lagi yang selamat dibawah pimpinannya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...