ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 24 June 2015

Pentadbiran Najib bankrap nilai, integriti


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Permasalahan yang wujud dalam urusan negara yang ditadbir Datuk Seri Najib Razak kini menampakkan ianya sudah bankrap nilai dan integriti, kata Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

“Kerajaan Najib sudah bankrap nilai dan integriti. Setiap kali berlaku rasuah, ketirisan dan penyelewengan, tindakan yang diambil hanyalah dengan mengarahkan siasatan.

“Mereka seolah-olah tidak langsung mampu untuk melakukan pembaikan dalam sistem atau pun mendisiplinkan diri dengan amanah dan integriti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian merujuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan negara berhutang berbillion ringgit.

Terkini, timbul pula dakwaan bahawa jutaan ringgit dana kerajaan telah digunakan untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Dudley International House, dalam satu perjanjian hartanah, yang membabitkan rasuah dalam negara.

Ustaz Abdullah Zaik berkata, belum selesai satu kes, kita kini didedahkan pula dengan kes salah laku yang baru.

“Setiap satunya lebih buruk daripada yang sebelumnya.

“Tidak terfikirkah barang sedetik oleh pentadbiran bahawa perbuatan mereka telah membawa kesan buruk kepada agama, bangsa dan negara?

“Atau memang mereka tidak kisah semua kesan itu asalkan mereka dapat apa yang mereka mahu untuk terus kekal berkuasa dan terus berusaha mengumpul harta sementara waktu mereka berkuasa,” katanya.

Katanya, kerosakan dalam pentadbiran negara kini seolah-olah telah sampai pada satu peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

Untuk itu, sudah sampai masanya orang Melayu dan rakyat Malaysia perlu mengubah cara politik wang dan cari makan kepada politik yang berasaskan perinsip dan perjuangan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...