ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 24 June 2015

Akhbar namakan pengerusi MARA Investment Bhd

Akhbar namakan pengerusi MARA Investment Bhd


Bekas ADUN Umno yang menjadi pengerusi MARA Investment Berhad Datuk Mohammad Lan Allani, Ketua Eksekutifnya Datuk Halim Rahman dan dua ahli perniagaan Melayu telah dinamakan dalam dakwaan penipuan jutaan ringgit hartanah MARA di Melbourne.

Dalam satu laporan eksklusif semalam, akhbar harian Australia,The Age mendakwa bagaimana A$4.75 juta (RM13.7 juta) dalam bentuk sogokan diambil daripada urusniaga hartanah A$22.5 juta (RM65 juta) itu pada tahun 2013 dan kemudian didakwa disalurkan balik ke Malaysia.

Penyiasatan selama lapan bulan oleh The Age dilakukan selepas urusniaga perjanjian hartanah yang luar biasa mahalnya itu, telah mengejutkan pasaran.

Siasatan juga dilakukan berikutan peningkatan kebimbangan mengenai dana asing yang mengalir ke dalam pasaran hartanah dan kebimbangan bahawa Australia telah menjadi pusat pengubahan wang haram.

Siasatan itu mengesan aliran wang yang mencurigakan, dokumen mahkamah dan rekod korporat di Australia, Malaysia dan Singapura untuk mendedahkan mengapa hartanah itu, Dudley International House di Melbourne, begitu mahal.

Siasatan tersebut kemudian mengaitkan urusniaga itu dengan pegawai kerajaan Malaysia yang didakwa sengaja membayar 20 peratus lebih daripada harga yang diminta, dakwa Laporan The Age.

Laporan itu menunjukkan aliran wang tambahan (RM13.7 juta) dibayar oleh pemaju Dudley House bagi perkhidmatan yang didakwanya tidak wujud, termasuk 'nasihat profesional' dan fi 'perundingan dan khidmat nasihat'.

Empat rakyat Malaysia telah dinamakan ekoran penyiasatan tersebut.

Pengerusi MARA Investment adalah bekas ADUN Sulabaya dan bekas bendahari Umno bahagian Semporna.

The Age mendakwa, ia telah menghubungi Mohammad Lan yang berkata tidak dapat ingat urusniaga itu walaupun mengunjungi Melbourne untuk memeriksa hartanah tersebut pada bulan Mei tahun lepas.

Bekas ADUN itu, dakwa akhbar tersebut, mengakui beliau terlibat dalam menubuhkan syarikat-syarikat luar pesisir di kawasan perlindungan cu
kai sebagai satu cara 'mudah' untuk menjual hartanah yang dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Bekas ahli politik itu, bagaimanapun, meletak telefon ketika ditanya mengenai dakwaan sogokan yang dikatakan itu, lapor The Age.

Ahli perniagaan Malaysia Yusof Gani dan Ahmad Azizi pula telah digambarkan sebagai pemaju 'misteri' dan berprofil rendah dalam projek usaha sama pembangunan Dudley House.

Rakan-rakan Australia mereka adalah pemaju Chris Dimitriou dan Peter Mills.

[Baca berita penuh/asal]

1 comment:

  1. Halo, Ramadan adalah di sini sudah tidak anda berfikir ia adalah masa untuk mendapatkan berkah dari Allah boleh conected hari ini dan anda pasti akan bahagia dengan kasih karunia Allah.

    Nama saya adalah Cynthia Johnson. kita gadai janji, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman Hotel, tawaran komersial Umum Mr John Carlson, orang harus mengemas kini semua situasi kewangan di dunia / syarikat untuk membantu mereka yang berdaftar pemberi pinjaman wang pinjaman peribadi, pinjaman, kredit pembinaan, rendah kadar faedah 2% dll kredit modal, pinjaman perniagaan dan pinjaman kredit buruk bekerja, start up. Kami membiayai projek di tangan dan syarikat anda / rakan kongsi dan saya juga ingin menawarkan pinjaman peribadi untuk pelanggan mereka. hubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lebih lanjut: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...