ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 26 June 2015

NAJIB TAKUT KALAH HAYAT POLITIKNYA 18 BULAN LAGI



NAJIB TAKUT KALAH
HAYAT POLITIKNYA 18 BULAN LAGI
Sudah dijangka Najib yang takut bini juga takut kalah dalam pemilihan UMNO akan datang. Dia dan bininya yang super rakus tahu hayat politik mereka tak akan lama sekiranya diadakan PRU 14 sekarang. Sekurang-kurangnya dalam 18 bulan dua yakin rakyat akan memberi sokongan terhadapnya semula. 
Dia yakin slogan "money is power" (duit itu raja) boleh membeli undi dan sokongan rakyat.. Nampaknya pemimpin Bugis yang uzur ini tidak belajar dari sejarah penolakannya dalam PRU 13 oleh rakyat yang memberi 47% undi populer saja walaupun dirasuah dengan BRIM. 
Mungkin dia menganggap dalam masa 18 bulan ini dia akan menabur duit seperti bomoh menabur bertih kepada berbagai golongan rakyat untuk mengemis sokongan mereka. Dia silap. Jangan-jangan dia dan bininnya dikuasai oleh bomoh-bomoh antarabangsa yang menasihatinya tundakan mesyuarat UMNO 19 bulan lagi untuk mendapatkan tuah politik!. 
Dia dan bininya, mama montel, lupa kuasa Allah dan rakyat mengatasi kuasanya dan bininya serta para politikus badut yang disuapnya dalam parti.

Lagi lama ditunda pemilihan UMNO tidak bermakna UMNO akan mencapai kemenangan gemilang dalam PRU 14. Najib hendak mengheret UMNO menghadapi kehancuran kuasa politik Melayu bersamanya dalam PRU 14.Yang menjadi sasaran kebencian rakyat ialah Na jib dan bininya yang super rakus dengan segala bala yang menimpa rakyat akibat kepimpinannya yang lemah, dikuasai bini yang lupa daratan. Apakah para pemimpin UMNO bangang, tidak sedar 40% pengundi muda akan menentukan nasib parti2 politik dalam PRU 14 nanti? Sebahagian besar generasi Y menolak BN kerana benci terhadap Najib, bininya dan para kroni dengan korupsi yang menguasai nadi pemerintahan sekarang. 

Jangan terkejut beruk kalau banyak ahli UMNO yang benci terhadap Najib akan mengundi pembangkang kelak seperti mana yang berlaku pada PRU 12 dan PRU 13 yang lalu. Pada PRU 14 merupakan tarikh penamat bagi kuasa politik Melayu kalau Najib dan bininnya yang menentukan nasib UMNO. 
Justeru itu Tun M dan para pejuang Melayu/Bumiputra terus menerus menggempur menyerang Najib yang membawa bala kepada kuasa politik Melayu Islam. Kalau BN kalah jangan ingat Najib dan seluruh kabinet dan para kroninya akan selamat. Kerajaan baru dan rakyat akan menuntut bela atas segala penyelewengan, korupsi dan kerakusan yang mereka lakukan. Negara tercinta ini akan hancur kalau kuasa politik Melayu Islam berkecai selepas PRU 14. 
Itu ramalan berbagai pihak yang tidak senang dengan kepimpinan Najib yang dikuasai oleh super rakus bininna mama montel itu. Sesungguhnya UMNO menempah maut, akan ditalkinkan oleh ahli-ahlinya sendiri, sekiranya Najib dikekalkan sebagai presiden parti merangkap PM lagi.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...